KUALA LUMPUR: Saman maksimum RM300 akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan enam kesalahan trafik serius sepanjang 15 hari Ops Sikap XVII sempena Aidilfitri, bermula Rabu ini.
Enam kesalahan yang dikategorikan serius itu ialah
- memandu melebihi had laju,
- terbabit dalam kemalangan jalan raya,
- lampu isyarat merah,
- memotong di garisan berkembar,
- memotong barisan dan
- menggunakan lorong kecemasan.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Hamza Taib, berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap pemandu yang terbabit melakukan enam kesalahan itu dan jumlah kompaun terbabit juga tidak akan dikurangkan.
1 comments:
Selamat hari raya maaf zahir batin buat cik nany!
Post a Comment