Tuesday, May 24, 2011

Gunung Bintang, Sedim Kulim

24 May 2011 1300
Gunung Bintang
Hutan Simpan Gunung Inas
Sedim, Kulim, Kedah
3 - 5 Feb 2011
Chinese New Year

^^^ menuju ke trek balak laluan bersimen selama 45 minit ^^^

2 feb lepas keje packing barang-barang..terus menuju ke UIA..
tempat tercinta, terhebat, tersayang, terkesima, tersipu
untuk berkumpul sebelum gerak ke destinasi utama Gng. Bintang.
konvoi dari UIA 5 buah kereta, rehat sebentar di RNR Tapah.
trip kali ini seramai 26 orang. 5girls 21guys
kemudian berhenti pula di Balai Polis Sg.Kob untuk sesi pendaftaran.
setelah selesai kami terus ke
Masjid Al-Falah, Qaryah (Kampung) Selarung Panjang, Karangan, Kedah
(panjang masya ALLah)
lps solat, dan berbual2 dgn pakcik imam mengenai isu terkini qaryah berkenaan
kami bersarapan di warung bersebelahan masjid.
memang murah makanan dia. air minum pakcik tu buat pun sedap.


^^^ check point pertama selepas 2 jam perjalanan ^^^

setelah tiba di pintu masuk Sg Sedim,
proses pembahagian ration dimulakan.
bag diletakkan dalam Pajero Rifaah utk dibawa ke atas.
jam 10.20 pagi, kami memulakan perjalanan dgn laluan trek bersimen selama 45 minit.
trek bersimen..diwaktu panas terik, mencanak 60darjah.
dihujung trek bersimen, dimana tiada kenderaan boleh masuk lagi
bag telah diturunkan dari Pajero. setelah rehat seketika, kami meneruskan perjalanan
ke trek balak lama.


^^^ setiap kali mendaki tangan kaki membengkak ^^^

setelah solat jamak qasar Zuhur Asar, makan-makan
kami sambung pendakian pd jam 230 ptg.
najis gajah ada dimerata-rata
gaung yg dalam jugak banyak..memang mengerikan..gajah jatuh takpe lagi
manusia jatuh..adoiii susah nak naik.
org tua2 kata..gajah jalan dalam bulatan dan meninggalkan najis
jika najis tidak ditumbuhi kulat/cendawan maknanya gajah lambat lagi nak smpai situ
kalau dah ada kulat/cendawan..tak lama lagi gajah akan kembali ke situ.
ada juga jumpa bermacam-macam ulat..


^^^ di puncak Gunung Bintang ^^^

dari kawasan air terjun ke Kem Bunian
yang laju boleh sampai dalam 2 jam setengah tiba seawal 4.47 ptg
macam aku yang dah slow..tiba jam 630ptg.
yang terakhir tiba jam 7 ptg.
kawasan perkhemahan memang luas..boleh muat lebih 100 org kot.
waterpoint perlu turun sikit selama 5 minit.
selesai urus diri, sesi masak-masak pulak.
menu makan malam
nasi + cendawan goreng tepung + sayur goreng + ayam masak kari pekat + teh O
selepas makan-makan..masuk tido..ada yg main kad (aktiviti kebiasaan)


^^^ bergambar beramai-ramai dipuncak ^^^

pagi-pagi selepas subuh masak breakfast dan pack lunch
perjalanan dari Kem Bunian ke Puncak
selama sejam setengah. x perlu bawa bag, bag tinggal di Kem Bunian bermula pada jam 10.15pg.


^^^ PM memberi angpow kpd yg kurang bernasib baik ^^^

jam 12tgh hari dah mula panas terik..kami mula gerak turun.
nak terus shoot ke kaki gunung kan.
setibanya di Kem Bunian, kami mula mengemas dan mulakan perjalanan
jam 145 ptg semua dah jalan.
budak-budak triathlon, climbathon yg tersangat laju ni tiba awal
mcm biasa la tuh
terus tiruk di Sg Sedim.
aku dan beberapa org tiba agak petang..sbb salah sorg antara kami injured plak.


^^^ tak lupa kepada yang terlebih bernasib baik ^^^

malam 4Feb tu kami bermalam di Dewan Serbaguna yang disediakan disitu.
setelah siap mandi, acara masak-masak pula.
masing2 dah kelaparan..gadis-gadis perlu masak dgn cepat.
menu dinner : nasi putih + ayam masak black pepper pedas + tomyam vegetarian + telur dadar + papadom + teh o panas
setelah memenuhkan perut sesi taaruf dimulakan
trip takkan lengkap tanpa sesi taaruf.
makan masa 2 jam jugak laa
dgn pokce yg tny pelbagai soalan2..macam-macam kerenah semuanya.

^^^ aksi tiruk jejaka-jejaka gagah perkasa ^^^

awal pagi kami digemparkan dengan akak gemuk
mereka suruh keluar awal.
perghh mcm bouncer akak penjaga tu.
semua kelam kabut mengemas..ingt boleh lepak-lepak tido rehat lama sket.

teeet teeet teeet
panggilan dari adik junior bernama Puteri, beliau jemput datang makan-makan
di rumahnya. wahh rupanyer ada sesi tazkirah.
untuk aku yang dah lama tak hadir sesi mcm ni..agak terkesima jugak lah ..hahaha


^^^ bergambar sebelum pulang ^^^

kami dibekalkan dengan pelbagai ilmu, pelbagai doa.
majlis ilmu itu diketuai oleh ibu Puteri sendiri.
lihat di bawah..masing-masing tekun menelaah sambil mendengar bacaan ibu.


^^^ ibu membaca ayat-ayat doa-doa yang terdapat pada buku Berilmu, Beriman, Beramal ^^^


^^^ bergambar bersama ibu Puteri dirumah mereka ^^^
dan akhirnya sesuai dengan trip ini..

Bila Matdie join program
Bila Pokce memeriahkan program
Bila Tokya dianiaya
Bila Selatan bertemu Kelantan
Bila tukang masak kaki pedas
Bila tukang makan tak tahan pedas
Bila PM bagi angpow
Bila ARC’ian jumpa air
Bila ARC’ian datang makan-makan
Bila ARC’ian terkena………

Report dari -> ARC IIUM Website

~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

1 comments:

Adam said...

congrats semua

Post a Comment

 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: