Wednesday, January 21, 2009

Gerhana Matahari 26 Januari 2009

Wowww bulan ni 26 haribulan kita dapat tengok Gerhana Matahari..jadi dari jam 4.30petang kena siap sedia lah.. waktu kemuncak jam 6.50 ptg..Di sebabkan jam 4.30 ptg tu ada antara kita yg sedang bekerja..tapi tak mengapa..kita ade masa selama 3 jam 46 minit..
wahhh aku nk rakam la detik2 tu..best best. jgn lupa pakai sun glassess yer...nanti sakit mata plak.

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena itu berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari.

Angkasa menjemput orang ramai untuk menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program Pencerapan Gerhana Matahari Separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 petang pada 26 Januari ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung gerhana matahari separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Januari melalui laman web www.angkasa.gov.my.

1. KUALA LUMPUR

Latitude: 3° 8' 50" N
Longitude: 101° 41' 16" E
Height above sea level: 0 metres
Time zone: 8h ahead of UT

The eclipse is partial from this location.
Timing Information
Beginning of partial phase
Time: 2009 Jan 26 16:31:36

Maximum eclipse
Time: 2009 Jan 26 17:50:40
Eclipse magnitude: 0.726

End of partial phase
Time: 2009 Jan 26 18:58:49



~~ smile in pleasure, smile in pain, smile when trouble pours like a rain, smile when someone hurts u. Smile because someone still loves to see you smiling. ~~

Thursday, January 8, 2009

Israel Zionis Gaza

Hari2 dengar berita, tak habis2 isu mangsa Tentera Zionis laknatullah semakin meningkat. Saban hari aku baca berita berkenaan perihal tersebut membuat darahku meluap2 bergelora. Sakit hati, marah dengan apa yg berlaku kepada Rakyat Islam di semenanjung Gaza. Pagi tadi sebelum ke tempat kerja aku terdengar berita bahawa PM kita rancang nak anjurkan sidang parlimen khas membincangkan isu rakyat Palestin. Sebaik sahaja aku sampai ke kantor , aku menerima banyak pesanan untuk memboikot barangan Yahudi. Di sebelah petang pula berita utusan menyiarkan AUKU -Akta Universiti dan Kolej Universiti membenarkan pelajar membuat demonstrasi untuk mengutuk Israel.




Apa yang aku fikirkan buat masa ini, aku fikir dengan hanya kutukan, kecaman, bantahan terhadap serangan Tentera Zionis hanyalah usaha yg sia - sia. Sebab perkara ini bukanlah perkara baru. Jika kerajaan kita melancarkan satu sesi latihan ketenteraan untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk berperang dengan Tentera Zionis, aku lah org pertama yang akan bersetuju untuk menyertainya. Aku yakin dengan hanya serangan balas sahaja dapat menumpaskan Laknatullah tersebut. common sense la kan..kalo dah org tu jahat mcm setan..dia kisah ker kalo org nk kutuk or caci maki dia? agak2 korg ade die kisah ker? kalo da siap leh ambil gambar dgn mangsa terbunuh..x ke mmg kejam namanya..mmg setan btul..sakit hati aku.


Apa yg boleh aku buat setakat ini hanya berdoa kepada Allah untuk menimpakan bala yang dahsyat terhadap semua rejim Yahudi tak kira yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan serangan ke atas Semenanjung Gaza. Bala yg boleh melumpuhkan serangan mereka ke atas Palestin. Selain itu aku akan cuba untuk memboikot sedaya mungkin barangan keluaran Yahudi walaupun tak semua yg dapat diboikot seperti produk Intel. klik di sini untuk senarai barangan yang perlu diboikot. Selain itu Kerajaan Malaysia juga boleh menyekat atau menghalang semua syarikat jualan daripada terus mengedarkan barangan2 tersebut. Ini kerana tidak semua rakyat kita menyedari dan mengetahui produk2 tersebut merupakan penyumbang kepada kerajaan Israel.



~~ smile in pleasure, smile in pain, smile when trouble pours like a rain, smile when someone hurts u. Smile because someone still loves to see you smiling. ~~
 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: