Sunday, December 27, 2009

XPDC Krismas 2009 - Gunung Brinchang dan Gunung Irau

27 Dec 2009 1730

Date : 25th - 26th Dec 2009
Event: Irau Expedition - "The Return of Lord of the Ring"
kenapa dinamakan Lord of the Rings?


kami bertolak jam 1pagi dari tangga besar UIAM.
xpdc krismas tahun lepas aku bersama aku cik sukahati
tp tahun ni bersama cik kamariah. pada saat-saat akhir cik sukahati gagal menghadirkan diri
dek kerana kematian atuknya pd pagi subuh hari kejadian.
jadi trip kali ni aku hanya bersama cik kamariah.
first timer utk daki gunung.

^^^ laluan bertar ke puncak gunung Brinchang, semua pokok-pokok, ranting-ranting, dahan-dahan disaluti dgn lumut yang tebal dan sejuk ^^^


kami berehat sebentar dan mengisi perut yang sudah pun kelaparan
di R&R Tapah. tak penah penah aku makan lewat malam,
malam tu aku makan makanan berat dgn cik kam.
tgh malam hari di R&R Tapah seperti di siang hari.
pengunjung tetap ramai seperti biasa.
kemudian setelah berkumpul dan berdiskusi jalan mana harus diikut,
hasil perbincangan kami memilih untuk keluar ke Simpang Pulai
memandangkan jalan dari Tapah sgt membahayakan.


memandu ke Cameron pada waktu malam sangat menakutkan.
cik kam sudah pun beberapa kali terlena.
jalan bengkang bengkok pun die leh terlena.
mujur kami konvoi beramai-ramai
kalau x mmg aku x berani nak lalu jalan tu yg gelap-gelita lagi bengkang-bengkok itu. huhuh.


^^^ comot sedikit demi sedikit ^^^


kami tiba di Masjid Brinchang jam 6pagi lebih kurang
(tak tengok jam, tapi blum azan subuh lagi)
setelah menunaikan solat subuh dan tukar pakaian hiking,
kami bersarapan di gerai yg berhampiran.
trip kali ni aku dapat beramah mesra dgn senior-senior Latepackers
seperti kak Bieeyah, Labu, Abg Jay, Kak Mie, kenal sape itu Mat Die..hahha
mula-mula mmg x kenal Mat Die tu..sekali dgr org mulut bising spekang kelantan..
haa sah tu mat die..


jam 9pagi selepas siap kemas ape yg patut sebelum treking
kami memulakan perjalanan.
pendakian dimulakan dengan mendaki anak tangga beberapa ratus meter.
setelah 2 jam pendakian, kami mula terasa letih
menyesal dengan bag yg dibawa.
bag kurasakan makin lama makin berat.
rasa dengki dgn mereka yang x bawa apa-apa barang.
aku mula merasakan nak patah balik. cik kam juga begitu.


^^^ laluan ke Gunung Irau sebelum ke trek berlumpur coklat hitam ^^^


tapi beberapa pendaki lain memberi kata-kata perangsang agar meneruskan pendakian.
sebab puncak tidak berapa jauh lagi.
kedua-dua kasut cik kam pula telah tercabut tapaknya menyukarkan die utk berjalan.
cik kam mula give up dan berniat utk patah balik
tapi sekali lagi gagal utk patah balik.
akhirnya setelah 4 jam berjalan kaki, jam 2ptg kami tiba di puncak
setelah bergambar di puncak jam 210ptg kami turun semula.

^^^ tengok kasut cik kam, ada jari kat depan ^^^


perjalanan turun lagi mencabar minda
sehingga aku berfikir mcm mana aku boleh naik tadi?
da naik x reti turun plak..
pada awal nya aku masih berjalan dgn cik kam.
kemudian cik kam hilang ntah ke mana
die nak berehat x cakap ngn aku
sudahnya aku berjalan seorang diri dalam hutan..
xde dah org-org lain yg memintas.
sehingga aku merasakan adakah aku sesat? mana org lain ni??
sepanjang perjalanan mulutku x henti-henti berzikir, beristighfar..
ape yg merunsingkan aku ketika itu ialah aku takut aku terlalu jalan terus ke kaki
Gunung Brinchang. haa mmg naya la kalau mcm tu..
akhirnya jam 5ptg aku tiba di puncak Gunung Brinchang
walaupun ku rasa trek turun lagi sukar tapi masa perjalanan kurang sejam dari masa pendakian.

^^^ tent telah pun dipasang utk kami tido di malam hari yg dingin lagi sejuk beku ^^^


selepas siap urus diri solat jemaah zuhur asar, kemudian maghrib isyak pula
masa utk menikmati makan malam.
disebabkan cuaca yg tersangat-sangat sejuk, kami masuk ke dalam khemah lebih awal.
apa yg aku boleh gambarkan.. keadaan sejuk di puncak Brinchang ialah
pencuci muka, lip jelly, coklat semua nyer mengeras.


bangun Subuh jam 630 pagi, setelah solat subuh main masak-masak plak
pagi ni kami breakfast burger, scramble egg, coslow..aku makan burger 2 biji
sebab laparrrr..mlm mkn sket jer..huhuhu
selepas breakfast aku dan cik kam merancang utk pulang awal.
nak amik gmbr view yg cantik kt bwh sbnrnya..


balik tu seperti biasa jalan-jalan kat Cameron..
cik kam pun blum penah g cameron jadi penunjuk jalan kepadanya.
mula-mula da fikir nak bwk troli g pasar utk bawa ke Cameron
tp disebabkan jiran sebelah da bg banyak sayur dari Cameron
aku fikir takkan shopping byk2 kot..hehhe
sekali hambek kau..penuh plastik2 sayur kat tangan aku


berbelanja di Kea Farm memang boleh giler..
lps belanja2 br laa terfikir bkn la murah sgt pun..
tip utk tidak terpedaya dgn harga yg ditawarkan;
jika harga ditawarkan RM10 14 bungkus sayur, RM10 bahagi 14,
tgk jumlah kuantiti sayur dlm bungkusan pula
akhirnya 2 biji peti ais dirumahku masih tak muat utk sayur2 yg dibeli.
da mcm peti sejuk org berniaga di restoran plak..huhuh

lps ni tahu dah..g Cameron mesti bawak Troli g pasar..
br x sakit tangan nak shopping :)

banyak lagi gambar kat Picasa Web


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Saturday, November 21, 2009

I'm one of the first to set foot on DUKE

22 Nov 2009 1600
22 Nov 2009
0800 - 1200
Dukethon 5km
Tol Batu - Tol Air Panas


boleh la aku salah paham..pagi2 tu..adoii
aku ingt mcm biasa.. su dtg umah aku pastu car pool ngn cik kam sekali..
kul 710 cik Sukahati x sampai lagi..mana die nie?
pastu die call tny aku kat mana..die da smpai?
xde pun depan umah aku ni..tp da sampai..
da smpai kat highway DUKE rupa nya..hampehhh
aku pun kelam kabut ngan cik kam redah ke Tol Batu..
da la x tahu jalan.
peta ni sangat x membantu.
sblm tu aku da pesan kat cik kam suro pakai seat belt sbb aku nak pecut huhu
dengan xth jalan nya..ntah jalan mana aku masuk
call su die suh patah balik ke bulatan pahang
nak ke bulatan pahang pun aku da x sure..sbb da panic
ingt da marathon kat dalam kete je dah
Hazlene Ismail..kawan baru dari FB ni cakap 730 da nak start..
lagi la panic..x sempat la mcm ni cik kam..
aku da tawakkal jer
baca doa Rabbi yassir wala tu assir..tu je jadi zikir aku sepnjg2 panic tu..
last-last jmp jalan ke highway DUKE.. masa tu da xth kat mana dah..
x penah lalu jalan kt situ.
pastu nmpk Pajero bg emergency lamp..ade logo DUKE..aku pun ikut bg emergency lamp
hehhe org tu bwk VIP rupa nyer..
alhamdulillah selamat sampai.. cari parking plak..

smpai2 tu AJK program da panggil peserta kategori A dan B..
kami kategori B wanita terbuka.
kelam kabut la lari ke petak permulaan.
target aku kali ni nak dapat medal top 100th Places.
utk pengetahuan last larian aku bln april..
da 7 bulan aku x berlari..haaaa
^^^ cik Kam, cik Sukahati, cik Nany, Kidin, Yaye, Abe ^^^

dari jauh aku da nampak garisan penamat..masa tu terus berlari dan jalan sket2 jer..
ade uncle category C - Man Veteran suh teruskan berlari..da nak sampai die ckp..
aku pun terus berlari
masa tu dalam hati..x mungkin ade medal lagi ni..
tp jauh dalam hati masih harap ade medal utk aku..
ajk di garisan penamat excited suro masuk lorong ikut kategori
biasa nye kalo diorg excited lagi tu..ade chance lagi tu..
waaa x sangka aku dpt no 82..hahha
masa rehat2 tu jmp laa faizah Faiz..kawan sekolah rendah..
da habis round tgk Auto Show



nak naik Hot Air Baloon plak
org yg beratur x ramai
tapi..lama menunggu
aku da give up da masa tu..nak bukak kasut jer masa tu
letih melangut tunggu tanpa buat ape2
aku decide nak balik je dah.. su masih terus beratur..

^^^ cik Kam di tepi Highway ^^^
ingat hari-hari biasa dapat ke nak bergambar mcm ni..
tapi slack x bergambar di lorong pandu laju sambil duduk
bukan takat set foot..set buttocks on DUKE lagi tu...hahahhaa



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Wednesday, November 11, 2009

Menikmati Hijau di Broga Hill

11 Nov 2009 2200

Broga Hill, Semenyih -> Tekala Waterfall -> LookOut Point
7 Nov 2009
0430 - 1500

plan utk ke sini dirancang 5hari lebih awal. apa perlu dibawa, dipakai, jam berapa perlu berjumpa, ikut jalan mana..
seperti yang dirancang..Sue, Zam, Wan dan Kam tiba jam 415 pagi di hadapan rumahku..
aii pendek2 nama kwn aku kan? tapi xpe diorg x pendek pun..hhehe
kemudian jumpa pula Siti di MRR2.
berpandukan petunjuk arah yg diberikan oleh kawanku si kayree;
ikut highway cheras kajang MRR2
exit ke kajang
lalu depan plaza phonix tu
lalu tol seringgit
guna ja highway tu terus ke semenyeh
terus lagi sampai jumpa tol 90 sen
terus lagi sampai kuar exit semenyih
lepas exit tu terus lagi sampai jumpa university Nottingham (tetibe rasa lucu lak ngn ejaan die)
trus lagi pandang ke kiri nampak ladang kwlapa sawit kanan ladang arnab
park kat situ
ada nampak gamba arnab
masuk n parking dalam kelapa sawit

^^^ track pendakian ^^^

kami sampai jam 530pagi..kemudian tunggu pula Encik Ahmad dari Mantin (office mate aku).
sementara menanti En. Ahmad kereta sudah pun banyak di ladang kelapa sawit dan ramai org dah mula mendaki. percaya atau tidak kebanyakan dari mereka adalah cha ya nun aliff.
di mana-mana tempat riadhah pasti mereka yg ramai.
Encik Ahmad nak tunjuk masjid utk kami solat subuh.
setelah solat subuh dalam 630 kami bergerak naik.

^^^ En. Ahmad di puncak 'Kinabalu' nya ^^^

sebab terlalu obsessed utk mengejar detik-detik matahari naik kami sanggup bgn awal..
maybe lps ni kejar sunset plak kot..hehhe :)


^^^ view Sunrise ^^^


^^^ lihat manusia yg telah pun ramai di awal pagi ^^^


^^^ aku suka kehijauan di Broga ini..sgt cantik..Subhanallah ^^^

biasalah bila da smpai masa utk berposing sakan la plak..
mcm x biasa kan? En.Ahmad pun dgn sporting join kami bergambar.
En.Ahmad je berlainan status kat sini ;))

^^^ 2 mggu akan dtg join larian highway DUKE plak 3 gadis ni ^^^






^^^ cik Kam keletihan..dimana saja sempat melelapkan mata ^^^


^^^ trek turun ^^^
masa turun boleh berlari-lari rasa seronok gak berlari-lari sambil berlumba-lumba dgn kawan-kawan tapi perlu diingatkan sentiasa berhati-hati dgn langkah anda.

dah berpeluh-peluh tu kami merancang utk mandi di Air Terjun Gabai.
tapi sebab Zam da keletihan..kaki da lenguh jln terhincut2, rasa nak muntah..nak pitam bagai..:p
dan die request kalo boleh turun kereta je jmp air sungai
plan bertukar ke Tekala Waterfall.
Gabai kene naik tangga tinggi-tinggi kan.
manakala En.Ahmad pulang ke Mantin setelah tunjukkan kami jalan ke Tekala.
Terima Kasih En. Ahmad..

uii rasa lega dapat berendam dalam air yg sejuk..
kaki rasa release. air memang x dalam..tp boleh la utk lepak-lepak.

^^^ berendam sambil berbual-bual bersama siti ^^^
lama jugak x jumpa die since aku grad lagi
chatting kat YM je selama ni..huhuhu
mcm biasa posing plak kat air terjun

Kesimpulan dari trip ke Broga ini
  • aku bersyukur kepada Allah kerana doa yg aku panjatkan supaya hari Sabtu 7Nov2009 tidak hujan dimakbulkan Allah.
  • ahli rombongan mengikut plan yang dirancang dgn baiknya. terima kasih kepada semua yg beri kerjasama.
  • torch light, air 100 Plus, camera, kasut yg sesuai perlu dibawa.
  • makan kt LookOut Point x best langsung. maybe silap kami gak sbb x order Western Food. punya laa lama nya tunggu makanan..sampai rasa hangin satu badan. sampai2 x sedap plak. service tax da la 10%. pastu nak ckp tukang masak die sorang jer..tu bkn masalah aku laa..kalo nk bg alasan mcm tu..dalam satu-satu masa allow 1 org je pelanggan. masak laa utk seorang tu. hantar makanan kami satu demi satu..sehinggakan kawan ni da habis makan, yg lain x dpt mknn lagi..sengal.
  • 2 hati akan disatukan..jalan nya sudah diterangkan tinggal 2 hati tersebut jer utk memulakannya.

^^^ kemesraan 2 pasangan yg tiada tolok bandingnya ^^^


^^^ restoran yang perlu di reject slps ini ^^^

cerita lebih lanjut lagi terperinci di blog Sukahati dan Kematz


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Sunday, October 25, 2009

Canopy Walk at FRIM Kepong

25 Okt 2009 1800

Hari ni seharian berjalan-jalan dengan family. selepas breakfast di round about AU 2, kami mulakan perjalanan. saja gerak lambat sbb Canopy Walk bukak kul 930 pagi. kami tiba di FRIM Kepong jam 940pg. Tiket masuk ke FRIM Kepong satu kereta RM 3 satu kepala RM 1. total RM6. beli tiket Canopy Walk di Tourist Information Center, Dewasa Malaysian RM 5. park kereta berhampiran PR Office.


menurut Petugas Kaunter, purata masa yang diambil 1jam setengah. mulakan perjalanan dari Masjid Jamek. jalan kaki sejauh 900 meter sebelum sampai tempat permulaan Canopy Walk Trail.



^^^ bergambar bersama mak di permulaan Canopy Walkway ^^^
dari sini jalan sambil mendaki sepanjang 500meter lagi sblm jumpa pondok masuk.


^^^ Canopy Walk trail..agak mencabar bagi yang x biasa hiking. ^^^


^^^ Entrance Hut ^^^


Canopy Walkway 200 meter length 30 meter above from the ground
made from
Chengal Plank, Aluminium Ladder, Polyethylene Netting, Polyester Ropes and Steel Cable.
tapi mcm x kukuh macam kat Canopy Walk kt Kota Kinabalu.
rules kt sini ketat gak laa
jarak antara pejalan kaki sejauh 3 meter.


^^^ si Zainab x cukup tali nak pegang ^^^

da puas berjalan kaki sejauh 900 meter, lepak kat Malay Tea House.
kat sini x payah la makan atau minum makanan yang ada dijual diluar. Mahal dan x sedap.
kali ni aku order Air Asam Paya sejuk dan panas dan Teh Daun Jambu serta Ais Krim.
memang style kampung. ais krim potong die bagi. ingat ais krim cedok2 ngan sudu tu.

hiasan dalaman Tea House ni memang menarik perhatianku. lengkap dengan set Congkak, hiasan kain batik pelekat dan macam2 lagi. nak tahu detail Malay Tea House leh klik disini.


^^^ Zainab di Malay Tea House ^^^
da minum2 jalan kaki lagi beberapa ratus meter, utk smpai ke Tourism Information Center. sesi rendam kaki pula. ingat ikan yang gigit kaki, tapi berudu plak yg menempek.. ape tahh.

kebersihan tak berapa di titik beratkan di sini. tin-tin minuman bersepah2. berudu yang banyak.

kesimpulannya bila nak datang sini.
  • plan perjalanan anda. waktu dibuka 930am - 230pm Mon & Fri is a closing day.
  • pakai sport attire, x penting sgt pun baju asalkan selesa. ade chinese pakai skirt lagi.
  • kasut yang penting.
  • air minuman juga penting..sapa x biasa exercise, air tu mmg penting. 1.5liter.
  • tuala muka.
  • camera.
  • kalo ada sape2 xnak join canopy walk ni..aka jd driver ke FRIM Kepong jer, suro la die tunggu kat Malay Tea House. so bila balik nak jalan kaki x jauh sgt.


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Friday, October 23, 2009

Things u need to do when ur tyre get flat.

23 Oktober 2009 2100

Today was the second time my car's tyre get flat..uhhh the first time was at Giant just near by to my house. at that time i felt panic, because I've no experience in changing tyre. I just drove my car to workshop and asked the mechanic tyre shop. ok i just follow the instruction given then after that my car can work as usual. in the office i told Encik Ahmad about the incident. Encik Ahmad told me to do this and this.

A month later, which is today, another tyre got flat. Luckily at the office's Car park. my colleague call, and inform me that my car's tyre got flat. Oh no. this time it happen while i'm in office. I told Encik Ahmad again, and Encik Ahmad willing to help and teach me on how to change the tyre. First of all you will need;
  • Car Jack
  • Jack Handle
  • Socket Spanner
  • Spare Tyre
  • Reflective Triangle (while you are on the road)
  • Torch Light (if the incident happen at night)
  • Gloves (optional, to hold the tools firmly I guess)
  • Flathead Screwdriver (to open the rim, I guess hehe)



For my case i only need the first three tools which are Car Jack, Jack Handle and Socket Spanner. what you need to is, firstly put the car jack under your car body just near to the effected tyre. used the jack handle to jacking up the car. naikkan ala kadar jangan sampai tayar tak jejak lantai. nanti susah nak tanggalkan nuts tayar. ok this time use your Socket Spanner to loosen the nuts.


Unscrewed the nuts with Socket Spanner, u wont be able to loose it by your hands unless you are the body builder. Pijak Socket spanner dengan kaki, lompat2 sket. Attention, if your car's tyre has 4 nuts loosen it by 12 & 6, 3 & 9. dont unscrewed it by clock wise or counterclockwise order. putarkan socket spanner counter-clockwise utk longgarkan nuts. kalo ada 6nuts just loose the screw oppositely. tak tahu la apa sebab nya tapi masa kelas teori memandu dulu cikgu ada cakap, Encik Ahmad pun ada ajar perkara yang sama. masa nak loose kan nut plak jgn satu nut longgar habis yang lain ketat lagi.. biar semua sama2 longgar sama2 ketat. pun x tahu gak sebab musababnya.

Ok da lompat2 atas Socket Spanner, naikkan jack lagi sket smpai tayar boleh pusing2 bebas. tanggalkan nut semua, kemudian sepak tayar ke dalam sket. bagi tayar tersenget, senang nak tanggalkan tayar. sebab tayar flat dapat dikesan jadi aku dan Encik Ahmad ke kedai tayar berhampiran. mechanic tampal tayar cukai RM5 dikenakan. kedai area umah aku pun 5 ringgit gak. kedai area umah Encik Ahmad 8 ringgit.

ok skrg nak pasangkan tayar plak. kali ni jack perlu dinaikkan lebih tinggi sebab tayar da penuh angin. kalo tayar kalian bisa dimasuk enggak perlu di naikkan jack lagi dong. pastikan tayar dimasukkan ikut screw yang ada. lubang screw pada tayar perlu dimasukkan betul2. sama macam tadi gak cara nak ketatkan skru tayar. 3 & 9, 6 & 12. mula-mula ketatkan nuts dgn socket spanner gunakan tangan. perlu diingatkan nuts perlu diketatkan selari. sama2 ketat, sama2 longgar dlm waktu yg sama. jgn ade yang da ketat ada yg masih longgar. paham enggak?

bila nuts xbleh diketatkan dgn tangan lagi, pijak ngn kaki pula. clockwise order nak ketatkan nuts. lompat2 lagi pada socket spanner tu. ok beres sudah..(update masa ngantuk ni)



perkara terpenting masa berlaku nyer kecelakaan ini.

  • jika anda sedari tayar kereta anda pancit semasa anda sedang memandu, pandu perlahan kereta anda ke tepi, dan cari kawasan yang rata dan kukuh utk tukar tayar. bkn tanah lembik dan kawasan bukit.
  • nyalakan lampu kecemasan, sangat penting yer, org dari jauh x nampak ape sedang berlaku kepada anda. matikan enjin kenderaan.
  • nyalakan hazard light jika hujan.
  • put reflective triangle 20 steps behind your car.
  • kalau x tahu gak cane nak buat, call 911.
  • most important thing that i learn here, woman also can change flat tyre. tadi pakai baju kurung lagi masa nak tukar tayar. hhaahah


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Sunday, October 18, 2009

Deeparaya - Jerangkang Waterfall

18 Oktober 2009 2245
Jerangkang Waterfall
17 - 18 Oktober 2009
Maran Pahang


program ni pun saje untuk bercuti-cuti lagi tapi di hutan pula.
minggu sudah bercuti-cuti di kota tapi kali ni di hutan,
bukan daki gunung tapi bermandi-manda di air terjun.
16Oktober2009 Jumaat 10.30pm aku ke UIA ambil Kayree a.k.a Tokya.
boleh kate program ini program berjalan-jalan bersama Tokya gak laa..


kami perlu berjumpa member lain di BHP tol Gombak jam 11malam.
setelah perbincangan dibuat kami bergerak meneruskan perjalanan.
stop kt RNR temerloh untuk rehat-rehat dan jumpa member lain plak.
jam 3 pagi kami teruskan perjalanan dan keluar ikut sri jaya.
sampai di masjid jam 430 pagi. parking kereta kat situ dan tukar naik 4WD utk ke
air terjun. perjalanan untuk ke waterfall makan masa 40 minit.
2 trip diperlukan untuk membawa kami ke destinasi.


masa nak join trip ni aku hanya kenal Abg Pakoi, Abg Kuyek dan Tokya jer. sampai sana dengan mudah aku dapat kawan-kawan baru..bestkan? mereka dari Tekun dan Monash Universiti. majoriti dari Tekun. sampai je di tapak perkhemahan kami tidur dulu sementara menanti waktu subuh. tapi abg Kuyek dan Abg Pakoi memasak sarapan pagi. masak bihun, bila nak makan bihun da jadi mee..hehehe gurau jer abg pakoi. bangun2 subuh, masing-masing spt biasa akan serbu toilet. tengok2 toilet tak de air? so mcm mana? terpaksa la menahan untuk buang yang besar, buang yang kecik dulu. paip air ada tapi ntah kenapa getah bawah tanah yang dibina sudah pun pecah. air tak dapat disalurkan ke tandas tapi di gazebo air ada. selepas solat subuh sarapan pagi mee dan nescafe. memang seronok g trip dgn abg pakoi ni. hal-hal dapur serahkan sahaja kepada beliau. selepas breakfast kami gerak ke air terjun. ada yang kata sejam perjalanan utk ke air terjun. masing-masing dengan life jacket.
4 org dari kami berjaya hingga ke level 23, aku dan rakan2 lain smpai yang mana aku x ketahui. sebab da x berani nak naik atas mcm x de jalan jer. setiap kolam tu kami swim lawan arus. pastu naik batu2 utk ke level seterusnya. sayang sangat x dpt bwk camera. camera bkn waterproof, mana nk swimming lg nak letak camera lagi. dapat amik gmbr kt bwh2 jer, tmpt letak brg2. pastu turun mcm tu gak.. makanan yg kak Molly bwk naik mmg aku makan, rasa nak makan semua mknn yang ada. btul2 lapar. aku siap terlena atas batu tepi kolam. da keletihan. kemudian mereka kejut utk turun bwh. jam 2ptg aku gerak turun. balik2 da letih kelaparan. smpai2 je nasi beriyani telah terhidang. thanks to Abg Ayis n wife, dan pembantu2 yg melengkapkan tugasan memasak. memang marvellous nasi beriyani tu. tgk nasi da th sedap. sape kate kat hutan bleh makan mknn segera atau maggi jer.. ehem tu laa Latepackers, nasi tomato pun xde masalah, asalkan ada bahan2. tu beza Latepackers dan OGKL. lepas makan mula rasa ngantuk sambung tido plak. dgn baju renang aku tido. cuaca panas pakai baju basah2 mmg seronok.

bangun dari tido nak sambung mandi lagi. lepas tolong2 ape yang patut, goreng-goreng makanan, mandi kat bawah plak. x naik tmpt tadi. kawasan air terjun kt bawah sesuai utk lepak2 jer sbb byk batu2 besar. kawasan mandi pula sempit. tapi aku mandi gak kt sini..sbb tadi da masak2 badan rasa panas. bkn masak ape pun..hahha..

menu makan malam ayam n ikan bbq. nasi aku x sentuh langsung..aku makan ayam dan frankfurter. lps makan sesi taaruf pula. hahah mlm2 pun kene speaking gak this is to welcome our participant from Thailand he is Monash University student. he still new in Malaysia and he understand only several malay words. selepas selesai sesi berkenalan dan beramah mesra, main card plak. ada yang da tido sbb keletihan mengipas ayam bbq, keletihan swimming.. aku main card dgn mereka. ada 2 jenis game baru yg aku belajar. Declare and Blaugh. bila ngntuk aku pun terus tido. mereka masih lagi main.

bangun pagi tolong abg Pakoi masak nasi lemak ikan. die nak masak nasi lemak style Terengganu. ada lauk ikan. aku makan sandwich. jam 915 kami naik utk g ke waterfall semalam. kali ni tokya join. semalam die sibuk tido dalam hammock. keletihan ape ek? bkn die yang drive pun..keletihan bekerja barangkali. siann tokya. uiii kali ni air kehijauan dan lebih sejuk dari semalam. x pasti kenapa. kali ni aku x naik smpai atas2 sbb masing nak mandi kat bawah jer.

jam 12 turun semula utk berkemas2 pulang. makan nasi lemak dan daging sup, kemudian berkemas2. selepas bergambar di lokasi perkhemahan, jam 2ptg kami gerak ke masjid tmpt parking kereta. jalan terasa lama berbanding jalan di malam hari. da smpai masjid mana yang bertenggek kat luar salin baju kt masjid. lepas makan2 jam 430 gerak pulang ke KL.

More pictures at Picasa Web.


kesimpulan kat sini,
  • dtg sini kene ada 4wd, sbb kdg2 org kg x nak bwk masuk lagi2 bila hujan sbb jalan teruk.
  • x perlu bawak kasut hiking selipar/sandal sudah memadai.
  • life jacket perkara terpenting.
  • boleh bawa bantal dan katil kalo dtg sini. sbb tido bawah pondok.
  • sun-block sangat2 penting ms swimming..even x panas mcm kt laut, tp still effect gak..makin gelap kulit aku..teruja pny pasal 2 hari aku lupa pakai sun-block.
  • ape-ape pun mmg sangat seronok, aku x penah jmp air terjun sedalam ini. masih cantik, harap2 akan datang kebersihan hutan masih dikekalkan. kecantikan dan kenikmatan airnya tak dapat di gmbar kan dengan gmbr.


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Wednesday, October 14, 2009

2 : Take Nothing But Photographs, Leave Nothing But Foot Prints

14 Oktober 2009 2000

Hari Pertama yang indah - Khamis 08-10-2009

Filipino Market


aku dan rakan-rakan tiba di terminal jam 1330, setelah selesai urusan pemeriksaan kad pengenalan masing-masing perlu check-in di hotel-hotel yang di tempah. Rakan sepejabat cik Sukahati yang tinggal di Sabah telah menghantar kami ke Jalan Api-Api tempat letaknya hotel yang kami tempah. Manakala Chan and the Gang masih belum menjumpai hotel utk menginap. Setelah check-in dan menyiapkan diri kami mulakan langkah berjalan-jalan di sekitar bandaraya KK. jalan, jalan, dan jalan rupanya kami dah smpai ke Filipino Market. wahhh terer kan? melihatkan dari peta yang ada, kami sangka jauh dari hotel. tapi untuk org yang lama x berjalan kaki..rasa jauh gak laa..di Filipino Market kami siap hafal deretan kedai mana yang boleh tawarkan harga jauh lebih murah. sambil berjalan2 tu kami tinjau pakej yg boleh tawarkan trip ke kundasang. so plan esoknya ke Kundasang dan Hot Spring.


Hari Kedua jalan-jalan turunkan lemak - Jumaat 09-10-2009

Kinabalu Park - HotSpring - Sinsuran Night Market - Likas Highway Center - Universiti Malaysia Sabah - Jesselton Point




selepas bersarapan kami menantikan van persiaran ke Kundasang. tepat jam 0815 kami bergerak ke Kundasang. perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu makan masa 2 jam. English Guided yang dijanjikan begitu menghampakan. Tourist Guide lebih banyak menggunakan bahasa Mandarin sebabnya ade tourist from Beijing cannot understand English..tourist guide bercakap dgn kami dgn Bahasa Melayu tapi tidak sepanjang penerangannya dalam Mandarin. Kundasang yg difahami olehnya hanyalah Pasar. Sungguh kesian..kesian juga kepada kami kerana tak dapat menyaksikan panorama indah di Kundasang seperti yg di omong oleh Chan & the Gang feel like in Swiss..setgh jam kemudian kami bergerak ke Hotspring. perjalanan mengambil masa sejam utk ke Hotspring. aku da nyenyak tido dalam van. sampaikan bila da smpai aku rasa mcm tak nak jalan dan nak sambung tido dlm van jer. tapi rugi laa kan da smpai nak tido plak. ada canopy walk trekking dalam hutan..tapi x best sgt pun view die. nak bawak camera masuk di caj RM 5 setiap camera. view x cantik mana tapi kene caj. Apekah?? berpeluh2 juga lah sepanjang trekking. setelah berpeluh2 kami nak tinjau air terjun yang berada 400 meter dari starting point canopy walk. ramai tertumpu di air terjun tersebut..emmm x best pun air terjun tu.. :p. kemudian aku da cik sukahati ke kolam air panas. nasib baik ada private room. x mahal pun cuma RM15 per hour, per room. public pool penuh dengan bermacam2 jenis orang..yuckkksss. setelah berendam hampir sejam kami ke van semula untuk ke kedai makan tengah hari. perjalanan pulang ke KK mula makan masa lebih 2 jam. badan rasa letih sebab duduk lama dalam van jer..huhuh. malam pula chan & the gang ajak makan bersama. kami makan di Likas HIghway Center.
pada malam tu ribut Parma menyerang Filipina, kami yang berada di Pasar Malam Sinsuran berhampiran Filipino Market turut merasainya. kedai2 mcm nak terbang, manusia berlari-larian. ada perasaan takut juga ketika itu. mata dimasuki pasir walaupun aku memakai spek ketika itu. selesai makan kami ke UMS ada tamu gadang di sana. kemudian kami ke Jesselton Point tinjau2 utk hari esok.

Hari Ketiga hari menggelapkan diri - Sabtu 10-10-2010

Tunku Abdul Rahman Park - Pulau Manukan - Pulau Mamutik - Pulau Sapi - Tourist Info Center - Sinsuran Night Market

bangun pagi dgn berbekalkan sebotol susu Dutch Lady kami bergerak ke Jesselton Point. satu yang x best kat KK ni, tambang teksi btul punya mahal. on je meter da 10 ringgit. nak tak nak kene naik gak. sampai2 je di Jesselton ada seorang lelaki menyapa menawarkan pakej snorkling yang ditawarkan. setelah runding2 kami setuju dgn pakej nya. kami naik bot bersama 6 sekeluarga dari Pee And Gee. sesi berkenalan, beramah mesra dan bergambar bersama mereka bermula. perutku terasa mual dan mula meragam. pulau yang pertama pulau manukan. tapi sebelum tu aku dan cik Sukahati parasailing dulu. huhuh seronok beb.. RM80 per head. setelah puas kami snorkling plak di Pulau Manukan. kemudian ke Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. setelah puas menghitamkan diri, aku dan cik sukahati tiada rancangan lain. kami gerak ke Tourist Information Center untuk collect segala maklumat mengenai KK. lepas dapat peta kami plan ke Observatory Signal Hill. setelah jauh berjalan kami pun give-up sebab keletihan sewaktu snorkling masih terasa. jalan masuk masih tak jumpa-jumpa.

Observatory Hill (atas kanan gambar)
akhirnya kami tahan teksi dan terus pulang. setelah nyenyak tido ptg, malam kami berjalan-jalan di pasar malam Sinsuran plak. malam kami makan di pasar malam di gerai-gerai yg jual Seafood. murah seafood kat situ, aku balun 2 pinggan nasi dan Su first time try anggur laut.

Hari Keempat hari menghabiskan duit - Ahad 11-10-2010

Pasar Tamu - CenterPoint

pagi jam 0900 kami gerak ke Pasar Tamu atau Sunday Market..kat sini memang jual segala macam mak nenek. sehingga ke binatang ternakan pun ada dijual di sini. kat sini barang2 jauh lebih murah tapi kene pandai menawar sebab peniaga yang menjual adalah peniaga yang sama di Sinsuran Market. Pasar Tamu dibuka seawal jam 0600 sehingga jam 1300. dari jam 0930 sehingga jam 1100 pun terasa cukup lama bagi aku. kaki da rasa lenguh berjalan-jalan. Paling best aku selamba berjalan tanpa menggunakan face-mask. jalan-jalan jumpa sepasang suami isteri bekas pelajar UIA. masa zmn uni aku tak pernah bertegur sapa pun dengan mereka, tapi di Kota Kinabalu kami berbual-bual. hahaha.. die x ingat nama aku, aku pun x ingat nama die. Bagus...

lepas rehat dan lunch di restoran berhampiran kami plan untuk ke Observatory Hill lagi. berpandukan peta yang ada kami memulakan perjalanan redah bangunan2 pokok2 kereta2. Tmpt dituju sudah pun kelihatan tapi jalan masuk x jumpa. sampai orang2 yang keje di tepi jalan berasa hairan melihat kami berjalan-jalan. bayangkan laa kami berjalan smpai ke pelabuhan. kalo teruskan lagi 7km kami sampai ke 1Borneo. jauh kan kami jalan? tapi sebab da letih, panas pula, kami berehat di bus stop keletihan. alih-alih sukahati suggest patah balik ke Jesselton Point untuk amik teksi. solat zuhur di situ ke. perlu diingatkan hari ini hari ke-4 solat jamak-qasar x boleh dibuat lagi. mmmm dari solat zuhur kat situ baik balik jer hotel terus. give-up lagi utk ke Observatory Hill. Selepas solat Asar kami jalan-jalan lagi ke Filipino Market final shopping.. cari brg2 yang masih belum di beli. selepas solat maghrib di Centerpoint aku buat rambut kat saloon. rambut kering kontang lps mandi laut. pastu smbg jalan-jalan lagi di Sinsuran Market. malam kami makan lagi di gerai Seafood di pasar malam berhampiran Filipino Market. jumpa lagi abg dan atuk Sabri Fadzil. mungkin jodoh..hahhaah


Hari Kelima hari membuang masa - Isnin 12-10-2010

Central Market - CenterPoint

selepas solat zuhur di bilik waktu Zuhur masuk jam 1205, check-out time jam 12. kami terpaksa tinggalkan bag di ofis hotel sbb tiada tmpt utk simpan bag baik die Centerpoint atau Warisan Square. hari ni kami memang dah tak tahu nak pergi mana. malas nak naik teksi yang mahal tu. rasa mcm x berbaloi naik teksi dgn tambang yang mahal. macam mana nak habiskan masa tanpa buang duit dgn byk dan tanpa rasa letih? tengok movie..masa cepat berlalu..x byk duit perlu dikeluarkan. tiket wayang RM5 untuk cerita Surrogate..murah kan? ingat nak marathon tgk movie tapi da xde cerita yang sesuai dgn masa kami. habis tgk movie solat Asar pula kemudian blurr lagi x tahu nak buat ape. akhirnya....

da bosan duduk termenung aku berjalan-jalan di kedai-kedai yang ada. sukahati da lama tinggal aku. sukahati type of kuda haiwan peliharaan nabi Daud..xleh dok diam..aku malas nak letihkan kaki hanya duduk di bangku OKU ni. round satu tingkat turun, duduk lagi. setiap tingkat yang ada kerusi aku duduk rehat. da bosan duduk-duduk aku amik gmbr semua objek yang bergerak. nak test skill guna camera. byk lagi rupanya function yang aku x explore pada camera aku ni. jam 1900 kami ambil teksi utk ke airport. pulang ke semenanjung..bye bye KK..best sebenarnya dok KK ni..makanan murah..jalan-jalan kaki..kat KL tu aku mmg da lama x jalan2 kaki ni. jam 2005 kami terbang ke KL.


BEST THINGS IN KK


buah terap rasa mcm mangga campur
durian belanda campur
nangka








kawasan parking yang unik, gambar kiri besi diturunkan (default) untuk kereta yang tidak dikenakan saman. gmbr kanan besi dinaikkan, kereta kene saman dan kereta tersebut tak dapat di alihkan.

soup jagung yang aku rasa di restoran cina.
jagung tin, campur tepung jagung, ada daging ayam apelagi ek su? tapi mmg sedap laa soup tu..akan ku cuba buat nanti.

banyak lagi bende2 best..smpai rasa nak g lagi laa...


akan datang bila aku sampai KK lagi, i'll conquer Mt. KK..yaaaa yaaaa


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~
 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: