Showing posts with label 25 December. Show all posts
Showing posts with label 25 December. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

2 : Take Nothing But Photographs, Leave Nothing But Foot Prints

14 Oktober 2009 2000

Hari Pertama yang indah - Khamis 08-10-2009

Filipino Market


aku dan rakan-rakan tiba di terminal jam 1330, setelah selesai urusan pemeriksaan kad pengenalan masing-masing perlu check-in di hotel-hotel yang di tempah. Rakan sepejabat cik Sukahati yang tinggal di Sabah telah menghantar kami ke Jalan Api-Api tempat letaknya hotel yang kami tempah. Manakala Chan and the Gang masih belum menjumpai hotel utk menginap. Setelah check-in dan menyiapkan diri kami mulakan langkah berjalan-jalan di sekitar bandaraya KK. jalan, jalan, dan jalan rupanya kami dah smpai ke Filipino Market. wahhh terer kan? melihatkan dari peta yang ada, kami sangka jauh dari hotel. tapi untuk org yang lama x berjalan kaki..rasa jauh gak laa..di Filipino Market kami siap hafal deretan kedai mana yang boleh tawarkan harga jauh lebih murah. sambil berjalan2 tu kami tinjau pakej yg boleh tawarkan trip ke kundasang. so plan esoknya ke Kundasang dan Hot Spring.


Hari Kedua jalan-jalan turunkan lemak - Jumaat 09-10-2009

Kinabalu Park - HotSpring - Sinsuran Night Market - Likas Highway Center - Universiti Malaysia Sabah - Jesselton Point




selepas bersarapan kami menantikan van persiaran ke Kundasang. tepat jam 0815 kami bergerak ke Kundasang. perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu makan masa 2 jam. English Guided yang dijanjikan begitu menghampakan. Tourist Guide lebih banyak menggunakan bahasa Mandarin sebabnya ade tourist from Beijing cannot understand English..tourist guide bercakap dgn kami dgn Bahasa Melayu tapi tidak sepanjang penerangannya dalam Mandarin. Kundasang yg difahami olehnya hanyalah Pasar. Sungguh kesian..kesian juga kepada kami kerana tak dapat menyaksikan panorama indah di Kundasang seperti yg di omong oleh Chan & the Gang feel like in Swiss..setgh jam kemudian kami bergerak ke Hotspring. perjalanan mengambil masa sejam utk ke Hotspring. aku da nyenyak tido dalam van. sampaikan bila da smpai aku rasa mcm tak nak jalan dan nak sambung tido dlm van jer. tapi rugi laa kan da smpai nak tido plak. ada canopy walk trekking dalam hutan..tapi x best sgt pun view die. nak bawak camera masuk di caj RM 5 setiap camera. view x cantik mana tapi kene caj. Apekah?? berpeluh2 juga lah sepanjang trekking. setelah berpeluh2 kami nak tinjau air terjun yang berada 400 meter dari starting point canopy walk. ramai tertumpu di air terjun tersebut..emmm x best pun air terjun tu.. :p. kemudian aku da cik sukahati ke kolam air panas. nasib baik ada private room. x mahal pun cuma RM15 per hour, per room. public pool penuh dengan bermacam2 jenis orang..yuckkksss. setelah berendam hampir sejam kami ke van semula untuk ke kedai makan tengah hari. perjalanan pulang ke KK mula makan masa lebih 2 jam. badan rasa letih sebab duduk lama dalam van jer..huhuh. malam pula chan & the gang ajak makan bersama. kami makan di Likas HIghway Center.
pada malam tu ribut Parma menyerang Filipina, kami yang berada di Pasar Malam Sinsuran berhampiran Filipino Market turut merasainya. kedai2 mcm nak terbang, manusia berlari-larian. ada perasaan takut juga ketika itu. mata dimasuki pasir walaupun aku memakai spek ketika itu. selesai makan kami ke UMS ada tamu gadang di sana. kemudian kami ke Jesselton Point tinjau2 utk hari esok.

Hari Ketiga hari menggelapkan diri - Sabtu 10-10-2010

Tunku Abdul Rahman Park - Pulau Manukan - Pulau Mamutik - Pulau Sapi - Tourist Info Center - Sinsuran Night Market

bangun pagi dgn berbekalkan sebotol susu Dutch Lady kami bergerak ke Jesselton Point. satu yang x best kat KK ni, tambang teksi btul punya mahal. on je meter da 10 ringgit. nak tak nak kene naik gak. sampai2 je di Jesselton ada seorang lelaki menyapa menawarkan pakej snorkling yang ditawarkan. setelah runding2 kami setuju dgn pakej nya. kami naik bot bersama 6 sekeluarga dari Pee And Gee. sesi berkenalan, beramah mesra dan bergambar bersama mereka bermula. perutku terasa mual dan mula meragam. pulau yang pertama pulau manukan. tapi sebelum tu aku dan cik Sukahati parasailing dulu. huhuh seronok beb.. RM80 per head. setelah puas kami snorkling plak di Pulau Manukan. kemudian ke Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. setelah puas menghitamkan diri, aku dan cik sukahati tiada rancangan lain. kami gerak ke Tourist Information Center untuk collect segala maklumat mengenai KK. lepas dapat peta kami plan ke Observatory Signal Hill. setelah jauh berjalan kami pun give-up sebab keletihan sewaktu snorkling masih terasa. jalan masuk masih tak jumpa-jumpa.

Observatory Hill (atas kanan gambar)
akhirnya kami tahan teksi dan terus pulang. setelah nyenyak tido ptg, malam kami berjalan-jalan di pasar malam Sinsuran plak. malam kami makan di pasar malam di gerai-gerai yg jual Seafood. murah seafood kat situ, aku balun 2 pinggan nasi dan Su first time try anggur laut.

Hari Keempat hari menghabiskan duit - Ahad 11-10-2010

Pasar Tamu - CenterPoint

pagi jam 0900 kami gerak ke Pasar Tamu atau Sunday Market..kat sini memang jual segala macam mak nenek. sehingga ke binatang ternakan pun ada dijual di sini. kat sini barang2 jauh lebih murah tapi kene pandai menawar sebab peniaga yang menjual adalah peniaga yang sama di Sinsuran Market. Pasar Tamu dibuka seawal jam 0600 sehingga jam 1300. dari jam 0930 sehingga jam 1100 pun terasa cukup lama bagi aku. kaki da rasa lenguh berjalan-jalan. Paling best aku selamba berjalan tanpa menggunakan face-mask. jalan-jalan jumpa sepasang suami isteri bekas pelajar UIA. masa zmn uni aku tak pernah bertegur sapa pun dengan mereka, tapi di Kota Kinabalu kami berbual-bual. hahaha.. die x ingat nama aku, aku pun x ingat nama die. Bagus...

lepas rehat dan lunch di restoran berhampiran kami plan untuk ke Observatory Hill lagi. berpandukan peta yang ada kami memulakan perjalanan redah bangunan2 pokok2 kereta2. Tmpt dituju sudah pun kelihatan tapi jalan masuk x jumpa. sampai orang2 yang keje di tepi jalan berasa hairan melihat kami berjalan-jalan. bayangkan laa kami berjalan smpai ke pelabuhan. kalo teruskan lagi 7km kami sampai ke 1Borneo. jauh kan kami jalan? tapi sebab da letih, panas pula, kami berehat di bus stop keletihan. alih-alih sukahati suggest patah balik ke Jesselton Point untuk amik teksi. solat zuhur di situ ke. perlu diingatkan hari ini hari ke-4 solat jamak-qasar x boleh dibuat lagi. mmmm dari solat zuhur kat situ baik balik jer hotel terus. give-up lagi utk ke Observatory Hill. Selepas solat Asar kami jalan-jalan lagi ke Filipino Market final shopping.. cari brg2 yang masih belum di beli. selepas solat maghrib di Centerpoint aku buat rambut kat saloon. rambut kering kontang lps mandi laut. pastu smbg jalan-jalan lagi di Sinsuran Market. malam kami makan lagi di gerai Seafood di pasar malam berhampiran Filipino Market. jumpa lagi abg dan atuk Sabri Fadzil. mungkin jodoh..hahhaah


Hari Kelima hari membuang masa - Isnin 12-10-2010

Central Market - CenterPoint

selepas solat zuhur di bilik waktu Zuhur masuk jam 1205, check-out time jam 12. kami terpaksa tinggalkan bag di ofis hotel sbb tiada tmpt utk simpan bag baik die Centerpoint atau Warisan Square. hari ni kami memang dah tak tahu nak pergi mana. malas nak naik teksi yang mahal tu. rasa mcm x berbaloi naik teksi dgn tambang yang mahal. macam mana nak habiskan masa tanpa buang duit dgn byk dan tanpa rasa letih? tengok movie..masa cepat berlalu..x byk duit perlu dikeluarkan. tiket wayang RM5 untuk cerita Surrogate..murah kan? ingat nak marathon tgk movie tapi da xde cerita yang sesuai dgn masa kami. habis tgk movie solat Asar pula kemudian blurr lagi x tahu nak buat ape. akhirnya....

da bosan duduk termenung aku berjalan-jalan di kedai-kedai yang ada. sukahati da lama tinggal aku. sukahati type of kuda haiwan peliharaan nabi Daud..xleh dok diam..aku malas nak letihkan kaki hanya duduk di bangku OKU ni. round satu tingkat turun, duduk lagi. setiap tingkat yang ada kerusi aku duduk rehat. da bosan duduk-duduk aku amik gmbr semua objek yang bergerak. nak test skill guna camera. byk lagi rupanya function yang aku x explore pada camera aku ni. jam 1900 kami ambil teksi utk ke airport. pulang ke semenanjung..bye bye KK..best sebenarnya dok KK ni..makanan murah..jalan-jalan kaki..kat KL tu aku mmg da lama x jalan2 kaki ni. jam 2005 kami terbang ke KL.


BEST THINGS IN KK


buah terap rasa mcm mangga campur
durian belanda campur
nangka








kawasan parking yang unik, gambar kiri besi diturunkan (default) untuk kereta yang tidak dikenakan saman. gmbr kanan besi dinaikkan, kereta kene saman dan kereta tersebut tak dapat di alihkan.

soup jagung yang aku rasa di restoran cina.
jagung tin, campur tepung jagung, ada daging ayam apelagi ek su? tapi mmg sedap laa soup tu..akan ku cuba buat nanti.

banyak lagi bende2 best..smpai rasa nak g lagi laa...


akan datang bila aku sampai KK lagi, i'll conquer Mt. KK..yaaaa yaaaa


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Monday, December 29, 2008

perghh pewai giler aku

XPDC Gunung Batu Putih
6993 kaki di atas paras laut
24 Dec - 28 Dec 2008
38 0rg join XPDC kali ni.
30 lelaki, 8 perempuan.
pix - Batu Putih yg dilindung dgn kabus.

xpdc bermula dari Restoran Burger King, Jalan Gombak.
waktu kumpul jam 10 malam. gerak ke RnR Tapah jam 1 pagi..
aiii punya la lama tggu kt sana.
Sue pun da letih giler..penat punggah keluar masuk barang dari bag die la tu.

pix - myvi ku fully load ngn rations...perghh..
Sue tgh tido kt dpn.



pix - perjalanan ke Kuala Woh menyaksikan pemandangan rumput hijau yg cantik.


pix - perkampungan Orang Asli Kuala Woh Tapah Perak


pix - kami tiba di empangan Sungai Woh..ambik feel dulu..


pix - gua tmpt kami semua bermalam.

uhh trek kali ni aku rasa agak mencabar fizikal dan mental aku..
mula2 tu kami da salah trek..byk kali kene patah balik.
da waste energy kt situ..
trek mmg mcm huarghhharam (hanya tuhan yg tahu)
ade team lain x berjaya naik ke Gua pun..surrender awal2.
aku smpai hentian pertama (gua Azan jam 820 mlm) jln dlm gelap.
aku lak hanya bawa torch light..lps ni kne beli head lamp.
mn nk pegang torch light, nk pegang pokok2 lg..
mmg trauma beb jln dlm gelap..tepi2 gaung..mau x cuak.
lantak la tgn kne duri ke ape ker. asal kan aku x jatuh..nak nangis beb..tp ku cekal kn hati.
aku mmg x suka jln dlm gelap. ni second time aku jln dlm hutan waktu mlm..
padahal aku bukan x penah naik gunung ni pun..
tp trip kali ni mmg leh wat aku mental.
pagi esok nya aku da set aku nk gerak awal sbb nk smpai puncak sblm malam.
slps prepare 4 breakfast n lunch,
aku ngn Sue org paling awal gerak..
i know my own abilities..aku x cukup stamina jln pun lambat..so better aku gerak awal.
org lain lum siap lagi kami da gerak naik.
mcm biasa even paling awal gerak tp still jmp bdk2 tu..
AKU XDE STAMINA!!!
kitorg semua kumpul kt waterpoint..
kne amik air kt sini sbb kat puncak xde AIR!!!.
ok fine aku ngn Su g turun amik air..
Sue da x larat..tp aku warn die nnt xde air ms nk turun.
aku amik 2 liter air..
huaaa xde trek..kne redah pokok2 renek..yg akar pun x kuat..
masa turun botol air kosong..nk naik nanti botol air da penuh
how to climb back nanti??
bdk2 laki lagi la kne bawak botol5 liter
Ape Yg Penting? KERJASAMA..tu jadi lagu kami..(lagu wonderpet)
ingt nk solat tmpt lepak kt atas..tp kalo da trek mcm tu..baik solat kt waterpoint jer.


pix - kami solat jamak Qasar Zuhur Asar smbil duduk.

aku berjaya sampai puncak sblm hari gelap..alhamdulillah aku bersyukur.

pix - bergmbr die puncak saat sampai,
pakaian ku mcm br blk dr sawah..adik junior tegur tny aku br blk dr sawah ker?



pix - yg baru smpai masing2 lepas kn lelah yg ade.

ade yg terus prepare utk pasang flying sheet and ground sheet.
aku kagum ngn bdk2 laki..bleh pakai kain pelekat lagi tu..mmg x bleh blahhh.
patut la brg2 personal diorg sket jer..
aku x th nk kurang kn ape lagi brg2 aku..bag berat..uhukk
mlm tu, aku, Sue, Rudy Nyah, Makcik Kantin Afiq, Faris n Black
prepare utk dinner and supper utk mlm tu..
lps mkn kami prepare utk breakfast n lunch esoknya.
Apa Yang Penting? KERJASAMA!!
mlm kt puncak lah aku rasa sangat seronok..
buat keje pun x rasa pressure..
sbb kami enjoy wat keje..buat keje byk pun x rasa..sbb kami enjoy wat keje...
yeay yeay yeay humchaaa

pix - pagi slps breakfast, sblm turun ke kaki gunung, kami bergambar beramai2 di puncak


pix - kasut2 semua da sama kaler..

kasut Rudy Nyah, kasut aku, kasut Sue n kasut Razmy.
kasut baru aku ni..x buat aku sakit jari kaki mcm sblm ni..
tp spoil aku pakai stokin pendek..melecet lak kt blkg..
ye la kasut aku hi-cut, kena pada kaki..melecet laa..adoiii
sakit kaki ku..
mula tu plan nk leisure je ms turun..plan naik 2 hari, turun pun 2 hari..
sekali diorg plan nk one-shot terus..
sblm ni aku g pun ms turun one-shot satu hari..
mula tu aku maintain..ikut group plg depan jalan..
smpai Sue pun aku da cicirkan kt blkg..
tp kakiku da xleh tahan sakit..
aku stop kt air terjun..tggu Sue..aku tggu Sue kt situ 45 minit.
dari jam 10 pagi kami gerak, 920 malam br sampai ke tmpt park kereta..
ms ni..mmg da nk nangis beb..
jln dlm gelap lagi..aku hanya mampu berdoa..nk nangis da x mampu..
hujan lak tu..trek mmg da mcm haram laa..
org depan da sapu habis.. main gelongsor gamaknya...sket pun x tinggal..
ye laa siap ade sorg bdk tu dgn berlagak cita kt aku die da siap
swimming ms trek mencanak tu..aku tahu kje menyapu habis ni..tentu keje dia.
kt hutan buluh lagi la amat takut..buluh byk da reput..
ko pegang je buluh terus gelongsor ke bwh...nk pegang ape beb?
nangis lagi..muka Sue..mmg nmpk letih x bermaya dah..sian Sue..
1st timer lak tu..
aku yg da byk kali naik ni pun rs serik nk naik gunung lagi..
rs nk buang semua barang2 aku..
tp sies aku taubat xmo naik Gunung BATU PUTIH lagi.
da smpai je tmpt park..aku ngn Sue terus mandi guna toilet org asli..
mandi berdua tuk jimat masa..lps mandi kami terus hilang lena dibuai mimpi
tido dlm kete..da x pedulik ngn sekeliling..
abg2 latepackers blk pun x perasan dah..sedihh
x sempat jmp diorg..aku ingt diorg join g cameron sekali.
mlm tu mmg xleh drive dah..aku suro one of adik junior drive kete aku..
yer laa nk g cameron..tahu2 la jln mcm mn kan? mlm lak tu..
harus aku cuak lagi..
bdk tu call semua challet, hostel, hotel yg ade..semua fully BOOKED..
cuti sekolah kan..tgk pix bawah jammed mcm ape.
mlm tu kitorg tido dlm kete jer.
bgn pagi, kemas diri, kemas bag, kemas kete
aku ngn Sue gerak g breakfast..bdk2 lain x siap2 lagi..aku ngn Sue chow dulu.
kul 11 pg aku da ngntuk..even ms drive ni pun..
ye la kete gerak kalah dari siput..tetibe rasa tersentak..sah aku terlena..
mujur xde kecelakaan yg menimpa..
lps shopping segala mcm mak nenek sayur kt KEA FARM, Brinchang,
aku mmg xleh tahan ngntuk lagi..terus tido pengsan..
sedar2 da 536 ptg..terus kejut Sue ajak blk KL..
bdk2 td tu plan blk malam..aku nk jln mlm2 kt jln bengkak bengkok tu?
oh tidakkkk..

pix - suasana jammed di cameron yg xbleh blah..da la one lane..

agak menteri kt sana out of mind ker buat satu lane.
kedai2 lak tepi jalan..mn nk park lagi..station minyak pun sikit..
mungkin kementrian pelancongan patut ubah struktur binaan jalan.

last sekali...ape yg aku dapat..
sblm naik gunung (nak naik lagi ker?) kumpul stamina secukup nya..
pakai stokin yg panjang..bawak sepasang je baju trekking..
tp yg best aku dpt aku jmp semula abg2 latepackers yg aku hormati.
juga x lupa advisor seumur hidup yg gagah..Dr Zaid..
abg mamat, abg beantart, abang...semoga ketemu lagi yaaa.
aku g ofis ni pun..x pasal ade sorg mamat yg ku x kenali dari office lain
tegur aku..dgn senyuman die tanya..sakit kaki ker? byk kene matahari ek?
ewah ewahh concern sungguh..
nk tgk pixs lain click here
.

Monday, December 15, 2008

Pulau Pangkor 12-14Dec2008

Pulau Pangkor 12 - 14 December 2008
aku join Sukahati bersama team Jiwang Forum utk ke Pangkor.
Bas Transnasional gerak dari Puduraya jam 0830 hari Jumaat.


sampai Lumut jam 1320..aku sempat snap gmbr landscape di Jeti Pulau Pangkor,
sambil tggu 2 org dari Sitiawan..aku dgn Sue jln2 dan lunch kt jeti..
lapar betul masa tu. slps mkn tu..sebiji air kelapa muda aku habiskan..
kembung sudah perut ku.


jam 1425 dua orang yang dinanti sudah tiba..kami mula beratur untuk naik feri.
ramai sungguh orang yg hendak ke Pulau Pangkor..
malangnya budak2 pertahanan Awam pun ada sekali..
mmg sesak la feri..
2 feri terpaksa dilepaskan khas utk bdk2 tu..menyampahh..


setelah sejam beratur..akhirnya dapat juga kami naik feri..
setengah jam dalam feri smpai la kami di Pulau Pangkor.
Pemandu Teksi (van pink) sudah ramai yg menanti..pilih saja mana2.
satu van muat 10 orang.


tmpt yg dituju adalah Teluk Nipah,
kami menginap di salah sebuah chalet yg ada disitu.
pd mulanya team Jiwang plan utk ke Pangkor seramai 20 org.
pakej yg diambil juga cukup utk 20 org.
malangnya hanya 10 org shj yg dpt join.
jadi mr. Organizer terpaksa tukar plan..dan pilih chalet yg masih kosong.


ptg tu selepas solat jamak Qasar Zuhur Asar tiada aktiviti yg dpt dibuat..
hanya mandi laut dan jalan2 sepanjang pantai..
selepas solat Maghrib dan Isya, aku dan Su jalan2
keluar dari chalet.
sambil jalan2 kami survey barang2 yg dijual di sepanjang pantai di teluk Nipah.
utk makan malam kami pilih
Gerai Rasa Milah.
kami order Udang Masak Sweet & Sour, Ikan Siakap Bakar, Sayur Campur..
aku yg memang x kenal jenis ikan, hanya berserah kpd Sue utk memilih.
mmg sedap la diorg masak..
kesegaran ikan dan udang masih terasa.
sapa2 yg nak g Pangkor..aku recommend Gerai ni..mmg sedap.
harga pun boleh tahan..


Pagi esok nya 13 Dec
selepas jogging dgn Sue di sekitar kawasan berhampiran
(training utk Malakoff Run dan hiking ke Batu Putih sbnrnya)
aku dgn Sue plan utk snorkling
Boat Trip - RM90 per boat can load for 10 people,
Snorkling - RM5 per head


disebabkan tmpt snorkling sangat ramai manusia..
org Laut bawa kami ke Teluk Man..
pd masa air surut Orang Laut mmg akan bawa pengunjung utk mandi di teluk Man.
jika air laut pasang, Org Laut akan bawa mandi di Coral Beach..
gmbr atas gambar Coral Beach...
semasa mandi di teluk Man..aku snorkling dgn Sue..
tgk dasar laut..byk batu karang, Timun Laut, dan juga Rambutan Laut..
Org Laut pesan jgn terpijak Rambutan Laut..nanti boleh demam 3 hari..
wooo seriau bila dgr..mmg tajam giler duri2nya..
aku x dapat ambil gambar sbb camera ku bukan water resistance.
ni cth Timun Laut.. lembik..


sebelum ke Pangkor aku sempat research web Pulau Pangkor
utk dpt info, author web tu suggest utk sewa basikal utk jln2 di sekitar Pulau..
menurut nya jalan2 dgn teksi sangat x seronok.
tapi menurut org kampung agak bahaya utk meronda dgn basikal memandangkan
jalan2 nya agak berbukit2 dan bercerun yg sgt curam.
nasib baik ade Sue yg reti tunggang motor..aku reti bonceng jer..
sewa skuter - RM40 per day, RM15 per hour
motor - RM30 per day.


Ptg 13 Dec selepas lunch jam 1530..
aku dan sue decide utk jalan2 di sekitar Pulau Pangkor.
kami pergi ke Dutch Fort (Kota Belanda)..
di sana ada 2 ekor burung enggang berterbangan



ingat nak naik jambatan gantung..
aku ngn Sue pun masuk ikut papan tanda yg ada..
scary n horror jln dia..
aku ngn Sue da la perempuan
masa tu pun da jam 1830..
kawasan tu mcm x siap lagi..


kami x jadi naik jambatan gantung..terus je round2 lagi.
atas sket dr teluk nipah.. lebih kurang 4km atas sket, ade teluk dalam.
ade Teluk Dalam Resort lagi..mmg cantik la resort kt situ..
tp agak jauh sket dari org..
gerai makan pun x byk..nk makan kne dapatkan dari resort je la..


jumpa kawasan landasan kapal terbang..
ade airport gak kt Pangkor ni.
Malaysia Airport Sdn Bhd


plan mlm tu nk buat barbeque utk dinner..
x jadi plak..sbb hujan selebat-lebatnya dari jam 2ooo smpai o430..
aku tido dgn rasa lapar..
jam 0500..kawan2 ajak makan..
mereka da siap masak..
jam 0530 kami makan ayam bbq tu..
mmg sedap laa..ye laa dari jam 8 mlm rendam ngn sos lada hitam..


disebabkan semalam 13Dec skuter ada masalah utk start, kami da kerugian masa..
nak pergi Teluk Segadas pun da x sempat. masa tu da jam 1800..
nk masuk hutan time tu..mmg tak la kan.
Pagi 14 Dec, selepas breakfast ayam bbq..aku dgn Sue gerak ke teluk Segadas..
masa yg di ambil utk ke sana dari teluk Nipah 20 minit.
kami pergi dgn motor semalam.
sebelum smpai ke pantai Teluk Segadas..kena redah hutan dulu.
kami ambil masa 15 minit.
motor kami park di rumah yg berhampiran..dpt keizinan dr makcik jual nasi lemak..
dia siap pesan supaya hati2 sbb ada pacat.
kami pergi berdua.
nak masuk ke simpang Teluk Segadas kne berpandukan pada Teluk Gedung.
Disebabkan itu pantai rahsia, tiada papan tanda yg menunjukkan arah ke sana.
jalan masuk sebelah papan tanda Umno Cawangan Teluk Gedung.


Pantai teluk Segadas mmg x ramai org..sekali jumpa bdk2 baju oren..
bdk2 kem pertahanan awam!!!!
nasib baik diorg x turun ke pantai.
Perasaan ketika mandi di sana terasa seperti
mandi di swimming pool yg luas milik persendirian..
pantai memang landai..air kehijauan.
Balik dari teluk Sedagas tu...aku ngn Sue g canoe plak..
da lama x berkayak sebenarnya..
aku ngn Sue merayau2 ke tmpt yg Org Laut bawa semalam.
lps ni kalo g lagi..aku nk berkayak jer utk snorkling..
rasa loya nk muntah pun ada ms kat tgh2 laut tu.
canoe - RM15 per hour..


Okey last sekali..kalau korang nk g Pulau Pangkor..aku suggest cari la chalet di teluk Nipah..
tp chalet ni paling aku x recommend..ade byk lagi chalet di sana
yg iklan kt internet gmbr2 chalet..mmg indah khabar dari rupa..
yg aku leh recommend chalet
Pangkor Indah Delima Chalet,
Zek Pink, Pangkor Bay View, Flora Beach Resort & Palma Beach Resort..
kalo nak yg ada swimming pool Pangkor Bay View

Last Sekali credit to Sukahati and Karl..
org2 yg bertanggung jawab menguruskan trip kali ni..
terima kasih..


Monday, November 24, 2008

Kota Tinggi & Kulai

Setelah umur ku menjangkau 26 tahun ni,
inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Kota Tinggi.
Ini disebabkan oleh cerita dari arwah ayahku mengenai
sumpahan Sultan Mahmud ke atas 7 keturunan Laksamana Bentan
utk tidak menjejakkan kaki ke Kota Tinggi. Dipercayai jika sumpahan
ini diingkar..mereka akan terkena penyakit batuk darah.
Pada mulanya aku pun agak ragu2 utk ke sana, tp xpe..aku nk tgk..
adakah sumpahan itu sudah tamat pd generasiku.
Bapa saudara ku (ayahlong) ada ke sana, beliau telah terkena sumpahan itu.
disebabkan itu, arwah ayahku melarang kami ke sana.
Alhamdulillah, tiada apa2 terjadi kepada aku dan adik beradikku.
kami ke sana untuk melawat maksu dan ayahsu sblh ibuku.


uhh sangatlah jauh utk smpai ke Kota Tinggi dari tol Kulai..
Dr Tol Sungai Besi ke Kulai 291km..itu br dr tol ke tol..
perjalanan yg sgt membosankan..
aku cuma tertarik dgn kepulan2 awan yang cantik..
x dpt wehh tgk kt KL awan mcm tu..lain.
mcm sesat juga..sbb tiada panduan jln yg sempurna.
mujur ramai pakcik2 yang baik hati memberi panduan kpd kami.
perjalanan ke kota Tinggi..menyaksikan kami tembok2 konkrit..
aku xth ape fungsi nyer..nak kate tmpt komunis berlindung..
aku pun leh nmpk sape2 yg nk sorok2..xde maknenya nk menyorok kt situ..
Ntah..xde tulis ape2 kt situ. ade la bbrp ketul tembok.


Pd pagi sabtu jam 8pg kami bergerak ke pantai dr rumah ayahsu ku.
ke Tg. Leman..On the way ke pantai tu..byk pokok kelapa sawit sahaja.
aku terfikir smbil memandu..kalo aku kne campak kt sini..ape aku nk buat.
rumah2 mereka sangat jauh dari bandar..kalau tetibe anak nk mkn KFC atau mcD mcm mn?
waaahhhhhh..x sanggup..jauh beb kalo nk blk kg..
haruslah tidak ......
(sape yg boleh baca fikiranku akan faham ...... tu ape)

betapa luasnya kota tinggi..penuh ngn ladang kelapa sawit.


23 Nov 2008
tamat la zaman bujang kawan ku yg baik lagi kacak ni..
aku smpai ke Kulai rumah Firdaus jam 1430..aku ingt aku da lambat utk
menyaksikan persandingan pengantin..
mula2 aku berjumpa ayah, ibu dan adik lelaki Firdaus.
sekali tgk muka ayah firdaus da th..itu ayah dia.
aku menegur..ini ayah Firdaus?
ayah firdaus: yer..betul2 (sambil tersenyum lalu kenal kn ibu Firdaus dan adiknya)
hensem weh adik Daus...aku tgk Daus lebih mirip ayah dia..adiknya pula mirip ibu nya..
slps letak hadiah kt meja..ayah nya menjemput ku makan..
da mkn2 tggu Daus x juga tiba.
ermm balik laa ms tu da 1520.
sekejap lagi rombongan pengantin pun tiba..
Daus dgn kacak nya berjalan ke khemah pengantin..
utk kawan2 yg xdpt hadir ni la gmbr Firdaus dan Isterinya Aida..

Sorry Daus x sempat nk tggu kau.
x dpt nk bergambar ngn kau & wife kat pelamin..
Pape pun Tahniah la yer..Selamat Pengantin Baru.

Tuesday, November 11, 2008

Canon Photomarathon 2008 - The Winning Pictures

smlm erme bg aku link the winning pictures for
canon photomarathon hari tu..
ade yg layak tuk menang,
ade yg layak tuk dikutuk..
pape tah..korg tgk la sendiri.


Category - Digital / Compact

Grand Prize






1st Runner Up






2nd Runner Up






theme A - Indulge Metropolitan






theme B - Mess In Rules








theme C - Goes Green







Category - DSLR

Grand Prize




1st Runner Up



2nd Runner Up




theme A - Indulge Metropolitan





theme B - Mess In Rules





theme C - Goes Green






 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: