Wednesday, October 14, 2009

2 : Take Nothing But Photographs, Leave Nothing But Foot Prints

14 Oktober 2009 2000

Hari Pertama yang indah - Khamis 08-10-2009

Filipino Market


aku dan rakan-rakan tiba di terminal jam 1330, setelah selesai urusan pemeriksaan kad pengenalan masing-masing perlu check-in di hotel-hotel yang di tempah. Rakan sepejabat cik Sukahati yang tinggal di Sabah telah menghantar kami ke Jalan Api-Api tempat letaknya hotel yang kami tempah. Manakala Chan and the Gang masih belum menjumpai hotel utk menginap. Setelah check-in dan menyiapkan diri kami mulakan langkah berjalan-jalan di sekitar bandaraya KK. jalan, jalan, dan jalan rupanya kami dah smpai ke Filipino Market. wahhh terer kan? melihatkan dari peta yang ada, kami sangka jauh dari hotel. tapi untuk org yang lama x berjalan kaki..rasa jauh gak laa..di Filipino Market kami siap hafal deretan kedai mana yang boleh tawarkan harga jauh lebih murah. sambil berjalan2 tu kami tinjau pakej yg boleh tawarkan trip ke kundasang. so plan esoknya ke Kundasang dan Hot Spring.


Hari Kedua jalan-jalan turunkan lemak - Jumaat 09-10-2009

Kinabalu Park - HotSpring - Sinsuran Night Market - Likas Highway Center - Universiti Malaysia Sabah - Jesselton Point




selepas bersarapan kami menantikan van persiaran ke Kundasang. tepat jam 0815 kami bergerak ke Kundasang. perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu makan masa 2 jam. English Guided yang dijanjikan begitu menghampakan. Tourist Guide lebih banyak menggunakan bahasa Mandarin sebabnya ade tourist from Beijing cannot understand English..tourist guide bercakap dgn kami dgn Bahasa Melayu tapi tidak sepanjang penerangannya dalam Mandarin. Kundasang yg difahami olehnya hanyalah Pasar. Sungguh kesian..kesian juga kepada kami kerana tak dapat menyaksikan panorama indah di Kundasang seperti yg di omong oleh Chan & the Gang feel like in Swiss..setgh jam kemudian kami bergerak ke Hotspring. perjalanan mengambil masa sejam utk ke Hotspring. aku da nyenyak tido dalam van. sampaikan bila da smpai aku rasa mcm tak nak jalan dan nak sambung tido dlm van jer. tapi rugi laa kan da smpai nak tido plak. ada canopy walk trekking dalam hutan..tapi x best sgt pun view die. nak bawak camera masuk di caj RM 5 setiap camera. view x cantik mana tapi kene caj. Apekah?? berpeluh2 juga lah sepanjang trekking. setelah berpeluh2 kami nak tinjau air terjun yang berada 400 meter dari starting point canopy walk. ramai tertumpu di air terjun tersebut..emmm x best pun air terjun tu.. :p. kemudian aku da cik sukahati ke kolam air panas. nasib baik ada private room. x mahal pun cuma RM15 per hour, per room. public pool penuh dengan bermacam2 jenis orang..yuckkksss. setelah berendam hampir sejam kami ke van semula untuk ke kedai makan tengah hari. perjalanan pulang ke KK mula makan masa lebih 2 jam. badan rasa letih sebab duduk lama dalam van jer..huhuh. malam pula chan & the gang ajak makan bersama. kami makan di Likas HIghway Center.
pada malam tu ribut Parma menyerang Filipina, kami yang berada di Pasar Malam Sinsuran berhampiran Filipino Market turut merasainya. kedai2 mcm nak terbang, manusia berlari-larian. ada perasaan takut juga ketika itu. mata dimasuki pasir walaupun aku memakai spek ketika itu. selesai makan kami ke UMS ada tamu gadang di sana. kemudian kami ke Jesselton Point tinjau2 utk hari esok.

Hari Ketiga hari menggelapkan diri - Sabtu 10-10-2010

Tunku Abdul Rahman Park - Pulau Manukan - Pulau Mamutik - Pulau Sapi - Tourist Info Center - Sinsuran Night Market

bangun pagi dgn berbekalkan sebotol susu Dutch Lady kami bergerak ke Jesselton Point. satu yang x best kat KK ni, tambang teksi btul punya mahal. on je meter da 10 ringgit. nak tak nak kene naik gak. sampai2 je di Jesselton ada seorang lelaki menyapa menawarkan pakej snorkling yang ditawarkan. setelah runding2 kami setuju dgn pakej nya. kami naik bot bersama 6 sekeluarga dari Pee And Gee. sesi berkenalan, beramah mesra dan bergambar bersama mereka bermula. perutku terasa mual dan mula meragam. pulau yang pertama pulau manukan. tapi sebelum tu aku dan cik Sukahati parasailing dulu. huhuh seronok beb.. RM80 per head. setelah puas kami snorkling plak di Pulau Manukan. kemudian ke Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. setelah puas menghitamkan diri, aku dan cik sukahati tiada rancangan lain. kami gerak ke Tourist Information Center untuk collect segala maklumat mengenai KK. lepas dapat peta kami plan ke Observatory Signal Hill. setelah jauh berjalan kami pun give-up sebab keletihan sewaktu snorkling masih terasa. jalan masuk masih tak jumpa-jumpa.

Observatory Hill (atas kanan gambar)
akhirnya kami tahan teksi dan terus pulang. setelah nyenyak tido ptg, malam kami berjalan-jalan di pasar malam Sinsuran plak. malam kami makan di pasar malam di gerai-gerai yg jual Seafood. murah seafood kat situ, aku balun 2 pinggan nasi dan Su first time try anggur laut.

Hari Keempat hari menghabiskan duit - Ahad 11-10-2010

Pasar Tamu - CenterPoint

pagi jam 0900 kami gerak ke Pasar Tamu atau Sunday Market..kat sini memang jual segala macam mak nenek. sehingga ke binatang ternakan pun ada dijual di sini. kat sini barang2 jauh lebih murah tapi kene pandai menawar sebab peniaga yang menjual adalah peniaga yang sama di Sinsuran Market. Pasar Tamu dibuka seawal jam 0600 sehingga jam 1300. dari jam 0930 sehingga jam 1100 pun terasa cukup lama bagi aku. kaki da rasa lenguh berjalan-jalan. Paling best aku selamba berjalan tanpa menggunakan face-mask. jalan-jalan jumpa sepasang suami isteri bekas pelajar UIA. masa zmn uni aku tak pernah bertegur sapa pun dengan mereka, tapi di Kota Kinabalu kami berbual-bual. hahaha.. die x ingat nama aku, aku pun x ingat nama die. Bagus...

lepas rehat dan lunch di restoran berhampiran kami plan untuk ke Observatory Hill lagi. berpandukan peta yang ada kami memulakan perjalanan redah bangunan2 pokok2 kereta2. Tmpt dituju sudah pun kelihatan tapi jalan masuk x jumpa. sampai orang2 yang keje di tepi jalan berasa hairan melihat kami berjalan-jalan. bayangkan laa kami berjalan smpai ke pelabuhan. kalo teruskan lagi 7km kami sampai ke 1Borneo. jauh kan kami jalan? tapi sebab da letih, panas pula, kami berehat di bus stop keletihan. alih-alih sukahati suggest patah balik ke Jesselton Point untuk amik teksi. solat zuhur di situ ke. perlu diingatkan hari ini hari ke-4 solat jamak-qasar x boleh dibuat lagi. mmmm dari solat zuhur kat situ baik balik jer hotel terus. give-up lagi utk ke Observatory Hill. Selepas solat Asar kami jalan-jalan lagi ke Filipino Market final shopping.. cari brg2 yang masih belum di beli. selepas solat maghrib di Centerpoint aku buat rambut kat saloon. rambut kering kontang lps mandi laut. pastu smbg jalan-jalan lagi di Sinsuran Market. malam kami makan lagi di gerai Seafood di pasar malam berhampiran Filipino Market. jumpa lagi abg dan atuk Sabri Fadzil. mungkin jodoh..hahhaah


Hari Kelima hari membuang masa - Isnin 12-10-2010

Central Market - CenterPoint

selepas solat zuhur di bilik waktu Zuhur masuk jam 1205, check-out time jam 12. kami terpaksa tinggalkan bag di ofis hotel sbb tiada tmpt utk simpan bag baik die Centerpoint atau Warisan Square. hari ni kami memang dah tak tahu nak pergi mana. malas nak naik teksi yang mahal tu. rasa mcm x berbaloi naik teksi dgn tambang yang mahal. macam mana nak habiskan masa tanpa buang duit dgn byk dan tanpa rasa letih? tengok movie..masa cepat berlalu..x byk duit perlu dikeluarkan. tiket wayang RM5 untuk cerita Surrogate..murah kan? ingat nak marathon tgk movie tapi da xde cerita yang sesuai dgn masa kami. habis tgk movie solat Asar pula kemudian blurr lagi x tahu nak buat ape. akhirnya....

da bosan duduk termenung aku berjalan-jalan di kedai-kedai yang ada. sukahati da lama tinggal aku. sukahati type of kuda haiwan peliharaan nabi Daud..xleh dok diam..aku malas nak letihkan kaki hanya duduk di bangku OKU ni. round satu tingkat turun, duduk lagi. setiap tingkat yang ada kerusi aku duduk rehat. da bosan duduk-duduk aku amik gmbr semua objek yang bergerak. nak test skill guna camera. byk lagi rupanya function yang aku x explore pada camera aku ni. jam 1900 kami ambil teksi utk ke airport. pulang ke semenanjung..bye bye KK..best sebenarnya dok KK ni..makanan murah..jalan-jalan kaki..kat KL tu aku mmg da lama x jalan2 kaki ni. jam 2005 kami terbang ke KL.


BEST THINGS IN KK


buah terap rasa mcm mangga campur
durian belanda campur
nangka








kawasan parking yang unik, gambar kiri besi diturunkan (default) untuk kereta yang tidak dikenakan saman. gmbr kanan besi dinaikkan, kereta kene saman dan kereta tersebut tak dapat di alihkan.

soup jagung yang aku rasa di restoran cina.
jagung tin, campur tepung jagung, ada daging ayam apelagi ek su? tapi mmg sedap laa soup tu..akan ku cuba buat nanti.

banyak lagi bende2 best..smpai rasa nak g lagi laa...


akan datang bila aku sampai KK lagi, i'll conquer Mt. KK..yaaaa yaaaa


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

4 comments:

sukahati said...

"sukahati type of kuda haiwan peliharaan nabi Daud"

motif?? aku kuda?? Choiii :p

nhanania said...

hahahah mmg btul pun..ms aku dok sorg2 tu aku pk..mmg btul la su ni kuda..hahaha

KeMatZ said...

wow... ke UMS.. aku seumur hidup tak pernah jejak kaki ke sana... limpas simpang masuk pernah lahh... :P

nhanania said...

zam end of next year kita plan g Krabi nak? sape2 bdk ACCP nk join are welcome..ok nggak?

Post a Comment

 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: