Kebetulan pada hari Sabtu 28 Ogos aku stand-by di office jadi aku setuju utk ikut mereka berbuka bersama anak yatim di Danau Kota, tambahan pula tidak berapa jauh dari rumah aku. mula-mula aku ingt nk suro diorg tunjuk jalan, tp aku pulak yg kne tunjuk jalan. jln genting Klang da berubah, jalan sudah dilebarkan aku pun da x jmp jalan masuk ke Danau Kota hingga jauh terlajak. Lepas mohon bantuan dari Cik Su akhir nya aku dan rakan2 sekerja selamat sampai.
Anak-anak yang comel memikat hati. sementara tggu waktu maghrib, ade sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Husni, kemudian majlis penyerahan sebuah Unser dari Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk kegunaan Pusat Jagaan Anak-anak Yatim/ Miskin Persatuan Penyayang Nur Iman.
klik sini utk maklumat lanjut mengenai pusat jagaan ini.
Zoom Out Map
sepanjang program aku hanya mendukung seorg baby, rasa nak amik die jd anak angkat tp bersediakah aku??
Kesinambungan dari itu diadakan pula sesi shopping baju raya bersama Asrama Penyayang Nur Iman dan Teratak Nur Insan dari Setapak bertempat di Mydin USJ Subang Jaya pada 12 September 2009. Jam 830 Mydin akan dibuka jadi kami perlu berada di sana sblm 830am. Aku ajak cik Su dan mak aku menyertai program ini..saje nk ajak mereka beramal. hahhaa.
Selepas taklimat mereka boleh pilih seorg kakak/abang untuk bantu mereka pilih baju raya. sorg volunteer boleh ambil 3 org adik2. masa aku sibuk merakam reaksi kanak-kanak ini mendengar taklimat, aku tertarik dgn seorg budak yg comel lagi tembam..die asyik kne usik dgn kawan2 die. masa diorg nk pilih volunteers ni aku tgk budak comel(Johan) ni dan sorg bdk besar(Elyas) yg ku sangka abg nya tgk aku...aku pun tny nak dgn akak? mereka angguk setuju trus dtg padaku. kemudian ade sorg bdk lagi (Aiman) masih terpinga2, bdk besar ni ajak join sekali. maka cukup la aku dgn bdk 3org ni.

dari kiri Johan 6 tahun, Elyas 13 tahun, Aiman 10 tahun.
uii agak sukar juga nak layan kerenah mereka ni.. Aiman suka hilang ntah ke mana, tolak troli laju2 ke sana ke mari, Elyas pula cari pakaian sendiri tak pe die da besar lagi pun mudahkan lagi keje aku, aku ke sana ke mari pimpin tgn Johan utk cari semua kelengkapan dia..sarungkan die seluar, baju, kasut, sampin, songkok, belt. semua perlu di ukur pada badannya. kesian die umur kecik lagi tp susah nak cari size.

Mereka diberi peruntukan RM300 seorang, makanya aku perlu berbelanja tidak kurang dan tidak lebih dari jumlah itu. Bila semua barang2 penting yg ade dlm list da dapat, kami mula mengira, Elyas tolong sebut semua harga barang, aku key-in dlm kalkulator(dipesan oleh organizer utk dibawa bersama), Su tlg catit jumlah utk setiap mereka. macam main treasure hunt ade gak. bila ade byk balance, kami cari bahan lain pula cth sandal, toileteries, jam tgn.
teman Aiman pilih jam tangan pun lama gak..nak yg besar2 jer, tgn tu cemetot kecik..nnt jam tu sarung pada kaki plak. tgk muka die mencebik tak nak jam yang dicadangkan.
Johan yang comel ni nak tshirt Ben 10, seb baik jumpa sehelai, nak tshirt spider-man sleeveless pulak, die segan nak pakai tshirt tu. aku suro tanggalkan baju dpn aku pun die segan..kecik2 lagi da segan..mmg comel..
mujur aku ajak Su dan mak aku join sekali, ye laa sambil bekerja sambil jalan2 dgn mak dan cik Su, saje nak rapatkan mereka tu untuk trip akan datang ke KK bulan October ni. hehe.
kalo aku sorg la handle 3 org bdk ni..alamat aku hilang suara nanti. masa berbuka tu aku byk minum air jer. 3 gelas 3 jenis air aku minum. nasi x makan.
Pengalaman bersama mereka sangat menyeronokkan walaupun rasa letih sampaikan malam tu aku termimpi2 kan diorg..sbb x sempat nk bg kata2 nasihat pada mereka, hingga terbawa2 dlm mimpi.
Insya Allah bulan 12 nanti akan diadakan sesi shopping baju sekolah pula. aku nak join lagi.
Johan masuk darjah satu thn dpn. :)
tengok laa Johan yg tgh letih2 ni, masih bleh tersenyum kegembiraan dgn jam tangan yang baru.
aku x sabar nak jumpa mereka pada jamuan raya nanti. aku nak tgk Johan pakai baju raya yg aku pilih. cerita lain di blog Sukahati
~~ smile in pleasure, smile in pain, smile when trouble pours like a rain, smile when someone hurts u. Smile because someone still loves to see you smiling. ~~
1 comments:
wahhh...ader website jugak ek rumah derang neh...ok laaa
Dpt unser lagi tuh....alhamdulillah...semoga bleh memudahkan pengurusan asrama derang
Post a Comment