Tuesday, September 20, 2011

Cara untuk hilangkan Sedu-Sedu / Hiccup

20 Sept 2011 1600

Hari ini aku belajar sesuatu yang baru. Bagaimana menghilangkan sedu-sedu dengan cepat dan berkesan. Ketika tidak berpuasa tiada masalah, anda boleh minum sebanyak-banyak air pun, tetapi jika anda berpuasa?

Antara cara-cara yang pernah diajari :

Untuk kanak-kanak :- tampal tisu basah pada dahi.
Keberkesanan :- tak pasti.

Minum air sebanyak mungkin sehingga hilang sedu-sedu berhenti.
Keberkesanan :- akan hilang tapi lepas perut kembung.

Minum air dengan cara unik. Posisi rukuk (dlm solat) teguk air, simpan air dalam mulut, tahan nafas, tutup telinga, telan air.
Keberkesanan :- sedu-sedu hilang tanpa kembung perut.

Untuk yg berpuasa :- ketuk sederhana kuat pada tengah badan pd solar plexus, seperti di gambarajah. ketuk-ketuk dengan jari.
Keberkesanan :- pantas hilangkan sedu-sedu.



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

3 comments:

waheyd said...

time nk ketuk tu dalam keadaan duduk ke berdiri?..

nhanania said...

saya buat sambil duduk jer..mungkin berdiri pun boleh.

Anonymous said...

memang berkesan tips ni! baru try

Post a Comment

 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: