Thursday, June 3, 2010

Palestin Oh Palestin

Dari rantaian e-mail….

Salam,


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke tmpt saya bekerja utk berkongsi pengalaman. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. saya ada sesuatu yg nak dikongsi yg buat saya tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel .

(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)

Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.

The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!

( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )

http://cache.daylife.com/imageserve/09rz5MwaJI43T/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/00PX7Jb5hqa0A/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/05YS5pWdu56nO/610x.jpghttp://cache.daylife.com/imageserve/01jU2Jb4hsbnu/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/002CdzGb6122Q/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/03MYfZGaVCbgN/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/0153gFN3Lu68l/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/0aN04NB3pRc61/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/08287YDb219OF/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/053RaGiaWBbjZ/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/08Tyf9H7utgan/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/0eBHcblchO31k/610x.jpg
http://cache.daylife..com/imageserve/01ZcgI98Vn8gX/340x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/00sogmBeUJb8x/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/06hw5Ky1i0bwr/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/019A7QR9XJced/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/01f4fbF8pF2WP/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/02AQ72R9Vv556/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/0dUxgSJefC3Se/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/048qcQCceg72n/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/00jXefb5zT3HF/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/06OD4pJebga4k/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/0b6D6RugLM9A0/340x.jpghttp://cache.daylife.com/imageserve/0cFd1Wt28l4D2/340x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/0gG8f58abwbws/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/07fr3AmgSc4NV/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/0b3C8iF4P43Yo/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/02tg56100709G/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/0drQda19ej7tb/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/0baUcc84KmcXE/610x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/0c8P0rr59x8xq/340x.jpg
http://cache.daylife.com/imageserve/03mgfJ71FObTi/610x.jpg

Wednesday, June 2, 2010

My Team Mate - ICT Software

Bergambar untuk majalah tahunan syarikat.
Julai 2010 ini genaplah usia setahun aku bekerja di sini bersama rakan-rakan sekerjaku ini.
Perasaan aku? sangat la gembira.

Encik Suhaimi - Encik Ahmad - Aku
Encik Suhaimi ketua utk unit ini. Unit ICT Perisian.


^^^ serius jer masing-masing ^^^


^^^ tetibe gelak plak, tak tahu pasal apa ^^^


^^^ pastu sengehhh.. ^^^
dan Encik Ahmad tetap tiada reaksi

Monday, May 31, 2010

Mimpi dan Realiti

Pernah tak kamu bermimpi, pastu sedang kamu tidur ada org sms kamu,
dan kebetulan kamu sedang bermimpi tentang dia, dan kamu rasa kamu dan dia berada dalam mimpi kamu tadi?

Ceritanya begini,
Aku telah pun lena dan sedang bermimpi.
Aku bermimpi kawanku ini (Houcine namanya) seekor ikan dolphin dalam sangkar besar sedang menunggu masa utk dipanggil bagi membuat show kepada ramai tetamu yg datang.
Aku bertindak sebagai penyelia di kawasan haiwan-haiwan tersebut.
Banyak ikan-ikan yang perlu aku kawal selia.


Teeet teet teeet teet
Aku terjaga. Si Houcine ni call rupanya.
Aku jwb call dia, aku ckp aku sedang tidur.
Tak lama lepas tu die text lagi, tanya mcm-mcm.
Dan kamu tahu aku jwb apa?

Aku leh text die semula,
"ehh there are so many people here are waiting for you, they want you to perform aquamarine show"
then Houcine reply my msg,
"tak faham"

pastu aku baru tersedar, ape aku merepek ni? aku reply kt die semula
tapi aku memang rasa banyak ikan sekitar aku masa tidur tu.
"opss i'm dreaming and i need to sleep now"

bila da sedar sepenuhnya pada pagi esoknya semasa drive
aku gelak giler-giler..
bleh plak aku msg org mamai2 masa tu.

Saturday, May 15, 2010

Blog oh Blog

rasanya lama btul aku tak update blog
sejak ada FB ni da malas nak update blog.
kt FB pun malas nak upload gambar, cerita pergi Singapore pun tak update lagi,
macam-macam cerita tak update, last-last mood utk menaip hilang begitu sahaja.
nak tutup blog ni, ada plak mamat-mamat cina suka bg komen yg aku sendiri tak paham ape die merepekkan. nak kata virus tak mcm virus, tapi die suka komen pasal entry yg aku tulis, disebabkan aku tak paham, aku disapprove komen die.

Encik Chinese sila komen guna bahasa yang kami faham, untuk pengetahuan anda, saya tidak faham apa yang anda hendak sampaikan.

in English,
To Chinese Man, please use a language that can be understood by all my readers which is mostly are Malay and Non-Chinese. Not all Malay in Malaysia understand Cantonese or Mandarin. Even me also cannot understand it.
Sorry not approving your comments.

Saturday, March 6, 2010

2 : Bukit Broga - Gunung Tok Wan

Bukit Broga - Gunung Tok Wan
Semenyih Selangor
Sabtu 6 Mac 2010

pegi kali ni dapat view yang berlainan dari yg pertama dahulu. lihat entry sblm ni.
awal pagi hujan renyai menemani kami.
aku x sempat kira berapa org yg join trip kali ni.
ni kira meluaskan network, yg join kawan kepada kawan kepada kawan.

^^^ Broga yang dah togel tanpa lalang2 segar dan kosong tanpa manusia ^^^

^^^ target ke Puncak Tok Wan ^^^
kali ni aku memang niat nak naik terus ke Tok Wan..
lepas ni malas dah nak g sini..bukan ape, jauh gielr nak sampai.
kene bangun awal pagi plak tu. paling lewat 345pagi tau. heshh

^^^ Gadis Futsal ke Litar Broga plak ^^^
^^^ Akma dan si kecil Camelia, dan lain-lain menuju ke last check point ^^^

^^^ ada lagi beberapa kumpulan belum sampai ^^^

^^^ 4 org ni yang sampai Puncak Tok Wan ^^^

gerak dari Puncak Broga jam 845pagi, sampai puncak Tok Wan jam 1030pagi.
turun dari Puncak Tok Wan, jam 11 pagi.
tunggu-tunggu AB dan rakannya turun, siap aku sesat masuk ke kebun getah
aku sampai bawah jam 1230tgh hari..memang panas.

^^^ tempat rehat-rehat di Puncak Tok Wan ^^^
^^^ macam pokok penunggu cerita Hantu Raya tu tak?? ^^^

habis turun dari Broga, sukahati dan Shahril da sediakan milo ais.
wahhh heaven btul milo ais tu.
baju seluar semua da lenjun zasss ke Tekala Waterfall..mandi manda kat sana.
malas nak g Gabai sebab ramai sgt manusia.




~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Monday, February 22, 2010

...hmmm...

tak de mood nak update blog..ade 2 event mesti update ni. letih adjust design je tadi..nanti-nanti lah..

Sunday, February 21, 2010

Taman Negara Endau Rompin - KL City Day Run 2010

Taman Negara Endau Rompin
14 - 16 Februari 2010

aku memang tak sabar nak join trip ni sebab kichok yg organize.
aku memang suka join program organized by kichok..
tak tahu nape tapi semuanya nampak perfectly organized.
ni kali ke-2 kot aku join program ngn dia.


dari KL aku, syed dan mawi car pool..memang x kenal sorang pun antara mereka..
tapi sebab mereka kawan kichok..mm ok kot..insyaAllah tak de pape.
sebelum gerak ke Kahang Kluang Johor
aku hantar mak balik ke kampung di Muar Johor.
semua adik beradiknya balik berkumpul, mak pun nak laa jumpa adik beradiknya.
berkumpul bersama maknya yg tercinta yang juga atukku.
sampai kampung jam 4pagi, atuk pun da tidur..

kemudian kami gegas ke Kluang. janji nak kumpul di Tol Ayer Hitam jam 6pagi.
kami tiba lebih awal, ye laa dari muar ke Ayer Hitam tak jauh dah.
530 kami da sampai, lepas tido-tido solat subuh semua..
yang lain-lain pun sampai, abg kuyek n family, kichok n family, kak jaja abg panglima n anak2
aku x penah jumpa kak syu (wife kichok), kak jaja, abg panglima
semua tu senior aku..tak pe masa ni laa nak kenal-kenal dgn senior. hehee


^^^ naik bot penampang ke Kuala Jasin ^^^


selesai urusan pendaftaran di pejabat Taman Negara,
kami memulakan perjalanan ke Taman Negara Endau Rompin
perjalanan menggunakan 4wd memakan masa 2 jam setengah ke Kampung Peta
jalan penuh dengan debu dan juga lubang-lubang
lubang seperti lubang congkak kate driver Taman Negara.
maksudnya lubang-lubang tersebut tak boleh dielakkan. lubang rapat-rapat.
perjalanan dirasakan sangat bosan dan badan pun rasa sakit
goyang-goyang macam naik bot. heheh memang lawak.
sepanjang perjalanan Driver Abg Farid akan menceritakan perkara-perkara menarik
di Endau Rompin, kisah-kisah yg pernah terjadi.
best gak laa dapat driver spt si farid ni. cool jer.

da sampai pejabat sebenar Endau Rompin, selesaikan hal guide dan segala macam lagi
kat dalam ni ade resort utk pelancong juga tau.
kami makan tengah hari di situ sebelum berangkat dengan bot.
perjalanan ke Kuala Jasin menggunakan bot makan masa selama sejam.
disebabkan musim panas, air sungai pun sangat cetek.
bot terpaksa ditolak utk beberapa kali.

kemudian smpai pula di hentian, tempat mula tracking.
tracking ke Kuala Marung camp site makan masa 2 jam. tak sampai 2 jam kot.
akhirnya kami berjaya sampai ke camp site, check point no. 15
haha masa tracking aku dapat 2 gigitan dari pacat. mujur pakai stokin pacat.
tapi gigitan pacat kt hutan ni tak seperti gigitan lain yg aku dapat sblm ni.
bengkak dan rasa sakit otot.


^^^ camp site Kuala Marung ^^^

sampai camp site hari pun da hampir petang
selain kemas-kemas dan masak makanan malam
kami mandi-manda di sungai berhampiran.
kat camp site ni ade toilet yg cukup proper, ade bathroom sekali.
jadi tiada masalah utk ke toilet.
tempat masak, ruang makan, ruang rehat juga disediakan.

pagi esoknya selesai segala urusan
tracker (2 gadis org asli berusia belasan tahun)
bawa kami ke Tasik Air Biru 0.5km dari campsite untuk mandi manda di sana.
memang sesuai dipanggil Tasik Air Biru

^^^ Tasik Air Biru ^^^

pada petangnya pula jam 3 2 org tracker tadi bawa kami ke Upih Guling pula
jaraknya 0.5km dari camp site.
Pemandangan di Upih Guling memang menakjubkan
batu-batu yang terbentuk membentuk kolam yg besar dan dalam.
tracker tidak benarkan kami mandi disini kerana airnya yg dalam dan membahayakan.
menurutnya kite mungkin tersedut ke dalam batu.
mungkin ada pusaran besar kat dalam.
air memang nampak tenang tapi siapa tahu apa ada kat dalam kan?
memang la rasa terkilan tak dapat mandi kat sini.
bagi aku Upih Guling laa membuatkanku rasa puas hati sampai ke Endau Rompin ni.


^^^ Upih Guling ^^^


utk trip ni kami tak pergi ke Batu Hampar dan Air Terjun Buaya Sangkut.
menurut tracker air sungai di Batu Hampar sangat dalam dan airnya berwarna hitam.
perjalanan ke Batu Hampar jauhnya 3km dari camp site.
manakala ke Air Terjun Buaya Sangkut jaraknya 5.5km dari campsite.
air terjun Buaya sangkut mempunyai sejarah tersendiri.
kami sempat berbual dengan kumpulan lain yg ke Air terjun Buaya Sangkut
menurut mereka sepanjang perjalanan ke sana hampir 20kali terserempak
dengan babi hutan dan ketika sedang asyik ambil gambar terdengar kuat ngauman harimau.
perjalanan ke sana ambil masa 4 jam pergi dan hampir 2 jam balik.

apa-apa pun aku sangat suka dengan program kali ni.
aku memang teruja nak ikut kalo Kichok yang organize program.
tah berapa kali nak puji kichok ni.
dan lain aku dapat kenal ramai lagi senior dan senorita Latepackers.




KL City Day Run
21 Februari 2010
0730 - 0830
Dataran Merdeka Kuala Lumpur


^^^ top 100 finisher medal ^^^
aku dapat no. 93..ini adalah permulaan medal utk tahun 2010.
lepas ni aku nak aktif semula berlari.


^^^ rakan-rakan Latepackers ^^^
semuanya berjaya mendapat medal. huhu mujur aku pun dapat medal.
kalo tak memang malu giler lahh.



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~
 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: