10 August 2009 0830
Tarikh : 7 - 9hb Ogos 2009
Tempat : Panggung Bandaraya DBKL
Jam : 8.30 malam
lepas jalan-jalan dgn cik sukahati di Mines Wonderland, sukahati beritahu mlm ni ade tayangan teater area dataran merdeka, masuk free, ohh ok sbb free aku minat nak join, aku ni bukan penggemar teater, tapi entry cik sukahati mengenai tayangan teater yang dia tonton menarik minat aku untuk tonton juga.
jam 630 ptg kami gerak ke tugu negara untuk berjumpa dengan saudara kematz dan cik arina. setelah lepak2 sambil hayati alunan muzik yang dimainkan oleh pelancong dari luar negara kami solat maghrib di situ. hampir 2 jam juga mereka main alat muzik disitu. baju mereka pun sudah lencun dibasahi peluh.
jam 8pm kami gerak ke tempat yang dituju. menurut kematz tayangan berlangsung di bangunan DBKL sebelah UniKL. tiba sahaja disana pengawal memberitahu tempat di panggung bandaraya di bangunan mahkamah berdekatan dataran merdeka. pusing punya pusing jam hampir menunjukkan jam 830mlm. kami tiba tepat jam 830, tempat sudah penuh hingga ada yang berdiri dan cangkung di tepi-tepi dinding.
aku mengajak mereka naik tingkat atas. bermacam-macam orang kami jumpa, ada makcik yang x mampu jalan dengan sendiri, ramai kanak-kanak yang sangat 'annoying'. mungkin ibubapa mereka perlu tahu mana tempat yang sesuai untuk anak-anak mereka. taman tema air, zoo negara, taman burung contohnya. kanak-kanak yang kita sedia maklum punya pelbagai ragam membuatkan mood aku hilang. dari hati yang gembira untuk menonton teater bertukar menjadi perasaan nak cekik ibubapa kanak-kanak yang ada. ada yang merungut nak susu laa, nak kencing laa, merengek-rengek kesejukan, merengek-rengek nak main game dari handfon ibubapa mereka laa..aduhhh tolonglah..rasa nak lempang laju-laju boleh??!!!bila dah hilang kesabaran aku, mula la mulut aku bising.
AJK event terpaksa mencari kerusi untuk penonton yang hadir. terima kasih pada mereka atas keperihatinan yang diberikan. setiap babak diselangi dengan 'extra turn' ada 5 extra turn alunan lagu sri mersing, lakonan audition oleh 2 hulubalang, tarian alunan lagu asmaradana, nyanyian dan tarian singapura oh singapura, persembahan nyanyian oleh jalaludin hasan beautiful maria. aku hanya terhibur dengan tarian asmaradana je boleh x? yang lain aku rasa sangat rubbish..persembahan oleh maknyah singapura oh singapura rasa sangat menjijikkan oleh lelaki gemuk yang berpakaian wanita, lakonan audition rasa sangat membosankan. orang lain gelak bagai nak gila tapi aku xde perasaan boleh? hahaha..
rumusan dari persembahan teater, berjaya menyampaikan mesej kepada penonton walaupun dialog yang dilafazkan agak kurang sedap didengar, audio sound dari para pelakon kurang memuaskan dek kerana beberapa gangguan bunyi dari persekitaran, kostum yang digunakan memuaskan, backdrop yang digunakan sangat mengagumkan, teknik pencahayaan juga memuaskan. apa-apa pun tahniah kepada badan pengurusan yang menguruskan event ini.
ada lagi sambungan..
~~ smile in pleasure, smile in pain, smile when trouble pours like a rain, smile when someone hurts u. Smile because someone still loves to see you smiling. ~~
2 comments:
pehhhh....siap ada sambungann :D.
amacam...nk tgk lagi tak teater???
ntah bile nk sambung tp leh menimbulkan isu kontroversi tu nnt..
Post a Comment