Sunday, June 5, 2011

Pulau Sibu Mersing Johor @Sibu Island Resort

5 June 2011 0800

Pulau Sibu, Mersing Johor
Sibu Island Resort
25-27 Mac 2011
POTO Travel Agent.

honeysun bersama cik Sukahati :)

^^^ bas yang dinaiki dari BTS ke Mersing Bus Stand ^^^

pertama kali menggunakan perkhidmatan Terminal Bas Selatan (TBS)
wahh sungguh kagum aku melihat struktur bangunan
serta teknologi juga perkhidmatan yang digunakan.
seawal jam 9 pagi kami sudah berada di dalam perut bas.
hari Jumaat yer..saat orang ramai berpusu-pusu hendak ke pejabat
aku terkejar-kejar hendak ke TBS
dengan salah naik tren akibat kekeliruan pada perkhidmatan STAR LRT.
berpeluh-peluh pagi itu berkejaran.

tiba di stesen bas Mersing jam 2 petang lebih.
kami terus ambil teksi utk ke Jeti Tanjung Leman.
kami perlu menaiki feri jam 4 petang.
itu adalah feri terakhir pada hari itu.
kami naik teksi dengan seorang makcik..driver teksi perempuan.
pada mulanya kami sangkakan lelaki, tapi bila dengar suara..ohh perempuan.
waaahh laju makcik tu pandu teksi. dari Stesen Bas ke Jeti mengambil masa
sejam lebih sket. Alhamdulillah kami berjaya tiba sebelum jam 4.
setelah mendapatkan agen kami di Jeti
minum-minum rehatkan badan kami naik feri pula.
lebih kurang setengah jam perjalanan nak ke Pulau Sibu Tengah.

^^^ sebaik sampai Sibu Island Resort ^^^
sepanjang perjalanan dalam feri, kami diberitahu tentang Pulau Sibu oleh Travel Agent kami.
di resort itu hanya 4 org sahaja yg dtg menginap termasuk kami berdua.
2 pasangan baru berkahwin..alaa bosan la plak kan?
sesampai jer kami disambut oleh penghibur resort. Nice kan?



^^^ disambut oleh penghibur hotel dengan lagu ala-ala muzik Hawaii ^^^


^^^ bilik kami ^^^

^^^ boleh lihat rusa di mana jua ^^^
malam-malam macam2 bunyi..agak menyeramkan jugak sebenarnya
bunyi rusa, burung merak.
nak jalan pergi makan lagi lah takut..ye laa penghuni pun tak ramai.
terkepit-kepit kami berjalan.

^^^ tidak ketinggalan merak kayangan ^^^
hari ke-2 hari Sabtu sudah ramai keluarga yang datang berkunjung
cafe sudah penuh diisi dengan orang ramai.

^^^ sempena Earth Day 2011 ^^^
malam ke -2 tiba2 cafe gelap gelita plak?
guess what? Earth Day..adooii haii..
kene makan dalam gelap nampak nya.
kemudian semua di arah keluar ada upacara simbolik
melepaskan dekorasi lilin dalam kolam renang.

^^^ upacara menepung tawar. ehh silap menyalakan lilin ^^^

^^^ melepaskan lilin ke kolam renang ^^^

^^^ saat pulang, semua hantar kami ke jeti. chef pun sama kakaka ^^^
hari ke 3 iaitu hari Ahad tiba masa pulang ke Kuala Lumpur.
perjalanan terasa sangat jauh.
entah berapa kali tidur entah berapa kali terjaga.
smpai KL lebih kurang 12 malam jugak kot.



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~
 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: