Tuesday, May 24, 2011

Gunung Bintang, Sedim Kulim

24 May 2011 1300
Gunung Bintang
Hutan Simpan Gunung Inas
Sedim, Kulim, Kedah
3 - 5 Feb 2011
Chinese New Year

^^^ menuju ke trek balak laluan bersimen selama 45 minit ^^^

2 feb lepas keje packing barang-barang..terus menuju ke UIA..
tempat tercinta, terhebat, tersayang, terkesima, tersipu
untuk berkumpul sebelum gerak ke destinasi utama Gng. Bintang.
konvoi dari UIA 5 buah kereta, rehat sebentar di RNR Tapah.
trip kali ini seramai 26 orang. 5girls 21guys
kemudian berhenti pula di Balai Polis Sg.Kob untuk sesi pendaftaran.
setelah selesai kami terus ke
Masjid Al-Falah, Qaryah (Kampung) Selarung Panjang, Karangan, Kedah
(panjang masya ALLah)
lps solat, dan berbual2 dgn pakcik imam mengenai isu terkini qaryah berkenaan
kami bersarapan di warung bersebelahan masjid.
memang murah makanan dia. air minum pakcik tu buat pun sedap.


^^^ check point pertama selepas 2 jam perjalanan ^^^

setelah tiba di pintu masuk Sg Sedim,
proses pembahagian ration dimulakan.
bag diletakkan dalam Pajero Rifaah utk dibawa ke atas.
jam 10.20 pagi, kami memulakan perjalanan dgn laluan trek bersimen selama 45 minit.
trek bersimen..diwaktu panas terik, mencanak 60darjah.
dihujung trek bersimen, dimana tiada kenderaan boleh masuk lagi
bag telah diturunkan dari Pajero. setelah rehat seketika, kami meneruskan perjalanan
ke trek balak lama.


^^^ setiap kali mendaki tangan kaki membengkak ^^^

setelah solat jamak qasar Zuhur Asar, makan-makan
kami sambung pendakian pd jam 230 ptg.
najis gajah ada dimerata-rata
gaung yg dalam jugak banyak..memang mengerikan..gajah jatuh takpe lagi
manusia jatuh..adoiii susah nak naik.
org tua2 kata..gajah jalan dalam bulatan dan meninggalkan najis
jika najis tidak ditumbuhi kulat/cendawan maknanya gajah lambat lagi nak smpai situ
kalau dah ada kulat/cendawan..tak lama lagi gajah akan kembali ke situ.
ada juga jumpa bermacam-macam ulat..


^^^ di puncak Gunung Bintang ^^^

dari kawasan air terjun ke Kem Bunian
yang laju boleh sampai dalam 2 jam setengah tiba seawal 4.47 ptg
macam aku yang dah slow..tiba jam 630ptg.
yang terakhir tiba jam 7 ptg.
kawasan perkhemahan memang luas..boleh muat lebih 100 org kot.
waterpoint perlu turun sikit selama 5 minit.
selesai urus diri, sesi masak-masak pulak.
menu makan malam
nasi + cendawan goreng tepung + sayur goreng + ayam masak kari pekat + teh O
selepas makan-makan..masuk tido..ada yg main kad (aktiviti kebiasaan)


^^^ bergambar beramai-ramai dipuncak ^^^

pagi-pagi selepas subuh masak breakfast dan pack lunch
perjalanan dari Kem Bunian ke Puncak
selama sejam setengah. x perlu bawa bag, bag tinggal di Kem Bunian bermula pada jam 10.15pg.


^^^ PM memberi angpow kpd yg kurang bernasib baik ^^^

jam 12tgh hari dah mula panas terik..kami mula gerak turun.
nak terus shoot ke kaki gunung kan.
setibanya di Kem Bunian, kami mula mengemas dan mulakan perjalanan
jam 145 ptg semua dah jalan.
budak-budak triathlon, climbathon yg tersangat laju ni tiba awal
mcm biasa la tuh
terus tiruk di Sg Sedim.
aku dan beberapa org tiba agak petang..sbb salah sorg antara kami injured plak.


^^^ tak lupa kepada yang terlebih bernasib baik ^^^

malam 4Feb tu kami bermalam di Dewan Serbaguna yang disediakan disitu.
setelah siap mandi, acara masak-masak pula.
masing2 dah kelaparan..gadis-gadis perlu masak dgn cepat.
menu dinner : nasi putih + ayam masak black pepper pedas + tomyam vegetarian + telur dadar + papadom + teh o panas
setelah memenuhkan perut sesi taaruf dimulakan
trip takkan lengkap tanpa sesi taaruf.
makan masa 2 jam jugak laa
dgn pokce yg tny pelbagai soalan2..macam-macam kerenah semuanya.

^^^ aksi tiruk jejaka-jejaka gagah perkasa ^^^

awal pagi kami digemparkan dengan akak gemuk
mereka suruh keluar awal.
perghh mcm bouncer akak penjaga tu.
semua kelam kabut mengemas..ingt boleh lepak-lepak tido rehat lama sket.

teeet teeet teeet
panggilan dari adik junior bernama Puteri, beliau jemput datang makan-makan
di rumahnya. wahh rupanyer ada sesi tazkirah.
untuk aku yang dah lama tak hadir sesi mcm ni..agak terkesima jugak lah ..hahaha


^^^ bergambar sebelum pulang ^^^

kami dibekalkan dengan pelbagai ilmu, pelbagai doa.
majlis ilmu itu diketuai oleh ibu Puteri sendiri.
lihat di bawah..masing-masing tekun menelaah sambil mendengar bacaan ibu.


^^^ ibu membaca ayat-ayat doa-doa yang terdapat pada buku Berilmu, Beriman, Beramal ^^^


^^^ bergambar bersama ibu Puteri dirumah mereka ^^^
dan akhirnya sesuai dengan trip ini..

Bila Matdie join program
Bila Pokce memeriahkan program
Bila Tokya dianiaya
Bila Selatan bertemu Kelantan
Bila tukang masak kaki pedas
Bila tukang makan tak tahan pedas
Bila PM bagi angpow
Bila ARC’ian jumpa air
Bila ARC’ian datang makan-makan
Bila ARC’ian terkena………

Report dari -> ARC IIUM Website

~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

Wednesday, May 18, 2011

Air Terjun Berkelah Maran Pahang

18 May 2011 1600

Air Terjun Berkelah, Maran Pahang
1 - 2 Jan 2011 Sabtu Ahad
ARC Latepackers

Jam 11 malam berkumpul di tangga besar UIA
atau mereka gelarkan Tangga Firaun Ramses 2.
Jam 1 pagi selepas menyambut tahun baru 2011
dengan konvoi sebanyak 8 buah kereta seramai 43 orang
kami meredah kepekatan malam.
dan berehat sebentar di RnR Temerloh.
yg lelaki biasalah asap-asap..penumpang keretaku pula hanya berehat tido je.
maklumlah Jumaat hari bekerja sebelum tu.
waktu-waktu begitu kebiasaannya aku dah smpai Russia..on the way balik ke Malaysia dah.

Sepanjang perjalanan hujan lebat, ada sesetengah kawasan hujan renyai-renyai.
masing-masing mula berdoa semoga Berkelah tak hujan.
dengar khabar Kuantan dah pun BANJIR!!!.

4 pagi sampai ke tempat kebiasaan pengunjung Berkelah dan Jerangkang,
Masjid Kg Gelugor.
ada yang terus tidur dalam kereta, ada yang berlari-lari
masuk ke dalam masjid. hujan lebat ketika itu.
sejukkkk..aiii cane laa nii.
Trek Berkelah..tak hujan pun licin..kalo hujan?? lagi laa licin oooiii.

Jam 8 pagi warung sebelah masjid dah buka..
masing-masing dapatkan sarapan pagi.
sambil menunggu lori pengangkut Along utk bawa kami masuk.
penduduk kampung tidak lupa menasihati kami utk batalkan rancangan
kerana kerisauan mereka melihatkan air sungai naik melimpah-limpah.


^^^ lori Along sampai tepat jam 10.15 pagi. ^^^


sepuluh minit jer perjalanan ke pintu masuk Berkelah.
setelah doa diaminkan, tepat jam 10.15 kami bergerak.
hujan pun dah beransur reda Alhamdulillah
cuma air sungai tidak kelihatan cantik..coklat jer.


^^^ aksi tiruk di kolam no. 1 ^^^
dalam jam 11.15 kami tiba di kolam no. 1..apalagi
pria-pria memulakan aksi terjunan lah.
setelah berehat selama setengah jam kami memulakan perjalanan ke kolam 6
kawasan perkhemahan kami.


^^^ Syamil dengan aksi terjunannya ^^^


^^^ sambung trekking ke kolam 6 ^^^
jam 12 kami dah sampai kolam 6..
dulu kami pertama aku datang..nampak ada 2 kolam..satu parit kecil jer
disebabkan musim hujan, parit dah jadi aliran yg deras..paras peha.
yg rendah mungkin paras pinggang.
terpaksalah pasang tali utk memindahkan bag-bag.


^^^ bekerjasama memindahkan bag menggunakan tali ^^^



^^^ tengoklah..punya derasnya air..ngeri tengok ^^^
air yg sebelum ini kelihatan biru hijau tenang dah jadi coklat!!.
boleh laa trip kali ni..tertinggal bahan paling penting org melayu
makanan ruji tuhh..ahahha

minum petang; teh O dengan cucur.
menu lunch; pancake,calamari rings,ikan masak kicap,sup sayur bebola ikan, teh O panas
menu dinner; nasi ¼ pinggan,ayam masak black-pepper,tomyam vegetarian
dan teh O nata de coco mangga.
untuk supper pula adalah bubur jagung+sagu.


^^^ cik Sukahati di kolam no. 7 ^^^
konon pagi tu nak mandi manda di kolam 7, melihatkan
air sebegitu garang..tak jadi laa oii utk org yang tak pandai renang mcm aku ni.
huhuh


^^^ satu kereta dari KL ke Berkelah ^^^
masa ni jugak aku berkenalan dengan kawan-kawan baru :)
selepas breakfast maggi+telur+hotdog,roti sardin,roti kaya dan teh O panas
kami berjalan pulang.
tiba di bawah jam 12.15, 12.30 naik lori ke masjid gelugor.
mandi-mandi bersihkan diri di masjid gelugor
bergambar, dan makan nasi di warung
kami pulang ke KL.


^^^ pintu masuk Berkelah..terbaekkkkk ^^^


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

GDO@Air Terjun Chamang -> Bukit Tinggi, Pahang 11 Dec 2010

16 May 2011 1700

Air Terjun Chamang -> Bukit Tinggi, Pahang
11 Disember 2010
Girls Day Out Activities

bertolak dari rumah aku..seawal pagi jam 730 dah gerak
terus ke rumah cik Sukahati jemput Pza dirumah beliau.
berlima..cik Kam, Ezna, Cik Sukahati dan Pza


tugas pembahagian makanan telah pun dirancang dengan teliti.
aku memilih utk bawa pizza hut.
seawal jam 9 pagi woo da smpai..mengejutkan..tiada seorang pun di tapak mandian.
huahahaha seronok beb..tak de orang..
jumpa sekumpulan pendaki..nak naik Gunung Rajah katanya.
sebelum makan dan mandi-manda
posing dulu laa kan..org takde..nanti org dah ramai,
semak plak.


dah mandi-manda makan-makan entah kali ke berapa
baru nampak org lain datang.
dalam jam 12 setelah puas berendam, kami bersiap utk ke tempat lain plak.
ke kedai kopi Kow Po..ari tu g ngn Hafidz masa naik Buah ..tapi kedai dah tutup
beliau kata situ ABC tersedap dia penah rasa.
aku pun ajak mereka utk rasa jugak..nak tgk btul ke tak ABC tersedap.


^^^ bersama tokei Kedai Kopi Kow Po ^^^

nak balik awal lagi plak kan..g photoshoot kat Bukit Tinggi dulu lah.



tengok rusa dan arnab..zaman kecil-kecil dulu, tgk rusa tengok saja
tak berfikir apa pun..dah besar ni baru nak perhati betul-betul
oohh kasar rupanye bulu rusa yer.
juga tak lupa rabbit farm :)


ini juga merupakan acara penutup tahunan 2010...
temui semula di tahun 2011 Insya Allah.



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

Gunung Merapi, Singgalang, Tandikek, Gua Soda, Gunung Sago

18 Mei 2010 1400

Volcanoes area Sumatera Barat
Gunung Merapi, Singgalang, Gua Sago, Bukit Soda, Tandikek
20 - 27 Nov 2010

^^^ makan-makan di Lamun Ombak ^^^

Puncak Merapi 2,891m (9,485ft)
== Hari Pertama, 20 Nov 2010
6 orang kesemuanya naik Merapi
Tini, Abe, Izzat, Muhyiddin, Thahar, Aku.

1530 sampai Minangkabau Airport
1830 ke Pasar Koto Baru selepas berhenti makan-makan di Lamun Ombak
2 jam perjalanan ke sana
beli makanan untuk Merapi
2215 - 2300 mulakan berjalan di jalan tar
berehat di warung minum teh manis
2345 - 0530 sambung trekking
tidur sebelum subuh

^^^ trekking malam-malam ke kaki Merapi dari jalan tar ^^^

^^^ kawah Merapi pandangan dari Puncak Merapi 2,891m (9,485ft) ^^^

== Hari ke-2, 21 Nov 2010
0645 - 0800 sambung perjalanan ke Puncak Merapi 2,891m (9,485ft)
pendakian melalui cadas
breakfast kemudian tidur dipuncak Merapi
0830 - 0945 sambung ke Puncak Merpati
1000 - 1045 turun dari Puncak Merpati
1045 - 1630 turun ke kaki Merapi

^^^ baju oren..Abe keletihan..sepanjang jalan dia tidur jer setiap stop ^^^

^^^ bergambar di persekitaran puncak Merapi ^^^


^^^ Puncak Singgalang dan Puncak Tandikek ^^^



^^^ menuju Puncak Merpati ^^^
^^^ di puncak Merpati ^^^

Bergerak dari Pasar Koto Baru ke Bukit Tinggi
Shopping dan Makan-Makan di sana
Malam selepas kedai tutup Pulang ke Pasar Koto Baru
Bersiap Mandi-Mandi untuk Ke Singgalang
Tidur di Basecamp Singgalang

Puncak Singgalang 2,877m (9,439ft)
== Hari ke-3, 22 Nov 2010
1000 - 1445 mendaki ke Puncak Singgalang
bergambar di Puncak Singgalang - Telaga Dewi
1545 - 2045 turun dari Puncak Singgalang
Naik Lori ke Rumah Pepeng
Bermalam di rumah Pepeng


^^^ menikmati makan tengahari sebentar ^^^


^^^ selepas lunch menghampiri Puncak Singgalang ^^^
^^^ berada di Puncak Singgalang ^^^

^^^ menuju ke Gua Soda / Gunung Sago dengan lori..perjalanan 2 jam lebih ^^^

kali ni ahli kami bertambah kpd 8 orang

Gua Soda / Gunung Sago 2,271m (7,451ft)
== Hari ke-4, 23 Nov 2010
1030 - jalan-jalan shopping berehat untuk next gunung
1630 - waterfall Batu Sangkar Gunung Soda
2026 - 2226 mendaki ke Gua Soda
15 minit diskus dengan penduduk kg, halang naik ke Gua.
Bermalam di Gua Soda

== Hari ke-5, 24 Nov 2010
0711 - 0811 daki ke Puncak Sago
pendakian 80-90 darjah
bergambar di Puncak
0915 - 1008 turun dari Puncak ke Gua
1100 - 1530 Jalan dari Gua ke Pekan Kecil
berbincang lagi dengan Penduduk Kg hal masuk Gua Soda
(Kami Orang Malaysia pertama jejak Gua tersebut)

^^^ menikmati Brunch selepas turun dari Puncak Gunung Sago ^^^

^^^ bunga-bunga yang dijumpa berhampiran puncak gunung ^^^

^^^ bersama rakan-rakan dari Malaysia ^^^

^^^ guide kami dari Indonesia Penggiat Alam ARTEVAC ^^^


^^^ bergambar bersama-sama Malaysia dan Indonesia ^^^

Mandi Manda di Kolam Awam
jalan-Jalan Bergambar di Istana Pagar Ruyung
Makan Malam Nasi Padang
2200 - 2235 jalan pulang ke rumah Kawan Pepeng 1260m
Mendaki setinggi 1260m sambil bawa durian
Bermalam di Rumah Onche (kawan Pepeng)

== Hari ke-6 25 Nov 2010
Puncak Tandikat 2,438m (7,999 ft)
mereka yang lain terus mendaki Tandikat pagi itu
manakala aku berehat di Rumah Onche.
menikmati suasana kampung, kehidupan masyarakat kampung bertani
sambil menanti pendaki Tandikek sampai ke senja
Malam kami pulang ke Rumah Pepeng
Selepas menikmati makan malam
zzzzzz di rumah Pepeng


^^^ jalan-jalan membeli belah di Pagar Ruyong ^^^


== Hari ke-7 26 Nov 2010
Berehat-rehat di Rumah Pepeng
Selepas Org Lelaki Solat Jumaat
Kami ke Bukit Tinggi Rocky yg bawa ke sana
kemudian ke Padang
Makan-Makan di Tepi Pantai
Berjalan-jalan di Kawasan Tsunami
Bermalam di Masjid Berhampiran Airport.

== Hari ke-8 27 Nov 2010
Bersiap-siap ke Airport
Tinggalkan Barang-barang di Airport
Berjalan-jalan di Padang mencari barang-barang Outdoor
Tak banyak barang pun :(
Petang jam 1 balik ke Airport Semula
jam 7 petang sampai di Malaysia.


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

Monday, May 16, 2011

Gunung Buah, Genting Highland -> Lata Hammer, Bentong Pahang

16 May 2011 1600

Gunung Buah, Genting Highland -> Lata Hammer, Bentong Pahang
30 Oktober 2010
Kelab Explorasi 7 Benua

bersama Nazrul Azwan juga Fattah.
mula mendaki selewat jam 924 pagi..
gedebak gedebuk dengan anak-anak kecil lagi
program dijangka awal bermula..jadi lambat.
mula mendaki dari kawasan kebun cina.
entah macam mana ramai kelihatan letih..dengan kelewatan anak-anak kecil
dengan helah trekker takmo naik sampai puncak
akhirnya kami merancang utk tukar program
dipertengahan jalan, kami berehat sebentar,
bergambar, makan-makan, sebaik tiba kumpulan belakang
kami bermesyuarat untuk ke Lata Hammer, Bentong.


untuk ke Lata Hammer, kami bersolat di Perhentian RnR
solat zuhur
kemudian ke Bentong. Dari Tol Bentong belok kiri..
masuk kawasan perkampungan..sangat mencabar juga perjalanan ke dalam.
ada 2 kereta terpaksa diletakkan ditepi dan tumpang naik 4wd.
macam biasa myvi ku gagah perkasa boleh meneruskan perjalanan.
hampir sejam perjalanan, bertemankan pacat, semak samun
akhirnya kami sampai ke tempat dituju..Burrrrr mandi manda di situ.
kalo bawak tent ni..dah lama bermalam je disini..malas nak trekking
bila teringt semak samun setinggi orang..malah lebih tinggi.



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~
 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: