Friday, August 14, 2009

Santapan Rohani - Tarbiah Aulad


14 Ogos 2009 1118


Sesi Santapan Rohani yang aku hadiri hari ini sangat bermanfaat bagiku. Disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmud

Tazkirah hari ini bertajuk Tarbiah Aulad atau Pendidikan Anak-anak

Ibubapa perlu didik anak-anak sejak dari kecil pukullah anak-anak jika perlu tapi dengan niat untuk mencari redha Allah bukan untuk memuaskan hati kita yang terdorong dengan nafsu. Jika hati tidak diniatkan kerana Allah maka pukulan tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan baik pada anak-anak dan syaitan akan mengawal tangan kita menjadikan kita terus memukul anak kita sehingga ada yang mati.
Disebabkan niat yang tidak betul, anak-anak akan terus melakukan kesilapan tanpa rasa insaf akan hukuman yang kita berikan.Jika nak pukul isteri pun niatlah untuk mencari keredhaan Allah. aku teringat zmn sekolah menengah ada belajar dalam syariah islam bila nak pukul isteri umpama kita kepit surat khabar bawah ketiak dan hayun tangan jangan sampai surat khabar tersebut jatuh dari kepitan di ketiak. begitulah umpama cara untuk pukul isteri.
Hatta Nabi Muhammad SAW pun pukul Saidatina Aishah dengan simpulan dihujung kain serban kerana melarang Aishah dari melihat org berlatih perang. Hanya dengan pukulan tersebut membuatkan Saidatina Aishah menangis teresak-esak menginsafi kesalahan yang dilakukan.

Dengan isu hangat yang diperkatakan sekarang iaitu wabak penyakit H1N1, ustaz juga tidak lupa memberi kata-kata nasihat cara-cara untuk mengelak dari penyakit tersebut.

Kita mungkin tanpa sedari telah lupa segala sesuatu itu datang dari Allah. Kita percaya penyakit itu lebih berkuasa atau mask lebih berkuasa untuk menentang penyakit. Dari situ kita telah pun syirik kepada Allah kerana percaya Mask lebih berkuasa untuk menentang penyakit.

Antara amalan yang boleh kita amalkan untuk hindar dari penyakit ialah amalkan bacaan Doa Qunut tiap-tiap waktu solat.

Dalam Hadith apa aku x ingat tapi ada meriwayatkan bahawa setiap sesuatu penyakit yang datang dalam tubuh badan kita telah mendapat keizinan dari roh kita. Sebaik penyakit datang dekat kepada kita Roh akan tanya atas tujuan apa dia datang, penyakit akan jawab untuk melakukan proses pembersihan dosa dari tubuh kita kerana tubuh kita sudah banyak dengan dosa, jika roh badan merasakan perlu, maka roh akan benarkan penyakit itu datang kepada tubuh kita.

Sekarang kita tidak mahu penyakit itu datang kepada kita, jadi bagaimana utk mengelakkannya??

Sebelum tidur kita pesan pada roh letakkan tangan pada ubun-ubun kepala kerana pada waktu kita tidur roh akan keluar melalui hidung dan duduk atas kepala kita menjaga tubuh badan kita jadi kita perlu pesan kepada roh dengan pesanan

"Wahai Roh sekiranya ada penyakit hendak datang kepadaku, kau tolonglah halanginya dari memasuki kedalam tubuh badanku walau apa pun sebabnya hatta untuk hapuskan dosa, katakan padanya tuan aku akan hapuskan dosanya sendiri melalui taubat dan istighfar kepada Allah"

kemudian bacalah doa
Innalhamdulillah wassalatu wassalamu alarasulillah
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh --sebanyak 1000kali untuk hindari segala ancaman dari orang-orang yang benci kepada kita.

Jika kita diancami dengan penyakit pula Malaikat yang mencatit amalan buruk akan cuti berehat dan Allah SWT akan menghantar 2 malaikat untuk mencatit segala ucapan yang keluar dari mulut kita. Maka dgn itu hendaklah kita sentiasa mengucapkan atau banyakkan bertasbih Alhamdulillah tanpa merungut atau mengeluh atas bala yang menimpa dan Allah berfirman Jika engkau mati dengan penyakit ini akan Ku bawa kamu masuk ke syurga. kita sedia maklum apabila mati satu-satu umat manusia itu, dia akan melalui beberapa proses untuk sampai ke penentu samada syurga atau neraka yang memakan masa beribu-ribu tahun. tapi dengan janji Allah ini kita tidak perlu untuk tunggu beribu-ribu tahun untuk masuk ke Syurga.

Antara cara lain yg dipesan oleh ustaz bacalah beberapa potongan ayat dibawah untuk memeriksa penyakit dalam tubuh badan kita. adakah kita telah dijangkiti wabak atau belum. jika malas baca, pasanglah alunan bacaan ayat Qura'n ini dirumah tapi diingatkan untuk tidak pasang semasa dalam kereta ketika memandu. jika badan kita telah dijangkiti penyakit tubuh badan kita akan bertindak balas dgn ayat-ayat Quran tersebut samaada muntah atau pening-pening kepala.
berikut adalah beberapa ayat yang perlu dibaca:

1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan) سورة الفاتحة - ayat 1-7
2. Surah Al-Baqarah (Sapi Betina) سورة البقرة - ayat 1-5, 102, 163-164, 255-257, 285-286
3. Surah Ali 'Imran (Keluarga Imran) سورة آل عمران - ayat 18-19
4. Surah Al-A’raaf (Tempat Tinggi) سورة الأعراف - ayat 54-56
5. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman) سورة المؤمنون - ayat 115-118
6. Surah As-Saaffat (Yang Berbaris Dengan Teratur) سورة الصافات - ayat 1-10
7. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir) سورة الأحقاف - ayat 29-32
8. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) سورة الرحمن - ayat 33-36
9. Surah Al-Hasyr (Pengusiran) سورة الحشر - ayat 21-24
10. Surah Al-Jin (Jin) سورة الجن - ayat 1-9
11. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas) سورة الإخلاص - ayat 1-4
12. Surah Al-Falaq (Subuh/Dinihari) سورة الفلق - ayat 1-5
13. Surah An-Nas (Manusia) سورة النّاس - ayat 1-6
14. Lafaz Azan
15. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan) سورة الزلزلة - ayat 1-8

disebabkan klinik dan hospital penuh maka kita bolehlah melakukan pemeriksaan sendiri pada diri dan keluarga kita.

Semoga Allah menjauhi penyakit-penyakit ini dari diri kita dan juga keluarga kita. Amin.




~~ smile in pleasure, smile in pain, smile when trouble pours like a rain, smile when someone hurts u. Smile because someone still loves to see you smiling. ~~

Monday, August 10, 2009

teater oh teater

10 August 2009 0830

Tarikh : 7 - 9hb Ogos 2009
Tempat : Panggung Bandaraya DBKL
Jam : 8.30 malam

lepas jalan-jalan dgn cik sukahati di Mines Wonderland, sukahati beritahu mlm ni ade tayangan teater area dataran merdeka, masuk free, ohh ok sbb free aku minat nak join, aku ni bukan penggemar teater, tapi entry cik sukahati mengenai tayangan teater yang dia tonton menarik minat aku untuk tonton juga.

jam 630 ptg kami gerak ke tugu negara untuk berjumpa dengan saudara kematz dan cik arina. setelah lepak2 sambil hayati alunan muzik yang dimainkan oleh pelancong dari luar negara kami solat maghrib di situ. hampir 2 jam juga mereka main alat muzik disitu. baju mereka pun sudah lencun dibasahi peluh.

jam 8pm kami gerak ke tempat yang dituju. menurut kematz tayangan berlangsung di bangunan DBKL sebelah UniKL. tiba sahaja disana pengawal memberitahu tempat di panggung bandaraya di bangunan mahkamah berdekatan dataran merdeka. pusing punya pusing jam hampir menunjukkan jam 830mlm. kami tiba tepat jam 830, tempat sudah penuh hingga ada yang berdiri dan cangkung di tepi-tepi dinding.

aku mengajak mereka naik tingkat atas. bermacam-macam orang kami jumpa, ada makcik yang x mampu jalan dengan sendiri, ramai kanak-kanak yang sangat 'annoying'. mungkin ibubapa mereka perlu tahu mana tempat yang sesuai untuk anak-anak mereka. taman tema air, zoo negara, taman burung contohnya. kanak-kanak yang kita sedia maklum punya pelbagai ragam membuatkan mood aku hilang. dari hati yang gembira untuk menonton teater bertukar menjadi perasaan nak cekik ibubapa kanak-kanak yang ada. ada yang merungut nak susu laa, nak kencing laa, merengek-rengek kesejukan, merengek-rengek nak main game dari handfon ibubapa mereka laa..aduhhh tolonglah..rasa nak lempang laju-laju boleh??!!!bila dah hilang kesabaran aku, mula la mulut aku bising.

AJK event terpaksa mencari kerusi untuk penonton yang hadir. terima kasih pada mereka atas keperihatinan yang diberikan. setiap babak diselangi dengan 'extra turn' ada 5 extra turn alunan lagu sri mersing, lakonan audition oleh 2 hulubalang, tarian alunan lagu asmaradana, nyanyian dan tarian singapura oh singapura, persembahan nyanyian oleh jalaludin hasan beautiful maria. aku hanya terhibur dengan tarian asmaradana je boleh x? yang lain aku rasa sangat rubbish..persembahan oleh maknyah singapura oh singapura rasa sangat menjijikkan oleh lelaki gemuk yang berpakaian wanita, lakonan audition rasa sangat membosankan. orang lain gelak bagai nak gila tapi aku xde perasaan boleh? hahaha..

rumusan dari persembahan teater, berjaya menyampaikan mesej kepada penonton walaupun dialog yang dilafazkan agak kurang sedap didengar, audio sound dari para pelakon kurang memuaskan dek kerana beberapa gangguan bunyi dari persekitaran, kostum yang digunakan memuaskan, backdrop yang digunakan sangat mengagumkan, teknik pencahayaan juga memuaskan. apa-apa pun tahniah kepada badan pengurusan yang menguruskan event ini.

ada lagi sambungan..


~~ smile in pleasure, smile in pain, smile when trouble pours like a rain, smile when someone hurts u. Smile because someone still loves to see you smiling. ~~
 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: