Wednesday, May 18, 2011

Gunung Merapi, Singgalang, Tandikek, Gua Soda, Gunung Sago

18 Mei 2010 1400

Volcanoes area Sumatera Barat
Gunung Merapi, Singgalang, Gua Sago, Bukit Soda, Tandikek
20 - 27 Nov 2010

^^^ makan-makan di Lamun Ombak ^^^

Puncak Merapi 2,891m (9,485ft)
== Hari Pertama, 20 Nov 2010
6 orang kesemuanya naik Merapi
Tini, Abe, Izzat, Muhyiddin, Thahar, Aku.

1530 sampai Minangkabau Airport
1830 ke Pasar Koto Baru selepas berhenti makan-makan di Lamun Ombak
2 jam perjalanan ke sana
beli makanan untuk Merapi
2215 - 2300 mulakan berjalan di jalan tar
berehat di warung minum teh manis
2345 - 0530 sambung trekking
tidur sebelum subuh

^^^ trekking malam-malam ke kaki Merapi dari jalan tar ^^^

^^^ kawah Merapi pandangan dari Puncak Merapi 2,891m (9,485ft) ^^^

== Hari ke-2, 21 Nov 2010
0645 - 0800 sambung perjalanan ke Puncak Merapi 2,891m (9,485ft)
pendakian melalui cadas
breakfast kemudian tidur dipuncak Merapi
0830 - 0945 sambung ke Puncak Merpati
1000 - 1045 turun dari Puncak Merpati
1045 - 1630 turun ke kaki Merapi

^^^ baju oren..Abe keletihan..sepanjang jalan dia tidur jer setiap stop ^^^

^^^ bergambar di persekitaran puncak Merapi ^^^


^^^ Puncak Singgalang dan Puncak Tandikek ^^^



^^^ menuju Puncak Merpati ^^^
^^^ di puncak Merpati ^^^

Bergerak dari Pasar Koto Baru ke Bukit Tinggi
Shopping dan Makan-Makan di sana
Malam selepas kedai tutup Pulang ke Pasar Koto Baru
Bersiap Mandi-Mandi untuk Ke Singgalang
Tidur di Basecamp Singgalang

Puncak Singgalang 2,877m (9,439ft)
== Hari ke-3, 22 Nov 2010
1000 - 1445 mendaki ke Puncak Singgalang
bergambar di Puncak Singgalang - Telaga Dewi
1545 - 2045 turun dari Puncak Singgalang
Naik Lori ke Rumah Pepeng
Bermalam di rumah Pepeng


^^^ menikmati makan tengahari sebentar ^^^


^^^ selepas lunch menghampiri Puncak Singgalang ^^^
^^^ berada di Puncak Singgalang ^^^

^^^ menuju ke Gua Soda / Gunung Sago dengan lori..perjalanan 2 jam lebih ^^^

kali ni ahli kami bertambah kpd 8 orang

Gua Soda / Gunung Sago 2,271m (7,451ft)
== Hari ke-4, 23 Nov 2010
1030 - jalan-jalan shopping berehat untuk next gunung
1630 - waterfall Batu Sangkar Gunung Soda
2026 - 2226 mendaki ke Gua Soda
15 minit diskus dengan penduduk kg, halang naik ke Gua.
Bermalam di Gua Soda

== Hari ke-5, 24 Nov 2010
0711 - 0811 daki ke Puncak Sago
pendakian 80-90 darjah
bergambar di Puncak
0915 - 1008 turun dari Puncak ke Gua
1100 - 1530 Jalan dari Gua ke Pekan Kecil
berbincang lagi dengan Penduduk Kg hal masuk Gua Soda
(Kami Orang Malaysia pertama jejak Gua tersebut)

^^^ menikmati Brunch selepas turun dari Puncak Gunung Sago ^^^

^^^ bunga-bunga yang dijumpa berhampiran puncak gunung ^^^

^^^ bersama rakan-rakan dari Malaysia ^^^

^^^ guide kami dari Indonesia Penggiat Alam ARTEVAC ^^^


^^^ bergambar bersama-sama Malaysia dan Indonesia ^^^

Mandi Manda di Kolam Awam
jalan-Jalan Bergambar di Istana Pagar Ruyung
Makan Malam Nasi Padang
2200 - 2235 jalan pulang ke rumah Kawan Pepeng 1260m
Mendaki setinggi 1260m sambil bawa durian
Bermalam di Rumah Onche (kawan Pepeng)

== Hari ke-6 25 Nov 2010
Puncak Tandikat 2,438m (7,999 ft)
mereka yang lain terus mendaki Tandikat pagi itu
manakala aku berehat di Rumah Onche.
menikmati suasana kampung, kehidupan masyarakat kampung bertani
sambil menanti pendaki Tandikek sampai ke senja
Malam kami pulang ke Rumah Pepeng
Selepas menikmati makan malam
zzzzzz di rumah Pepeng


^^^ jalan-jalan membeli belah di Pagar Ruyong ^^^


== Hari ke-7 26 Nov 2010
Berehat-rehat di Rumah Pepeng
Selepas Org Lelaki Solat Jumaat
Kami ke Bukit Tinggi Rocky yg bawa ke sana
kemudian ke Padang
Makan-Makan di Tepi Pantai
Berjalan-jalan di Kawasan Tsunami
Bermalam di Masjid Berhampiran Airport.

== Hari ke-8 27 Nov 2010
Bersiap-siap ke Airport
Tinggalkan Barang-barang di Airport
Berjalan-jalan di Padang mencari barang-barang Outdoor
Tak banyak barang pun :(
Petang jam 1 balik ke Airport Semula
jam 7 petang sampai di Malaysia.


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

Monday, May 16, 2011

Gunung Buah, Genting Highland -> Lata Hammer, Bentong Pahang

16 May 2011 1600

Gunung Buah, Genting Highland -> Lata Hammer, Bentong Pahang
30 Oktober 2010
Kelab Explorasi 7 Benua

bersama Nazrul Azwan juga Fattah.
mula mendaki selewat jam 924 pagi..
gedebak gedebuk dengan anak-anak kecil lagi
program dijangka awal bermula..jadi lambat.
mula mendaki dari kawasan kebun cina.
entah macam mana ramai kelihatan letih..dengan kelewatan anak-anak kecil
dengan helah trekker takmo naik sampai puncak
akhirnya kami merancang utk tukar program
dipertengahan jalan, kami berehat sebentar,
bergambar, makan-makan, sebaik tiba kumpulan belakang
kami bermesyuarat untuk ke Lata Hammer, Bentong.


untuk ke Lata Hammer, kami bersolat di Perhentian RnR
solat zuhur
kemudian ke Bentong. Dari Tol Bentong belok kiri..
masuk kawasan perkampungan..sangat mencabar juga perjalanan ke dalam.
ada 2 kereta terpaksa diletakkan ditepi dan tumpang naik 4wd.
macam biasa myvi ku gagah perkasa boleh meneruskan perjalanan.
hampir sejam perjalanan, bertemankan pacat, semak samun
akhirnya kami sampai ke tempat dituju..Burrrrr mandi manda di situ.
kalo bawak tent ni..dah lama bermalam je disini..malas nak trekking
bila teringt semak samun setinggi orang..malah lebih tinggi.



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

Sunday, May 15, 2011

Sg. Chilling Kuala Kubu Bharu, Selangor

18 May 2011 1500

Sg. Chilling Kuala Kubu Bharu, Selangor
24 Oktober 2010
Anjuran Kelab Explorasi 7 Benua



seawal pagi sesudah subuh aku ke rumah Ezna
kemudian gegas ke rumah cik Suka Hati, tinggalkan kereta
di rumah beliau, kerana kami akan ke KKB menaiki
kereta cik Suka. Yeayy tak yah drive.
kami bertiga ke sana..
di tol Rawang, kami berjumpa dengan yang lain-lain
cik Kam, Shahril Aley dan rakan, serta ahli kelab KE7B.


ada 3 tempat mandi-manda
sebelum sampai tempat pertama je dah kene redah 6 anak sungai.
jadi kalo ke sini tak yah pakai sport shoes..pakai je kasut getah..sandal ke.
selipar bahaya plak..sebab ada trekking masuk hutan, mendaki bukit-bukit mencanak bagai.


^^^ tempat mandi pertama..dalam jugak.. ^^^


^^^ tempat mandi kedua..macam lubuk sket.. ^^^
boleh terjun dari atas..tapi nak naik semula
kene guna tali. kelihatan dalam..air hijau hitam.


^^^ tempat mandi ketiga. dalam jugak. boleh tiruk. ^^^


^^^ bersama ahli kelab KE7B..dan terutama kembar 4 Amjad. ^^^


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

Bukit Lepoh, Hulu Langat Selangor bersama KE7B

16 May 2011 1200

Bukit Lepoh, Hulu Langat Selangor
11 Julai 2010
Anjuran Kelab Explorasi 7 Benua


awal pagi lagi..dah gerak dari rumah aku..bersama cik Suka Hati, Ezna dan Shahril (bff cik Suka)
perjalanan terasa jauh..kami konvoi beberapa buah kereta..ada dalam 6-7 buah kereta.
cik Kam memandu bersendirian.


memulakan perjalanan meredah hutan, kebun-kebun orang asli seawal jam 9 pagi.
selepas beberapa jam pendakian 3 jam perjalanan akhirnya kami ketemu dgn
kawasan riadhah..tempat mandi-manda.



kawasan mandian boleh kata cantik..
ada tempat slide..yang mampu membuatku terbunuh. hahah


aksi-aksi bunuh diri..menerima tunjuk ajar dari Master Slider.
akibat salah landing..sakit badanku seluruh badan.
dari bahu ke betis..nak jalan tak boleh, nak duduk pun tak boleh.
selepas berurut 3 kali, kali terakhir dengan makcik dari Indonesia
walaupun sampai keluar air mata, Alhamdulillah aku terus sembuh.
hilang sakit-sakit..tapi aku dah taubat tak nak main slide-slide lagi even bumperku besar.

Selepas pendakian, kami dijamu ayam BBQ oleh KE7B
Qobin yang menyediakan.
sangat sedap..wooohooo.

p/s : Akhir kata jika ada kesilapan, boleh tolong betulkan..maklumlah cerita dah hampir setahun baru nak update.


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

Rasa nak update Blog..

16 May 2011 1100

Rasa nak update Blog..sebab bila mahu refer semula rentetan program, dimana dapatkan tiket,
berurusan dengan siapa, berapa jarak perjalanan, dimana lokasi sebenar, aku sudah terlupa..kerana travel log tak buat. Inilah fungsi blog aku..memudahkan aku untuk membuat rujukan semula.

Bila tengok-tengok semula album dalam My Picture..mak aiii ada 11 event perlu aku update. semalam baru selesai membuat pemilihan gambar.

Jika ada kesilapan, pembaca boleh betulkan..Terima Kasih.


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

Monday, May 31, 2010

Mimpi dan Realiti

Pernah tak kamu bermimpi, pastu sedang kamu tidur ada org sms kamu,
dan kebetulan kamu sedang bermimpi tentang dia, dan kamu rasa kamu dan dia berada dalam mimpi kamu tadi?

Ceritanya begini,
Aku telah pun lena dan sedang bermimpi.
Aku bermimpi kawanku ini (Houcine namanya) seekor ikan dolphin dalam sangkar besar sedang menunggu masa utk dipanggil bagi membuat show kepada ramai tetamu yg datang.
Aku bertindak sebagai penyelia di kawasan haiwan-haiwan tersebut.
Banyak ikan-ikan yang perlu aku kawal selia.


Teeet teet teeet teet
Aku terjaga. Si Houcine ni call rupanya.
Aku jwb call dia, aku ckp aku sedang tidur.
Tak lama lepas tu die text lagi, tanya mcm-mcm.
Dan kamu tahu aku jwb apa?

Aku leh text die semula,
"ehh there are so many people here are waiting for you, they want you to perform aquamarine show"
then Houcine reply my msg,
"tak faham"

pastu aku baru tersedar, ape aku merepek ni? aku reply kt die semula
tapi aku memang rasa banyak ikan sekitar aku masa tidur tu.
"opss i'm dreaming and i need to sleep now"

bila da sedar sepenuhnya pada pagi esoknya semasa drive
aku gelak giler-giler..
bleh plak aku msg org mamai2 masa tu.

Saturday, May 15, 2010

Blog oh Blog

rasanya lama btul aku tak update blog
sejak ada FB ni da malas nak update blog.
kt FB pun malas nak upload gambar, cerita pergi Singapore pun tak update lagi,
macam-macam cerita tak update, last-last mood utk menaip hilang begitu sahaja.
nak tutup blog ni, ada plak mamat-mamat cina suka bg komen yg aku sendiri tak paham ape die merepekkan. nak kata virus tak mcm virus, tapi die suka komen pasal entry yg aku tulis, disebabkan aku tak paham, aku disapprove komen die.

Encik Chinese sila komen guna bahasa yang kami faham, untuk pengetahuan anda, saya tidak faham apa yang anda hendak sampaikan.

in English,
To Chinese Man, please use a language that can be understood by all my readers which is mostly are Malay and Non-Chinese. Not all Malay in Malaysia understand Cantonese or Mandarin. Even me also cannot understand it.
Sorry not approving your comments.

Saturday, March 6, 2010

2 : Bukit Broga - Gunung Tok Wan

Bukit Broga - Gunung Tok Wan
Semenyih Selangor
Sabtu 6 Mac 2010

pegi kali ni dapat view yang berlainan dari yg pertama dahulu. lihat entry sblm ni.
awal pagi hujan renyai menemani kami.
aku x sempat kira berapa org yg join trip kali ni.
ni kira meluaskan network, yg join kawan kepada kawan kepada kawan.

^^^ Broga yang dah togel tanpa lalang2 segar dan kosong tanpa manusia ^^^

^^^ target ke Puncak Tok Wan ^^^
kali ni aku memang niat nak naik terus ke Tok Wan..
lepas ni malas dah nak g sini..bukan ape, jauh gielr nak sampai.
kene bangun awal pagi plak tu. paling lewat 345pagi tau. heshh

^^^ Gadis Futsal ke Litar Broga plak ^^^
^^^ Akma dan si kecil Camelia, dan lain-lain menuju ke last check point ^^^

^^^ ada lagi beberapa kumpulan belum sampai ^^^

^^^ 4 org ni yang sampai Puncak Tok Wan ^^^

gerak dari Puncak Broga jam 845pagi, sampai puncak Tok Wan jam 1030pagi.
turun dari Puncak Tok Wan, jam 11 pagi.
tunggu-tunggu AB dan rakannya turun, siap aku sesat masuk ke kebun getah
aku sampai bawah jam 1230tgh hari..memang panas.

^^^ tempat rehat-rehat di Puncak Tok Wan ^^^
^^^ macam pokok penunggu cerita Hantu Raya tu tak?? ^^^

habis turun dari Broga, sukahati dan Shahril da sediakan milo ais.
wahhh heaven btul milo ais tu.
baju seluar semua da lenjun zasss ke Tekala Waterfall..mandi manda kat sana.
malas nak g Gabai sebab ramai sgt manusia.




~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Wednesday, March 3, 2010

Berjalan-jalan ke Pantai Timur

3 Mac 2010
Kelantan - Terengganu
26 - 28 Februari 2010
bersama Kak Asfa, En. Ahmad dan juga En. Mujib.

^^^ usaha memanjat pokok kurma di masjid ^^^

kononnya plan nak gerak dari ofis malam jumaat,
alih-alih nama aku naik kene g perarakan Maulidur Rasul kt Putrajaya
lps habis program ceramah-ceramah
gegas balik ke ofis terus ke rumah
mereka datang ke rumah aku,
gerak dari rumah aku, sbb aku malas nak tinggal kete kt ofis.
jam 1230 gerak ke Kelantan, uii baru sampai bentong aku da mabuk kepayang.
maybe sebab dok belakang kot kete 5 seaters, atas tayar bdn rasa melambung-lambung.
memang aku baring je la, pastu pejam mata jer.
sampai Kelantan jam 9 malam terus ke rumah Aiman.
malam tu tido rumah die.
mak, ayah dan juga adik-beradik die sangat baik
dan maknya kenalkan lauk baru kepada aku, walaupun aku tak tolong masak
cuma tolong basuh pinggan jer, tapi dapatlah merasa makanan org Kelantan.
ayahnya pula kenalkan aku jenis-jenis ikan, aku ni mmg x kenal ikan. aku makan jer
tapi aku x ingt gak ikan yg dia ajar tu..hohoh
esok pagi plan ke rumah moyang Aiman.
diorg ni sibuk sangat nak cari seekers.

^^^ rumah moyang Aiman, ada 2 pintu pagar dan kene redah hutan buluh sblm jmp rumah ^^^

agak cantik juga laa view kat situ, ade pokok kekabu yg sedang berbuah.
pastu plan nak g Rantau Panjang sebelum ke rumah Iznan.
sebaik sampai ke Rantau Panjang yg sungguh panjang masa perjalanannya,
kami terima berita buruk pula, abg Aiman meninggal dunia.
kami pun patah balik utk hantar die ke rumah ibubapa nya.
agak sedih juga dgn berita kematian itu
sbb aku baru je dengar ibu dan bapanya bercerita tentang anaknya itu.

rumah Iznan pun tak siap apa lagi masa tu,
lepas ziarah kedua ibubapa Aiman,
kami teruskan matlamat kami utk ke rumah Iznan sempena majlis perkahwinannya.
habis jer makan-makan gegas kami ke Rantau Panjang semula..
uii memang kuat tul En.Mujib, x penat-penat drive dari hari sampai ke Kelantan.

^^^ posing dengan kak Asfa ^^^

balik dari Rantau Panjang kami gegas ke Terengganu pula.
malam tu tido di rumah En.Ahmad.
siap mandi kat masjid sebelum ke rumah En.Ahmad
senang sampai je leh terus tido.
sampai Terengganu Kg Tok Jiring jam 10malam.
lepas duduk-duduk makan sata dan keropok lekor kami ke Kedai Air Buah Gelas Besar.
ingat kat Datok Keramat je ade..memang sedap air buah die.
siap leh campur-campur lagi tu.

bangun esok pagi aku tgk mak En.Ahmad sedang masak utk breakfast.
tau die nak masak ape?
nasi minyak weh..betul lah org Pantai Timur ni.
aku pun belajar menu masakan Nasi Minyak org T'ganu.
mmm sedap..siap tambah-tambah lagi tu aku makan..errrkkk kenyanggg.


^^^ salah satu replika masjid di Tamadun Islam ^^^

^^^ Masjid Kristal Terengganu ^^^
selesai makan kami jalan-jalan ke Stadium yg runtuh tu
pastu ke Pulau Duyung photoshoot kat sana.
kemudian ke Kuala Terengganu pula ke Tamadun Islam.
Photoshoot saja kami ni.
selesai tu En.Ahmad bawa kami bersiar-siar ke Batu 6, takyah g pasar payang katanya
sbb da komersial, barang-barang jadi mahal.
kemudian ke jeti tempat kami akan mencandat bulan May nanti.

^^^ jeti yang menakutkan..sebelah kubur plak tu ^^^

dalam perjalanan balik kami singgah ke Kemaman tempat Sata yg terbaek.
begini rupanya sata di masak.
banyak gak aku makan..hahaha
kemudian kami terus pulang ke KL, esok nak keje kan.
smpai umah aku tepat jam 11.30malam.
betullah..nak g Kelantan Terengganu kene ade pemandu pelancong
kalo tak memang sesat barat tak jalan mana nak selok.



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~
 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: