12 - 18 Mac 2011
15 Mac 2011 - 17 Mac 2011
Gunung Danau 7 Puncak Anggerik - Gunung Kerinchi
Sumatera Barat, Indonesia
Danau Gunung Tujuh merupakan danau kaldera yang terbentuk akibat kegiatan gunung berapi di masa lampau. Pada ketinggian 1.996 m dpl, danau ini merupakan danau tertinggi di Asia Tenggara. Danau ini sering ditutupi kabut dengan suhu rata-rata 17 C. Luas Danau ± 960 ha dengan panjang berkisar 4,5 km dan lebar 3 km. Danau ini dikelilingi oleh tujuh gunung, iaitu...
Sumber: Danau Gunung Tujuh Jambi, Danau Tertinggi di Asia Tenggara - Yafi Blog http://yafi20.blogspot.com/2010/11/danau-gunung-tujuh-jambi-danau.html#ixzz1GwuSvGmY
Mount Kerinchi is the highest volcano in Indonesia, and the highest peak on the island of Sumatra which is still active. 3805 meters. It is surrounded by the lush forest of Kerinci Seblat National Park, home to the endangered species of sumatran tiger and sumatran rhinoceros. The last eruption was 400 years ago.Gunung ini menjadi gunung tertinggi di Indonesia di luar pegunungan Irian Jaya. Gunung ini memiliki kawah berbentuk kerucut dengan dinding bagian atas berukuran 600 x 580 meter dan 120 x 100 meter untuk dinding bagian bawah. Kawah ini diisi oleh air dengan warna hijau kekuning-kuningan.
15 Mac 2011 - 17 Mac 2011
Gunung Danau 7 Puncak Anggerik - Gunung Kerinchi
Sumatera Barat, Indonesia
Danau Gunung Tujuh merupakan danau kaldera yang terbentuk akibat kegiatan gunung berapi di masa lampau. Pada ketinggian 1.996 m dpl, danau ini merupakan danau tertinggi di Asia Tenggara. Danau ini sering ditutupi kabut dengan suhu rata-rata 17 C. Luas Danau ± 960 ha dengan panjang berkisar 4,5 km dan lebar 3 km. Danau ini dikelilingi oleh tujuh gunung, iaitu...
Sumber: Danau Gunung Tujuh Jambi, Danau Tertinggi di Asia Tenggara - Yafi Blog http://yafi20.blogspot.com
Mount Kerinchi is the highest volcano in Indonesia, and the highest peak on the island of Sumatra which is still active. 3805 meters. It is surrounded by the lush forest of Kerinci Seblat National Park, home to the endangered species of sumatran tiger and sumatran rhinoceros. The last eruption was 400 years ago.Gunung ini menjadi gunung tertinggi di Indonesia di luar pegunungan Irian Jaya. Gunung ini memiliki kawah berbentuk kerucut dengan dinding bagian atas berukuran 600 x 580 meter dan 120 x 100 meter untuk dinding bagian bawah. Kawah ini diisi oleh air dengan warna hijau kekuning-kuningan.
^^^ pagar melambangkan Negara. ^^^
kenapa ada 2 tarikh di atas? sepatutnya penerbangan pada tarikh 12 Mac.
dari 5 org yang jadi pergi tinggal 4 kemudian tinggal 3.
Pakoi berusia lewat 30-an dan Umi berusia awal 50-an.
Bagaimana boleh tertinggal flight?
Perancangan awal 4 org berjumpa sebelum check in, tapi seorang ni pergi check-in dulu.
pada masa tu aku, pakoi dan umi bersolat subuh.
selepas solat subuh kami tertunggu-tunggu yang seorang ini.
akhirnya tertinggal flight.
sampai sahaja balai berlepas, sudah tiada orang di platform kami.
tanpa bertanya kepada staff Air Asia kami terus duduk.
(memang salah kami sebab tidak bertanya)
kami terus tunggu sebab pada masa tu masih awal sejam dari waktu penerbangan.
selepas dirasakan terlalu lama menunggu, akhirnya kami bangun bertanya.
sebab tiada pengumuman dibuat. nahh kami sudah tertinggal flight.
dah berkobar-kobar nak pergi ni..takkan nak cancel perjalanan pulak.
tiket flight ke Padang semua sudah habis.
kene tunggu hari Selasa itu pun 400plus harga tiket.
Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa. lambat lagi tuu.
cuti seminggu sudah pun diluluskan.
dalam keadaaan tercengangc-cengang kekecewaan, umi mendapat idea
Kita naik Feri dari Melaka!!.
^^^ tambang feri dari Melaka ke Dumai RM110 ^^^
bergegas la kami dari LCCT ke KL Sentral, kemudian ke Subang.
dari KL Sentral naik komuter ke rumah anak umi ambil kereta Umi.
Dari Komuter naik teksi ke rumah anak Umi..sbb tiada siapa dirumah.
jam 2 petang kami naik kereta umi ke Melaka,
mesti sampai sana sebelum jam 430 kerana kaunter tiket tutup jam 430.
selepas beli tiket, kami ke Melaka Shopping Mall, tengok wayang dulu.
sempat lagi tu..kami menonton 127 Hours..ye laa balik dari Kerinchi
mana penat lagi, tak sempat nanti tengok.
selepas makan-makan di tempat terkenal mknn laut
(sudah lupa nama dia tapi bukan Umbai) kami ke rumah mak umi pula.
kerana rumah mak umi lebih dekat dengan jeti.
malam tu tido di rumah mak Umi.
seawal jam 5 semua perlu bangun kerana 630 perlu bertolak ke Jeti.
perlu tiba awal. takut jem ke ape ke, tertinggal lagi nanti.
perasaan naik feri untuk ke Umbai? macam pesalah je..kerana mereka yg bertugas
sangat garang, dah macam pegawai penjara.
3 jam perjalanan ke Umbai.
kemudian naik kijang dari jeti Umbai ke kawasan rehat pengusaha Kijang
untuk makan tengahari dan solat jamak qasar Zuhur Asar.
setelah solat kami ke bergerak ke Pekan Baru.
13 Mac 2011 - Hari ke-1
1000 - 1300...Melaka - Dumai by Ferry
1510 - 2130...Dumai - Pekan Baru by Kijang
kemudian malam tu selepas makan malam
kami tidur dirumah tumpangan, bukan rumah sebenarnya
tapi pejabat. kami tidur di surau, pakoi tidur atas bangku kayu di luar.
kesian..nyamuk banyak, plak tu..tidur memang tak lena.
seawal jam 5 perlu bangun bersiap setelah solat zuhur dan sarapan pagi
jam 630pg kami bertolak ke Sg Penuh iaitu Rumah Pak Subandi.
14 Mac 2011 - Hari ke-2
0630 - 1950...Pekan Baru - Sg. Penuh by Kijang
Setelah makan malam masakan Padang, kami dapat tidur lena,
kerana kami sudah dekat dengan matlamat.
Lihat!! Gunung Kerinchi hanya didepan Rumah Pak Subandi.
^^^ puncak Gunung Kerinchi di waktu pagi ^^^
Pak Subandi ubah perancangan agar kami naik Gunung Danau 7 dahulu
kerana mengikut pengalaman beliau selalunya selepas pendaki mendaki
Gunung Kerinchi mereka sudah keletihan untuk ke Gunung Danau 7,
lagipula sebagai latihan agar otot tidak terkejut mendaki Kerinchi.
Baik!! Kami Bersetuju!!
15 Mac 2011 - Hari ke-3
0800 - 0830...Rumah Pak Subandi - kaki Gunung Tujuh by Pak Subandi's Van
0845 - 1210...Kaki Gunung Tujuh - Puncak Anggerik - Danau Tujuh
1445 - 1645...Danau Tujuh - Puncak Anggerik - Kaki Gunung Tujuh
1845 - 1930...ke Pasar Malam
^^^ pemandangan Puncak Kerinchi sewaktu mendaki Danau 7 ^^^
jarak perjalanan ke Kaki Gunung 7 dari rumah Pak Subandi hanya setengah jam dengan Van.
pemandangan Danau memang cantik..Subhanallah.
Air pula jernih, ditambah cuaca hujan air jadi sejuk.
menggigil aku sewaktu di tepi Danau.
tapi puas hati dapat mandi di Danau 7.
Hampir jam 7 kami sudah sampai kaki gunung 7 kemudian merancang utk ke pasar malam.
memang lain, makanan pun lain, pesta keramaian mereka pun lain.
yang paling lain, hadiah adalah rokok. memang tegar.
^^^ di Danau 7, dinamakan Danau 7 kerana terdapat 7 Puncak Gunung di sini ^^^
16 Mac 2011 - Hari ke-4
0800 - 0810...Rumah Pak Subandi - kaki Gunung Kerinchi
0815 - 1200...kaki Gunung Kerinchi - Campsite 3
seawal pagi kami dah bangun berkemas, bersarapan kemudian naik van ke kaki Gunung Kerinchi
10 minit perjalanan. jam 815 kami mula mendaki..pelbagai jenis tumbuhan diperkenalkan oleh
trekker N. setelah 4 jam berjalan kami berhenti di Campsite 3 untuk makan tengahari.
bekalan makanan dibawa oleh trekker N, disediakan oleh Pak Subandi dan isteri.
nasi berlauk daging rendang Padang dan Sayur goreng..sedap!!
ketika itu kami berada di ketinggian 2500 meter dgn suhu serendah 17 darjah Celcius.
^^^ bergambar sebelum mendaki Danau 7 ^^^
1240 - 1500...Campsite 3 - Center 1 (tapak Perkhemahan)
setelah 40 minit berehat, hujan turun rintik2 kami teruskan perjalanan.
akhirnya jam 3 kami sampai Center 1.
ketika itu ketinggian 3000 meter, angin semakin kuat, ditambah dgn hujan
suhu menurun kepada 14darjah celcius!!..huhuh sejukk!!
^^^ Center 1 ^^^
17 Mac 2011 - Hari ke-5
sepatutnya gerak jam 3 pagi..tapi disebabkan hujan tanpa henti dari malam hari..kabus tebal menyukarkan pendakian memaksa kami untuk menunggu sehingga hujan reda.
malam tu aku da rasa separuh mati..sejuk tersangat-sangat
asyik terjaga panaskan badan dgn vicks
khemah yg trekker N bawa siap ada ruang udara
memang rasa mcm tidur di luar khemah.
jam 6 lebih baru cuaca beransur reda, 645 akhirnya kami mula mendaki ke puncak.
0645 - 1030...Center 1 - Puncak Kerinchi
Puncak Kerinchi - Center 1
tidur, berehat-rehat dan makan tengahari di campsite
1545 - 1900...Center 1 - Kaki Gunung Kerinchi.
2100 - 0500...bertolak dari Kerinchi ke Padang
haa nak dijadikan cerita..aku boleh kene Mountain Sickness.
sampai satu tahap ketinggian, aku mula pening-pening, mcm nak tumbang.
kami naik tanpa bag..hanya bawa bag utk diisi air dan camera sahaja.
4 lapis pakaian aku pakai. sejuk masyaAllah.
siap pakai thermal, 2 sweater, 1 tshirt.
masa tu aku teruskan jugak ke puncak. walaupun da mcm nak tumbang jer.
aku niat sampai puncak je aku nak tidur.
semalam tak cukup tidur sebenarnya.
angin sgt la kuat..jalan macam nak tumbang.
angin tolak dari atas, tolak dari kiri..terhuyung hayang berjalan.
bila ada ruang2 masa angin kuat kami bersembunyi, takpun rendahkan badan.
akhirnya 1030 pagi sampai puncak.
masa turun lagi azab.
aku semakin pening..selepas seorang pendaki dari Bali bagi aku minuman
air Jahe (halia) aku mula sendawa2.
jalan asyik nak tumbang jer.
trekker N terpaksa pimpin tangan aku sepanjang turun tu.
siap masa turun tempat payah, die tadah tangan dia suruh aku pijak.
memang baik betul N tu.
^^^ menghampiri puncak Kerinchi, baju oren trekker N ^^^
tak pasti bila sampai Center 1 semula sebab aku dah mabuk masa tu.
aku telan 4 biji panadol sekaligus 1 pain killer.
terus tido nyenyak setengah jam.
N kejut suruh bangun makan.
selepas makan 345petang smbung pendakian turun ke kaki gunung.
jam 7 smpai ke kaki gunung.
sepanjang perjalanan, kami tidak berhenti langsung
melainkan sejam terakhir, Pak Subandi datang bawa
roti, teh o panas dan kaya.
masa tu kesan tapak kaki harimau ada di merata2, masih baru lagi.
Umi berjalan di hadapan, aku ditengah, pakoi di blkg
hanya kami ber3.
trekker gerak 2 jam lambat sebab kemas campsite.
^^^ berlindung disebalik angin kuat ^^^
jam 710 sampai rumah Pak Subandi,
kami kemas-kemas, mandi bersihkan diri.
jam 9 malam kami bertolak dari Sg.Penuh ke Airport Padang.
sengsara naik van kongsi dgn org lain. 12 seats.
setiap hentian berhenti.
memang kurang bunyi hon sbb da malam2 x byk kenderaan.
tapi jalan masyaAllah, berlubang2, driver pasang radio kuat plak tu.
kami di bahagian belakang sekali kerana sesampai sahaja van ke rumah pak Subandi
hanya itu pilihan kami. makanya terpaksa lah dilambung2 di belakang.
dari 9 malam, jam 5 pagi kami sampai Airport.
kira berapa lama perjalanan..nak muntah!!
18 Mac 2011 - Hari ke-6
0830 - 1000...pulang ke tanahair tercinta
akhirnya tiba masanya pulang ke tanahair tercinta, yang dirindui
yang disayangi..semuanya lah.
^^^ puncak Kerinchi diselaputi kabus tebal ^^^
Contact Person (Highly Recommended)
Pak Subandi HomeStay
Kirsik Tua, Kayu Aro, Kerinchi Jambi Indonesia
TelNo. 0748 357 009
HPNo. 0812 7411 4273
Email - subandihomestay[at]gmail.com
trekker - Pak N...non-smoker, responsible, caring, hardworking..and all positive attitudes belongs to him :)
~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~
8 comments:
aii gigih nye ke sana, siap naik feri. hehe.
tu lah..tobat..jgn sesekali tertinggal flight...naik feri ok lagi..perjalanan atas jalan raya berbelas2 jam tu paling tak tahan.
assalamualaikum...minta maaf..ingin bertanya...sgt berminat ingin mendaki gunung danau 7..blh x kasi sedikit info..jika tidak keberatan blh emelkan info di Shahrulphotography@gmail.com...maaf kerana mengganggu..
wslm...semua maklumat telah saya share di sini..tiada lagi yang tinggal.
cantek nyeeeee..... nak plan ler
yes..jangan lupa mandi kat danau 7..air sangat2 sejuk. tapi best!
Nk tnye..kijang tu transport yg mcm mne ye?
7 seaters..saya tak ingat Avanza atau Fortuner..tp brand Toyota..
Post a Comment