Sunday, October 18, 2009

Deeparaya - Jerangkang Waterfall

18 Oktober 2009 2245
Jerangkang Waterfall
17 - 18 Oktober 2009
Maran Pahang


program ni pun saje untuk bercuti-cuti lagi tapi di hutan pula.
minggu sudah bercuti-cuti di kota tapi kali ni di hutan,
bukan daki gunung tapi bermandi-manda di air terjun.
16Oktober2009 Jumaat 10.30pm aku ke UIA ambil Kayree a.k.a Tokya.
boleh kate program ini program berjalan-jalan bersama Tokya gak laa..


kami perlu berjumpa member lain di BHP tol Gombak jam 11malam.
setelah perbincangan dibuat kami bergerak meneruskan perjalanan.
stop kt RNR temerloh untuk rehat-rehat dan jumpa member lain plak.
jam 3 pagi kami teruskan perjalanan dan keluar ikut sri jaya.
sampai di masjid jam 430 pagi. parking kereta kat situ dan tukar naik 4WD utk ke
air terjun. perjalanan untuk ke waterfall makan masa 40 minit.
2 trip diperlukan untuk membawa kami ke destinasi.


masa nak join trip ni aku hanya kenal Abg Pakoi, Abg Kuyek dan Tokya jer. sampai sana dengan mudah aku dapat kawan-kawan baru..bestkan? mereka dari Tekun dan Monash Universiti. majoriti dari Tekun. sampai je di tapak perkhemahan kami tidur dulu sementara menanti waktu subuh. tapi abg Kuyek dan Abg Pakoi memasak sarapan pagi. masak bihun, bila nak makan bihun da jadi mee..hehehe gurau jer abg pakoi. bangun2 subuh, masing-masing spt biasa akan serbu toilet. tengok2 toilet tak de air? so mcm mana? terpaksa la menahan untuk buang yang besar, buang yang kecik dulu. paip air ada tapi ntah kenapa getah bawah tanah yang dibina sudah pun pecah. air tak dapat disalurkan ke tandas tapi di gazebo air ada. selepas solat subuh sarapan pagi mee dan nescafe. memang seronok g trip dgn abg pakoi ni. hal-hal dapur serahkan sahaja kepada beliau. selepas breakfast kami gerak ke air terjun. ada yang kata sejam perjalanan utk ke air terjun. masing-masing dengan life jacket.
4 org dari kami berjaya hingga ke level 23, aku dan rakan2 lain smpai yang mana aku x ketahui. sebab da x berani nak naik atas mcm x de jalan jer. setiap kolam tu kami swim lawan arus. pastu naik batu2 utk ke level seterusnya. sayang sangat x dpt bwk camera. camera bkn waterproof, mana nk swimming lg nak letak camera lagi. dapat amik gmbr kt bwh2 jer, tmpt letak brg2. pastu turun mcm tu gak.. makanan yg kak Molly bwk naik mmg aku makan, rasa nak makan semua mknn yang ada. btul2 lapar. aku siap terlena atas batu tepi kolam. da keletihan. kemudian mereka kejut utk turun bwh. jam 2ptg aku gerak turun. balik2 da letih kelaparan. smpai2 je nasi beriyani telah terhidang. thanks to Abg Ayis n wife, dan pembantu2 yg melengkapkan tugasan memasak. memang marvellous nasi beriyani tu. tgk nasi da th sedap. sape kate kat hutan bleh makan mknn segera atau maggi jer.. ehem tu laa Latepackers, nasi tomato pun xde masalah, asalkan ada bahan2. tu beza Latepackers dan OGKL. lepas makan mula rasa ngantuk sambung tido plak. dgn baju renang aku tido. cuaca panas pakai baju basah2 mmg seronok.

bangun dari tido nak sambung mandi lagi. lepas tolong2 ape yang patut, goreng-goreng makanan, mandi kat bawah plak. x naik tmpt tadi. kawasan air terjun kt bawah sesuai utk lepak2 jer sbb byk batu2 besar. kawasan mandi pula sempit. tapi aku mandi gak kt sini..sbb tadi da masak2 badan rasa panas. bkn masak ape pun..hahha..

menu makan malam ayam n ikan bbq. nasi aku x sentuh langsung..aku makan ayam dan frankfurter. lps makan sesi taaruf pula. hahah mlm2 pun kene speaking gak this is to welcome our participant from Thailand he is Monash University student. he still new in Malaysia and he understand only several malay words. selepas selesai sesi berkenalan dan beramah mesra, main card plak. ada yang da tido sbb keletihan mengipas ayam bbq, keletihan swimming.. aku main card dgn mereka. ada 2 jenis game baru yg aku belajar. Declare and Blaugh. bila ngntuk aku pun terus tido. mereka masih lagi main.

bangun pagi tolong abg Pakoi masak nasi lemak ikan. die nak masak nasi lemak style Terengganu. ada lauk ikan. aku makan sandwich. jam 915 kami naik utk g ke waterfall semalam. kali ni tokya join. semalam die sibuk tido dalam hammock. keletihan ape ek? bkn die yang drive pun..keletihan bekerja barangkali. siann tokya. uiii kali ni air kehijauan dan lebih sejuk dari semalam. x pasti kenapa. kali ni aku x naik smpai atas2 sbb masing nak mandi kat bawah jer.

jam 12 turun semula utk berkemas2 pulang. makan nasi lemak dan daging sup, kemudian berkemas2. selepas bergambar di lokasi perkhemahan, jam 2ptg kami gerak ke masjid tmpt parking kereta. jalan terasa lama berbanding jalan di malam hari. da smpai masjid mana yang bertenggek kat luar salin baju kt masjid. lepas makan2 jam 430 gerak pulang ke KL.

More pictures at Picasa Web.


kesimpulan kat sini,
  • dtg sini kene ada 4wd, sbb kdg2 org kg x nak bwk masuk lagi2 bila hujan sbb jalan teruk.
  • x perlu bawak kasut hiking selipar/sandal sudah memadai.
  • life jacket perkara terpenting.
  • boleh bawa bantal dan katil kalo dtg sini. sbb tido bawah pondok.
  • sun-block sangat2 penting ms swimming..even x panas mcm kt laut, tp still effect gak..makin gelap kulit aku..teruja pny pasal 2 hari aku lupa pakai sun-block.
  • ape-ape pun mmg sangat seronok, aku x penah jmp air terjun sedalam ini. masih cantik, harap2 akan datang kebersihan hutan masih dikekalkan. kecantikan dan kenikmatan airnya tak dapat di gmbar kan dengan gmbr.


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

4 comments:

sukahati said...

huhu...jeles2!

sukahati said...

eh....tudung pink tuh cam tudung aku laa...choii

KeMatZ said...

motif tudung nak sama warna...

nhanania said...

sama ek? mana pasan beb..lagipun ape nak heran bkn beli kt butik pun nak x sama warna.

Post a Comment

 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: