Friday, July 29, 2011

Gunung Tahan Merapoh -> Kuala Tahan

5 June 2011 1600

Gunung Tahan, Pahang
Merapoh - Kuala Tahan
23-29 April 2011
Gunung Tertinggi di Malaysia Barat.
13 orang (3 perempuan 10 lelaki)


^^^ bergambar setelah packing, declare sebelum mulakan perjalanan ^^^
22 April 2011
lebih kurang jam 12 lebih..kami bertolak dari UIA setelah pembahagian semula ration..kerana disaat-saat akhir ramai yang tak jadi pergi.

23 April 2011
jam 5 pagi kami sampai di Taman Negara (Merapoh)..
ada yang sambung tidur setelah bentang ground sheet, ada yang menunaikan hajat masing2 di tandas dan surau berdekatan. tak kurang juga ada yang masak Nasi dan Air.
setelah selesai mengishtiharkan barang-barang yang dibawa pada petugas Taman Negara
kami ke Pusat Interaktif Taman Negara untuk sesi pendahuluan oleh trekker.
Barang-barang yang perlu diishtiharkan terbahagi kepada 10 bahagian utama.

1.pakaian
2.stokin
3.gloves
4.tin
5.plastik
6.botol-botol
7.gas
8......
9......
10......

alamak lagi 3 bahagian aku tak ingat..boleh tak nak bagi tip..lebih baik declare kurang dari jumlah sebenar..sebab bila pulang nanti,
jika barang tak cukup, kamu kene denda.
kalau berlebih pula kira kamu kutip / buat amal laa kat sana. hahahha.
tapi pandai-pandai laa menipu..jangan sampai kantoi. =P

jam 1100 pagi kami menaiki hilux ke Kuala Jarum sejauh 13km dari Pusat Interaktif..
kalau berjalan kaki ambil masa 5jam.
jam 1145 pagi kami mulakan dengan senaman regangan terus ke Kem Kor sejauh 13.5km,
perjalanan mengambil masa 4-5jam.
pada awalnya trekker mengatakan skrg musim panas,
jadi serangan serangga iaitu lebah mungkin akan ada.
tapi Alhamdulillah..hujan lebat turun.
selesai urus diri kami mula masak-masak.
menu hari pertama nasi + ayam masak halia + sup Sayur.
seawal jam 930 malam semua masuk tidur persediaan hari esok pula.
pada jam 1pagi hujan turun selebat-lebatnya..huhuh

^^^ replika Gunung Tahan,
naik dari sebelah Merapoh (kiri gambar) turun di Kuala Tahan sebelah kanan ^^^

^^^ hari kedua di Kem Botak ^^^

24 April 2011 (9.00 a.m)
setelah berkemas bersarapan cucur ikan bilis,roti dan teh O panas,
kami menyambung pendakian dengan beg yang lebih berat barang-barang banyak yang basah disebabkan hujan lebat semalam.
menu untuk lunch telah disiapkan; nasi goreng daging + telur rebus masak pedas.

Perjalanan hari ini boleh dijangkakan panjang dan lama mengambil masa 8jam sejauh 16km.
trek berkeadaan becak dan licin kerana hujan lebat semalaman.

Dari kem Kor, perjalanan akan melalui kem Permatang, kem Kubang, kem Berlumut dan kem Bonsai sebelum tiba ke kem Botak...
5 kem keseluruhannya. perancangan awal boleh terus tidur di puncak kalau sempat.

Pihak yang laju-laju muda belia sampai pada jam 6 petang,
untuk yang tak laju, lembab..hampir jam 1 pagi..lawak..
hahah tak penah-penah wat hal mcm tu. cuaca memang sangat sejuk..disebabkan hujan sepanjang trek, diikuti angin kuat, pucat semua..gigi pun pucat. :p


^^^ kem botak ^^^

25 April 2011
Pagi setelah selesai solat subuh..dah boleh kata mcm sembah matahari dah..
lepas solat semua sibuk jemur segala barang-barang..bila kering tak laa berat bag.
selepas bersarapan spagetti dan berkemas-kemas,
jam 11 pagi kami bergerak naik ke puncak.
dari kem Botak ke Puncak tak jauh..lebih kurang sejam dah sampai.

Lebih kurang 11.50 pagi,
semua peserta selamat tiba ke puncak.
masing-masing sibuk menukar pakaian orang bekerjaya dan bergambar sakan.
semua peserta mengikut tema apabila mengenakan
baju kemeja lengkap bertali leher untuk bergambar mesra.
kemudian,semua peserta menukar memakai baju rasmi trip
yang berunsurkan minat fanatic Justin Bieber.
NEVER SAY NEVER..lagu glamer ketika itu.


Pukul 12.30, semua meneruskan perjalanan
untuk ke kem gedung yg berkedudukan 2000 meter atas paras laut.
memang sejuk, dengan hujan renyai-renyai..menggigil rasa umpama berjalan di balik awan.
view boleh dikatakan cantik. subhanallah.
Pada pukul 7 petang. semua selamat sampai.
uiiii sangat sejuk kelam kabut tukar baju kering.


menu makan malam adalah nasi + ayam masak kicap + ubi kentang goreng ikan bilis.
semasa memasak kelihatan tikus berkeliaran mencuri makanan,
selesai makan semua barang masak dikemaskan dan disimpan di dalam khemah bagi mengelakkan ia dicuri oleh tikus gunung yang gemuk dan licik.
satu plastic biskut berjaya dinodai oleh tikus keji tersebut ketika semua sedang sibuk memasak di dapur. kerana kesejukan melampau semua cepat-cepat nak tidur..
esok trek mencabar..menuruni gaung yang dalam, tangga 15.
syukur malam tersebut tidak hujan.


^^^ bergambar di Puncak Tahan ^^^


^^^ dengan baju rasmi program Never Say Never ^^^


26 April 2011
seawal jam 6 pagi, kami dijerit oleh seorang pakcik yg juga peserta utk bangun subuh dan menyediakan sarapan dan pek lunch.
Kek batik biskut hupseng topping milo tabur yang dibuat semalam sebelum tidur dijadikan menu breakfast.
pack lunch nasi goreng yazid, selesai berkemas dan membersihkan tapak perkhemahan kami teruskan perjalanan yg dikatakan panjang serta mencabar kewibawaan juga keimanan.
trek yang bakal dilalui
gunung reskit -> gunung tangga 15 -> gunung pangkin -> wray’s camp sebelum tiba ke kuala teku.

perjalanan dijangkakan sepanjang 14km.
walaupun menurun,target masa perjalanan tetap 8 jam kerana sepanjang menurun,
terdapat beberapa kawasan yang melalui permatang sempit
dimana kiri dan kanannya adalah cerun curam.


view permulaan boleh dikatakan sedikit menarik,
sebelum menempuh trek hutan bonsai dan lumut.ada satu part,
kanan kiri adalah dinding batu yang curam dan harus menggunakan tangga untuk menuruninya. 20 tahun dulu tiada tangga. uihhh memang power..
bayangkan laa org yang naik dari kuala tahan ke kuala tahan..adoiii azab.

Perjalanan diteruskan melalui gunung reskit sebelum menempuh gunung tangga 15.
pendakian menjadi sedikit mudah kerana adanya tersedia tangga-tangga besi yang diikat kemas.semua peserta memanjat dengan penuh etika dan berhati-hati.


Kami semua berhenti rehat utk solat dan lunch di kem pangkin bawah.
lebih kurang pukul 2, semua meneruskan perjalanan menurun lagi dan lagi.
perjalanan bolehh dikira santai melalui permatang2 bukit.
keadaan yang kering juga melancarkan perjalanan.
group pertama tiba seawal 5 petang dan terakhir pada jam 8.30 malam.


Keadaan di kem Teku sungguh selesa.
kering serta bersebelahan sungai.
menu makan malam ;nasi+sambal ikan bilis+telur dadar+kicap+ulam timun.
selesai makan..semua masuk tidur.
perjalanan esok insyaallah tidak begitu lama. jadi boleh gerak lambat sikit.
next pit stop? kem puteh.
^^^ tema untuk orang-orang Bekerjaya ^^^

27 April 2011
Alhamdulillah kata trekker perjalanan hari ni singkat sahaja jadi tidur lebih lama sket.
Kem seterusnya juga berada di tepi sungai iaitu Kem Puteh.
pagi ni sarapan bihun goreng +teh’o. dah selesai sarapan semua pakat mengemas.
gerak dari kem pun lewat iaitu pada jam 11.30am.
“Hari ini banyak lintas sungai.. kita main air,kasi basah!

Perjalanan adalah singkat sepanjang 9km melandai dan mengambil masa antara 2 hingga 5 jam. semua selamat sampai ke kem puteh pada pukul 4.30 petang.
jarak kami pada hari ini tidak jauh berbanding hari-hari sebelumnya.
Kem Puteh terletak di atas tebing Sungai Tahan dan
di sebelah sisi-nya mengalir jernih Sungai Puteh.
Bermandi manda di kem ini merupakan satu nikmat.
kedalaman air tidak diketahui kerana ia berwarna hitam.
trekker kata itu lubuk kelah. yang lelaki seperti biasa aksi tiruk..kali ni boleh buat akti tarzan.

gadis-gadis pula sibuk memasak untuk makan malam.
malam ni layan bubur kacang hijau panas sambil taaruf formal sikit.
lepas tu nak kena tido awal.
oleh kerana nak jadi taigang dan nak buat 6 hari instead of 7 atau 8,
esok dari kem puteh akan shoot terus keluar ke kuala tahan.
amek kau layan trek 24km. lebih 24km sebenarnya.
din kata possible dengan syarat esok kena gerak awal start dari pagi sebab tak semua pace laju. so pokce selaku kapla menyarankan semua agar gerak seawal 7 pagi.
jadi pukul 5 pagi dah kena bangun.so jom tido!

sebelum tidur beberapa orang lelaki-lelaki macho..
boleh jadikan calon suami..sudah menyiapkan menu utk hari esok.


28 April 2011
selesai packing,solat subuh sarapan nasi goreng ikan masin + baked been dan bungkus pack lunch menu yang sama semua,
group pertama memulakan langkahan hari terakhir dengan langkah kanan seawal 7.15 pagi. destinasi agung adalah kuala tahan.

Perjalanan hari ini akan melalui gunung rajah -> bukit tengkorak -> bukit malang -> kem tengah -> kem melantai -> junction 7.5 -> lubok simpan dan
barulah sampai kat pejabat penguasa tu. semua melangkah penuh semangat nak sampai awal.boleh lepak2 lama sikit.

Trek nak mencanak pun kat gunung rajah dan geng-geng bukit dia macam malang,tengkorak semua tu. yang lain2 turun jer.

Perjalanan diteruskan, destinasi terakhir iaitu Kem Melantai.
Kem Melantai luas dan dapat menampung bilangan pendaki yang ramai dalam satu-satu masa. Sumber air sungai yang mengalir jernih dan kemudahan tandas yang “rosak”?
Pukul berapa kami gerak dari Kem Tengah tu tak berapa pasti.
Penamatnya adalah menuruni cerun menggunakan tali dan lintas anak sungai.
Yang pasti last team tiba lebih kurang pukul 3.30petang.
kena pulak sampai-sampai je,hujan mula turun.
dari sini kami perlu menempuh last bukit yang menaik,
lepas tu memang menurun all the way ke junction.
Diingatkan agar bawa air trekking dari Melantai kerana sumber air di sepanjang perjalanan agak kotor sedikit. Al-maklumlah banyak “babik jokut” berkubang di tepian air.


sejauh 12km lagi perlu diharungi dengan tabah.
sepanjang perjalanan hujan masih turun renyai-renyai. syok la jugak.
xdelah panas sangat trekking.
Cuma perlu lebih berhati-hati sebab trek licin. apabila jam mula menunjukkan pukul 6.30, trekker din mula hambat kasi laju sikit.
push sikit sebab dia kata area melantai ni tak best.
memang pun sebab all the way,
Nampak bekas-bekas tapak kaki gajah yang sangat fresh
dan kesan-kesan macam dorang baru je lalu.
kira memang kami ikut trek dorang sampai lah ada satu simpang,
trek gajah tu masuk terus ke dalam hutan yang lebih tebal dan kami berpisah di situ.
Di sepanjang perjalanan terdapat banyak simpang-simpang.
din kata tu denai binatang macam rimau,babik jokut,gajah dan macam-macam lagi.



Pukul 7.30 kami geng sweeper tiba di junction 7.5.
dari signboard tu tulis, kuala tahan 7.5km lagi. kami berhenti seketika untuk memberi laluan azan maghrib. 7.45 sambung trekking balik nak kena push jugak.
geng-geng depan konfom dah sampai ni. katanya mereka tiba seawal 6 petang).

hari mulai gelap so perlu berhati-hati sedikit dan tidak tertinggal jauh dengan orang lain.
jalan dah makin lebar dan boleh bergerak dengan lebih selesa dan pantas.
Papan tanda jarak turut disediakan, cuma agak tekanan dan terkilan dengan tiga perkara iaitu – PAPAN TANDA! PAPAN TANDA dan PAPAN TANDA!
Itu semua tipu! tipu! dan tipu!
Jauh gila rasanya. memang sakit hati aku dah habis berzikir jadi mencarut plak.

Beberapa jambatan perlu dilintasi, din trekker kata”
Kalau nampak jambatan besi dah nak dekatlah tu..”.
punyalah banyak jambatan batu, kelibat jambatan besi tak juga kelihatan.
Jalan punya jalan akhirnya ke temu juga jambatan besi.
team terakhir tiba ke pejabat penguasa pukul 10.30malam.
pukul 11 kami lepak layan makan minum semua kat pulau tengah sungai tu.
selesai melantak semua, kami menuju ke hostel untuk berehat di dakili house.
kadar sewa boleh tahan, dan yang penting selesa juga.


29 April 2011
pagi masing-masing bangun dengan perasaan gembira
kerana tiada lagi pendakian.
jam 1030 baru bangun setelah tidur semula selesai subuh
terus ke gerai makan beramai-ramai berdekatan simpang sekolah

setelah berkemas-kemas asingkan barang-barang dan sampah-sampah
ikut kategori barang, 1200 kami checkout dan ke jeti utk ke sempadan.
urusan pengistiharan barang-barang.
makan tengahari ikan patin segar masak tempoyak RM10..murahkan??

selepas bergambar kenangan, berbual-bual pada pukul 4 petang bas dari UIA sampai.
pukul 8.30 malam waktu tempatan, semua peserta selamat tiba di tangga Ramses.


p/s : Sumber dari Website ARCIIUM telah diubah dan diselaras pengikut pengalaman saya sendiri.
http://www.arciium.com/2011/05/07/report-mount-tahan-expedition-2011-part-1
http://www.arciium.com/2011/05/13/report-mount-tahan-expedition-2011-part-2
http://www.arciium.com/2011/05/16/report-mount-tahan-expedition-2011-part-3-final


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

2 comments:

BlueIceCube said...

terima kasih menulis :-) saya akan ker g. tahan CNY 2012 nanti. fuuhh.. cuak habis baca pengalaman orang lain :-D

nhanania said...

turun ikut mana?
takpe masih ada masa lagi utk training.
google lagi pengalaman-pengalaman org lain..dan pesanan..jgn tertipu dgn signboard.

Post a Comment

 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: