Wednesday, May 18, 2011

Air Terjun Berkelah Maran Pahang

18 May 2011 1600

Air Terjun Berkelah, Maran Pahang
1 - 2 Jan 2011 Sabtu Ahad
ARC Latepackers

Jam 11 malam berkumpul di tangga besar UIA
atau mereka gelarkan Tangga Firaun Ramses 2.
Jam 1 pagi selepas menyambut tahun baru 2011
dengan konvoi sebanyak 8 buah kereta seramai 43 orang
kami meredah kepekatan malam.
dan berehat sebentar di RnR Temerloh.
yg lelaki biasalah asap-asap..penumpang keretaku pula hanya berehat tido je.
maklumlah Jumaat hari bekerja sebelum tu.
waktu-waktu begitu kebiasaannya aku dah smpai Russia..on the way balik ke Malaysia dah.

Sepanjang perjalanan hujan lebat, ada sesetengah kawasan hujan renyai-renyai.
masing-masing mula berdoa semoga Berkelah tak hujan.
dengar khabar Kuantan dah pun BANJIR!!!.

4 pagi sampai ke tempat kebiasaan pengunjung Berkelah dan Jerangkang,
Masjid Kg Gelugor.
ada yang terus tidur dalam kereta, ada yang berlari-lari
masuk ke dalam masjid. hujan lebat ketika itu.
sejukkkk..aiii cane laa nii.
Trek Berkelah..tak hujan pun licin..kalo hujan?? lagi laa licin oooiii.

Jam 8 pagi warung sebelah masjid dah buka..
masing-masing dapatkan sarapan pagi.
sambil menunggu lori pengangkut Along utk bawa kami masuk.
penduduk kampung tidak lupa menasihati kami utk batalkan rancangan
kerana kerisauan mereka melihatkan air sungai naik melimpah-limpah.


^^^ lori Along sampai tepat jam 10.15 pagi. ^^^


sepuluh minit jer perjalanan ke pintu masuk Berkelah.
setelah doa diaminkan, tepat jam 10.15 kami bergerak.
hujan pun dah beransur reda Alhamdulillah
cuma air sungai tidak kelihatan cantik..coklat jer.


^^^ aksi tiruk di kolam no. 1 ^^^
dalam jam 11.15 kami tiba di kolam no. 1..apalagi
pria-pria memulakan aksi terjunan lah.
setelah berehat selama setengah jam kami memulakan perjalanan ke kolam 6
kawasan perkhemahan kami.


^^^ Syamil dengan aksi terjunannya ^^^


^^^ sambung trekking ke kolam 6 ^^^
jam 12 kami dah sampai kolam 6..
dulu kami pertama aku datang..nampak ada 2 kolam..satu parit kecil jer
disebabkan musim hujan, parit dah jadi aliran yg deras..paras peha.
yg rendah mungkin paras pinggang.
terpaksalah pasang tali utk memindahkan bag-bag.


^^^ bekerjasama memindahkan bag menggunakan tali ^^^



^^^ tengoklah..punya derasnya air..ngeri tengok ^^^
air yg sebelum ini kelihatan biru hijau tenang dah jadi coklat!!.
boleh laa trip kali ni..tertinggal bahan paling penting org melayu
makanan ruji tuhh..ahahha

minum petang; teh O dengan cucur.
menu lunch; pancake,calamari rings,ikan masak kicap,sup sayur bebola ikan, teh O panas
menu dinner; nasi ¼ pinggan,ayam masak black-pepper,tomyam vegetarian
dan teh O nata de coco mangga.
untuk supper pula adalah bubur jagung+sagu.


^^^ cik Sukahati di kolam no. 7 ^^^
konon pagi tu nak mandi manda di kolam 7, melihatkan
air sebegitu garang..tak jadi laa oii utk org yang tak pandai renang mcm aku ni.
huhuh


^^^ satu kereta dari KL ke Berkelah ^^^
masa ni jugak aku berkenalan dengan kawan-kawan baru :)
selepas breakfast maggi+telur+hotdog,roti sardin,roti kaya dan teh O panas
kami berjalan pulang.
tiba di bawah jam 12.15, 12.30 naik lori ke masjid gelugor.
mandi-mandi bersihkan diri di masjid gelugor
bergambar, dan makan nasi di warung
kami pulang ke KL.


^^^ pintu masuk Berkelah..terbaekkkkk ^^^


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: