Showing posts with label KE7B. Show all posts
Showing posts with label KE7B. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Gunung Buah, Genting Highland -> Lata Hammer, Bentong Pahang

16 May 2011 1600

Gunung Buah, Genting Highland -> Lata Hammer, Bentong Pahang
30 Oktober 2010
Kelab Explorasi 7 Benua

bersama Nazrul Azwan juga Fattah.
mula mendaki selewat jam 924 pagi..
gedebak gedebuk dengan anak-anak kecil lagi
program dijangka awal bermula..jadi lambat.
mula mendaki dari kawasan kebun cina.
entah macam mana ramai kelihatan letih..dengan kelewatan anak-anak kecil
dengan helah trekker takmo naik sampai puncak
akhirnya kami merancang utk tukar program
dipertengahan jalan, kami berehat sebentar,
bergambar, makan-makan, sebaik tiba kumpulan belakang
kami bermesyuarat untuk ke Lata Hammer, Bentong.


untuk ke Lata Hammer, kami bersolat di Perhentian RnR
solat zuhur
kemudian ke Bentong. Dari Tol Bentong belok kiri..
masuk kawasan perkampungan..sangat mencabar juga perjalanan ke dalam.
ada 2 kereta terpaksa diletakkan ditepi dan tumpang naik 4wd.
macam biasa myvi ku gagah perkasa boleh meneruskan perjalanan.
hampir sejam perjalanan, bertemankan pacat, semak samun
akhirnya kami sampai ke tempat dituju..Burrrrr mandi manda di situ.
kalo bawak tent ni..dah lama bermalam je disini..malas nak trekking
bila teringt semak samun setinggi orang..malah lebih tinggi.



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

Sunday, May 15, 2011

Sg. Chilling Kuala Kubu Bharu, Selangor

18 May 2011 1500

Sg. Chilling Kuala Kubu Bharu, Selangor
24 Oktober 2010
Anjuran Kelab Explorasi 7 Benua



seawal pagi sesudah subuh aku ke rumah Ezna
kemudian gegas ke rumah cik Suka Hati, tinggalkan kereta
di rumah beliau, kerana kami akan ke KKB menaiki
kereta cik Suka. Yeayy tak yah drive.
kami bertiga ke sana..
di tol Rawang, kami berjumpa dengan yang lain-lain
cik Kam, Shahril Aley dan rakan, serta ahli kelab KE7B.


ada 3 tempat mandi-manda
sebelum sampai tempat pertama je dah kene redah 6 anak sungai.
jadi kalo ke sini tak yah pakai sport shoes..pakai je kasut getah..sandal ke.
selipar bahaya plak..sebab ada trekking masuk hutan, mendaki bukit-bukit mencanak bagai.


^^^ tempat mandi pertama..dalam jugak.. ^^^


^^^ tempat mandi kedua..macam lubuk sket.. ^^^
boleh terjun dari atas..tapi nak naik semula
kene guna tali. kelihatan dalam..air hijau hitam.


^^^ tempat mandi ketiga. dalam jugak. boleh tiruk. ^^^


^^^ bersama ahli kelab KE7B..dan terutama kembar 4 Amjad. ^^^


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

Bukit Lepoh, Hulu Langat Selangor bersama KE7B

16 May 2011 1200

Bukit Lepoh, Hulu Langat Selangor
11 Julai 2010
Anjuran Kelab Explorasi 7 Benua


awal pagi lagi..dah gerak dari rumah aku..bersama cik Suka Hati, Ezna dan Shahril (bff cik Suka)
perjalanan terasa jauh..kami konvoi beberapa buah kereta..ada dalam 6-7 buah kereta.
cik Kam memandu bersendirian.


memulakan perjalanan meredah hutan, kebun-kebun orang asli seawal jam 9 pagi.
selepas beberapa jam pendakian 3 jam perjalanan akhirnya kami ketemu dgn
kawasan riadhah..tempat mandi-manda.



kawasan mandian boleh kata cantik..
ada tempat slide..yang mampu membuatku terbunuh. hahah


aksi-aksi bunuh diri..menerima tunjuk ajar dari Master Slider.
akibat salah landing..sakit badanku seluruh badan.
dari bahu ke betis..nak jalan tak boleh, nak duduk pun tak boleh.
selepas berurut 3 kali, kali terakhir dengan makcik dari Indonesia
walaupun sampai keluar air mata, Alhamdulillah aku terus sembuh.
hilang sakit-sakit..tapi aku dah taubat tak nak main slide-slide lagi even bumperku besar.

Selepas pendakian, kami dijamu ayam BBQ oleh KE7B
Qobin yang menyediakan.
sangat sedap..wooohooo.

p/s : Akhir kata jika ada kesilapan, boleh tolong betulkan..maklumlah cerita dah hampir setahun baru nak update.


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~
 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: