Sunday, December 27, 2009

XPDC Krismas 2009 - Gunung Brinchang dan Gunung Irau

27 Dec 2009 1730

Date : 25th - 26th Dec 2009
Event: Irau Expedition - "The Return of Lord of the Ring"
kenapa dinamakan Lord of the Rings?


kami bertolak jam 1pagi dari tangga besar UIAM.
xpdc krismas tahun lepas aku bersama aku cik sukahati
tp tahun ni bersama cik kamariah. pada saat-saat akhir cik sukahati gagal menghadirkan diri
dek kerana kematian atuknya pd pagi subuh hari kejadian.
jadi trip kali ni aku hanya bersama cik kamariah.
first timer utk daki gunung.

^^^ laluan bertar ke puncak gunung Brinchang, semua pokok-pokok, ranting-ranting, dahan-dahan disaluti dgn lumut yang tebal dan sejuk ^^^


kami berehat sebentar dan mengisi perut yang sudah pun kelaparan
di R&R Tapah. tak penah penah aku makan lewat malam,
malam tu aku makan makanan berat dgn cik kam.
tgh malam hari di R&R Tapah seperti di siang hari.
pengunjung tetap ramai seperti biasa.
kemudian setelah berkumpul dan berdiskusi jalan mana harus diikut,
hasil perbincangan kami memilih untuk keluar ke Simpang Pulai
memandangkan jalan dari Tapah sgt membahayakan.


memandu ke Cameron pada waktu malam sangat menakutkan.
cik kam sudah pun beberapa kali terlena.
jalan bengkang bengkok pun die leh terlena.
mujur kami konvoi beramai-ramai
kalau x mmg aku x berani nak lalu jalan tu yg gelap-gelita lagi bengkang-bengkok itu. huhuh.


^^^ comot sedikit demi sedikit ^^^


kami tiba di Masjid Brinchang jam 6pagi lebih kurang
(tak tengok jam, tapi blum azan subuh lagi)
setelah menunaikan solat subuh dan tukar pakaian hiking,
kami bersarapan di gerai yg berhampiran.
trip kali ni aku dapat beramah mesra dgn senior-senior Latepackers
seperti kak Bieeyah, Labu, Abg Jay, Kak Mie, kenal sape itu Mat Die..hahha
mula-mula mmg x kenal Mat Die tu..sekali dgr org mulut bising spekang kelantan..
haa sah tu mat die..


jam 9pagi selepas siap kemas ape yg patut sebelum treking
kami memulakan perjalanan.
pendakian dimulakan dengan mendaki anak tangga beberapa ratus meter.
setelah 2 jam pendakian, kami mula terasa letih
menyesal dengan bag yg dibawa.
bag kurasakan makin lama makin berat.
rasa dengki dgn mereka yang x bawa apa-apa barang.
aku mula merasakan nak patah balik. cik kam juga begitu.


^^^ laluan ke Gunung Irau sebelum ke trek berlumpur coklat hitam ^^^


tapi beberapa pendaki lain memberi kata-kata perangsang agar meneruskan pendakian.
sebab puncak tidak berapa jauh lagi.
kedua-dua kasut cik kam pula telah tercabut tapaknya menyukarkan die utk berjalan.
cik kam mula give up dan berniat utk patah balik
tapi sekali lagi gagal utk patah balik.
akhirnya setelah 4 jam berjalan kaki, jam 2ptg kami tiba di puncak
setelah bergambar di puncak jam 210ptg kami turun semula.

^^^ tengok kasut cik kam, ada jari kat depan ^^^


perjalanan turun lagi mencabar minda
sehingga aku berfikir mcm mana aku boleh naik tadi?
da naik x reti turun plak..
pada awal nya aku masih berjalan dgn cik kam.
kemudian cik kam hilang ntah ke mana
die nak berehat x cakap ngn aku
sudahnya aku berjalan seorang diri dalam hutan..
xde dah org-org lain yg memintas.
sehingga aku merasakan adakah aku sesat? mana org lain ni??
sepanjang perjalanan mulutku x henti-henti berzikir, beristighfar..
ape yg merunsingkan aku ketika itu ialah aku takut aku terlalu jalan terus ke kaki
Gunung Brinchang. haa mmg naya la kalau mcm tu..
akhirnya jam 5ptg aku tiba di puncak Gunung Brinchang
walaupun ku rasa trek turun lagi sukar tapi masa perjalanan kurang sejam dari masa pendakian.

^^^ tent telah pun dipasang utk kami tido di malam hari yg dingin lagi sejuk beku ^^^


selepas siap urus diri solat jemaah zuhur asar, kemudian maghrib isyak pula
masa utk menikmati makan malam.
disebabkan cuaca yg tersangat-sangat sejuk, kami masuk ke dalam khemah lebih awal.
apa yg aku boleh gambarkan.. keadaan sejuk di puncak Brinchang ialah
pencuci muka, lip jelly, coklat semua nyer mengeras.


bangun Subuh jam 630 pagi, setelah solat subuh main masak-masak plak
pagi ni kami breakfast burger, scramble egg, coslow..aku makan burger 2 biji
sebab laparrrr..mlm mkn sket jer..huhuhu
selepas breakfast aku dan cik kam merancang utk pulang awal.
nak amik gmbr view yg cantik kt bwh sbnrnya..


balik tu seperti biasa jalan-jalan kat Cameron..
cik kam pun blum penah g cameron jadi penunjuk jalan kepadanya.
mula-mula da fikir nak bwk troli g pasar utk bawa ke Cameron
tp disebabkan jiran sebelah da bg banyak sayur dari Cameron
aku fikir takkan shopping byk2 kot..hehhe
sekali hambek kau..penuh plastik2 sayur kat tangan aku


berbelanja di Kea Farm memang boleh giler..
lps belanja2 br laa terfikir bkn la murah sgt pun..
tip utk tidak terpedaya dgn harga yg ditawarkan;
jika harga ditawarkan RM10 14 bungkus sayur, RM10 bahagi 14,
tgk jumlah kuantiti sayur dlm bungkusan pula
akhirnya 2 biji peti ais dirumahku masih tak muat utk sayur2 yg dibeli.
da mcm peti sejuk org berniaga di restoran plak..huhuh

lps ni tahu dah..g Cameron mesti bawak Troli g pasar..
br x sakit tangan nak shopping :)

banyak lagi gambar kat Picasa Web


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

2 comments:

sukahati said...

dah agak dahhhh...mesti ko shopping sakan mat Kea Farm tuhhh :P

noorafzan.blogspot.com said...

best nyer..

Post a Comment

 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: