Saturday, March 6, 2010

2 : Bukit Broga - Gunung Tok Wan

Bukit Broga - Gunung Tok Wan
Semenyih Selangor
Sabtu 6 Mac 2010

pegi kali ni dapat view yang berlainan dari yg pertama dahulu. lihat entry sblm ni.
awal pagi hujan renyai menemani kami.
aku x sempat kira berapa org yg join trip kali ni.
ni kira meluaskan network, yg join kawan kepada kawan kepada kawan.

^^^ Broga yang dah togel tanpa lalang2 segar dan kosong tanpa manusia ^^^

^^^ target ke Puncak Tok Wan ^^^
kali ni aku memang niat nak naik terus ke Tok Wan..
lepas ni malas dah nak g sini..bukan ape, jauh gielr nak sampai.
kene bangun awal pagi plak tu. paling lewat 345pagi tau. heshh

^^^ Gadis Futsal ke Litar Broga plak ^^^
^^^ Akma dan si kecil Camelia, dan lain-lain menuju ke last check point ^^^

^^^ ada lagi beberapa kumpulan belum sampai ^^^

^^^ 4 org ni yang sampai Puncak Tok Wan ^^^

gerak dari Puncak Broga jam 845pagi, sampai puncak Tok Wan jam 1030pagi.
turun dari Puncak Tok Wan, jam 11 pagi.
tunggu-tunggu AB dan rakannya turun, siap aku sesat masuk ke kebun getah
aku sampai bawah jam 1230tgh hari..memang panas.

^^^ tempat rehat-rehat di Puncak Tok Wan ^^^
^^^ macam pokok penunggu cerita Hantu Raya tu tak?? ^^^

habis turun dari Broga, sukahati dan Shahril da sediakan milo ais.
wahhh heaven btul milo ais tu.
baju seluar semua da lenjun zasss ke Tekala Waterfall..mandi manda kat sana.
malas nak g Gabai sebab ramai sgt manusia.




~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Wednesday, March 3, 2010

Berjalan-jalan ke Pantai Timur

3 Mac 2010
Kelantan - Terengganu
26 - 28 Februari 2010
bersama Kak Asfa, En. Ahmad dan juga En. Mujib.

^^^ usaha memanjat pokok kurma di masjid ^^^

kononnya plan nak gerak dari ofis malam jumaat,
alih-alih nama aku naik kene g perarakan Maulidur Rasul kt Putrajaya
lps habis program ceramah-ceramah
gegas balik ke ofis terus ke rumah
mereka datang ke rumah aku,
gerak dari rumah aku, sbb aku malas nak tinggal kete kt ofis.
jam 1230 gerak ke Kelantan, uii baru sampai bentong aku da mabuk kepayang.
maybe sebab dok belakang kot kete 5 seaters, atas tayar bdn rasa melambung-lambung.
memang aku baring je la, pastu pejam mata jer.
sampai Kelantan jam 9 malam terus ke rumah Aiman.
malam tu tido rumah die.
mak, ayah dan juga adik-beradik die sangat baik
dan maknya kenalkan lauk baru kepada aku, walaupun aku tak tolong masak
cuma tolong basuh pinggan jer, tapi dapatlah merasa makanan org Kelantan.
ayahnya pula kenalkan aku jenis-jenis ikan, aku ni mmg x kenal ikan. aku makan jer
tapi aku x ingt gak ikan yg dia ajar tu..hohoh
esok pagi plan ke rumah moyang Aiman.
diorg ni sibuk sangat nak cari seekers.

^^^ rumah moyang Aiman, ada 2 pintu pagar dan kene redah hutan buluh sblm jmp rumah ^^^

agak cantik juga laa view kat situ, ade pokok kekabu yg sedang berbuah.
pastu plan nak g Rantau Panjang sebelum ke rumah Iznan.
sebaik sampai ke Rantau Panjang yg sungguh panjang masa perjalanannya,
kami terima berita buruk pula, abg Aiman meninggal dunia.
kami pun patah balik utk hantar die ke rumah ibubapa nya.
agak sedih juga dgn berita kematian itu
sbb aku baru je dengar ibu dan bapanya bercerita tentang anaknya itu.

rumah Iznan pun tak siap apa lagi masa tu,
lepas ziarah kedua ibubapa Aiman,
kami teruskan matlamat kami utk ke rumah Iznan sempena majlis perkahwinannya.
habis jer makan-makan gegas kami ke Rantau Panjang semula..
uii memang kuat tul En.Mujib, x penat-penat drive dari hari sampai ke Kelantan.

^^^ posing dengan kak Asfa ^^^

balik dari Rantau Panjang kami gegas ke Terengganu pula.
malam tu tido di rumah En.Ahmad.
siap mandi kat masjid sebelum ke rumah En.Ahmad
senang sampai je leh terus tido.
sampai Terengganu Kg Tok Jiring jam 10malam.
lepas duduk-duduk makan sata dan keropok lekor kami ke Kedai Air Buah Gelas Besar.
ingat kat Datok Keramat je ade..memang sedap air buah die.
siap leh campur-campur lagi tu.

bangun esok pagi aku tgk mak En.Ahmad sedang masak utk breakfast.
tau die nak masak ape?
nasi minyak weh..betul lah org Pantai Timur ni.
aku pun belajar menu masakan Nasi Minyak org T'ganu.
mmm sedap..siap tambah-tambah lagi tu aku makan..errrkkk kenyanggg.


^^^ salah satu replika masjid di Tamadun Islam ^^^

^^^ Masjid Kristal Terengganu ^^^
selesai makan kami jalan-jalan ke Stadium yg runtuh tu
pastu ke Pulau Duyung photoshoot kat sana.
kemudian ke Kuala Terengganu pula ke Tamadun Islam.
Photoshoot saja kami ni.
selesai tu En.Ahmad bawa kami bersiar-siar ke Batu 6, takyah g pasar payang katanya
sbb da komersial, barang-barang jadi mahal.
kemudian ke jeti tempat kami akan mencandat bulan May nanti.

^^^ jeti yang menakutkan..sebelah kubur plak tu ^^^

dalam perjalanan balik kami singgah ke Kemaman tempat Sata yg terbaek.
begini rupanya sata di masak.
banyak gak aku makan..hahaha
kemudian kami terus pulang ke KL, esok nak keje kan.
smpai umah aku tepat jam 11.30malam.
betullah..nak g Kelantan Terengganu kene ade pemandu pelancong
kalo tak memang sesat barat tak jalan mana nak selok.



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~
 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: