Saturday, March 6, 2010

2 : Bukit Broga - Gunung Tok Wan

Bukit Broga - Gunung Tok Wan
Semenyih Selangor
Sabtu 6 Mac 2010

pegi kali ni dapat view yang berlainan dari yg pertama dahulu. lihat entry sblm ni.
awal pagi hujan renyai menemani kami.
aku x sempat kira berapa org yg join trip kali ni.
ni kira meluaskan network, yg join kawan kepada kawan kepada kawan.

^^^ Broga yang dah togel tanpa lalang2 segar dan kosong tanpa manusia ^^^

^^^ target ke Puncak Tok Wan ^^^
kali ni aku memang niat nak naik terus ke Tok Wan..
lepas ni malas dah nak g sini..bukan ape, jauh gielr nak sampai.
kene bangun awal pagi plak tu. paling lewat 345pagi tau. heshh

^^^ Gadis Futsal ke Litar Broga plak ^^^
^^^ Akma dan si kecil Camelia, dan lain-lain menuju ke last check point ^^^

^^^ ada lagi beberapa kumpulan belum sampai ^^^

^^^ 4 org ni yang sampai Puncak Tok Wan ^^^

gerak dari Puncak Broga jam 845pagi, sampai puncak Tok Wan jam 1030pagi.
turun dari Puncak Tok Wan, jam 11 pagi.
tunggu-tunggu AB dan rakannya turun, siap aku sesat masuk ke kebun getah
aku sampai bawah jam 1230tgh hari..memang panas.

^^^ tempat rehat-rehat di Puncak Tok Wan ^^^
^^^ macam pokok penunggu cerita Hantu Raya tu tak?? ^^^

habis turun dari Broga, sukahati dan Shahril da sediakan milo ais.
wahhh heaven btul milo ais tu.
baju seluar semua da lenjun zasss ke Tekala Waterfall..mandi manda kat sana.
malas nak g Gabai sebab ramai sgt manusia.




~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Wednesday, March 3, 2010

Berjalan-jalan ke Pantai Timur

3 Mac 2010
Kelantan - Terengganu
26 - 28 Februari 2010
bersama Kak Asfa, En. Ahmad dan juga En. Mujib.

^^^ usaha memanjat pokok kurma di masjid ^^^

kononnya plan nak gerak dari ofis malam jumaat,
alih-alih nama aku naik kene g perarakan Maulidur Rasul kt Putrajaya
lps habis program ceramah-ceramah
gegas balik ke ofis terus ke rumah
mereka datang ke rumah aku,
gerak dari rumah aku, sbb aku malas nak tinggal kete kt ofis.
jam 1230 gerak ke Kelantan, uii baru sampai bentong aku da mabuk kepayang.
maybe sebab dok belakang kot kete 5 seaters, atas tayar bdn rasa melambung-lambung.
memang aku baring je la, pastu pejam mata jer.
sampai Kelantan jam 9 malam terus ke rumah Aiman.
malam tu tido rumah die.
mak, ayah dan juga adik-beradik die sangat baik
dan maknya kenalkan lauk baru kepada aku, walaupun aku tak tolong masak
cuma tolong basuh pinggan jer, tapi dapatlah merasa makanan org Kelantan.
ayahnya pula kenalkan aku jenis-jenis ikan, aku ni mmg x kenal ikan. aku makan jer
tapi aku x ingt gak ikan yg dia ajar tu..hohoh
esok pagi plan ke rumah moyang Aiman.
diorg ni sibuk sangat nak cari seekers.

^^^ rumah moyang Aiman, ada 2 pintu pagar dan kene redah hutan buluh sblm jmp rumah ^^^

agak cantik juga laa view kat situ, ade pokok kekabu yg sedang berbuah.
pastu plan nak g Rantau Panjang sebelum ke rumah Iznan.
sebaik sampai ke Rantau Panjang yg sungguh panjang masa perjalanannya,
kami terima berita buruk pula, abg Aiman meninggal dunia.
kami pun patah balik utk hantar die ke rumah ibubapa nya.
agak sedih juga dgn berita kematian itu
sbb aku baru je dengar ibu dan bapanya bercerita tentang anaknya itu.

rumah Iznan pun tak siap apa lagi masa tu,
lepas ziarah kedua ibubapa Aiman,
kami teruskan matlamat kami utk ke rumah Iznan sempena majlis perkahwinannya.
habis jer makan-makan gegas kami ke Rantau Panjang semula..
uii memang kuat tul En.Mujib, x penat-penat drive dari hari sampai ke Kelantan.

^^^ posing dengan kak Asfa ^^^

balik dari Rantau Panjang kami gegas ke Terengganu pula.
malam tu tido di rumah En.Ahmad.
siap mandi kat masjid sebelum ke rumah En.Ahmad
senang sampai je leh terus tido.
sampai Terengganu Kg Tok Jiring jam 10malam.
lepas duduk-duduk makan sata dan keropok lekor kami ke Kedai Air Buah Gelas Besar.
ingat kat Datok Keramat je ade..memang sedap air buah die.
siap leh campur-campur lagi tu.

bangun esok pagi aku tgk mak En.Ahmad sedang masak utk breakfast.
tau die nak masak ape?
nasi minyak weh..betul lah org Pantai Timur ni.
aku pun belajar menu masakan Nasi Minyak org T'ganu.
mmm sedap..siap tambah-tambah lagi tu aku makan..errrkkk kenyanggg.


^^^ salah satu replika masjid di Tamadun Islam ^^^

^^^ Masjid Kristal Terengganu ^^^
selesai makan kami jalan-jalan ke Stadium yg runtuh tu
pastu ke Pulau Duyung photoshoot kat sana.
kemudian ke Kuala Terengganu pula ke Tamadun Islam.
Photoshoot saja kami ni.
selesai tu En.Ahmad bawa kami bersiar-siar ke Batu 6, takyah g pasar payang katanya
sbb da komersial, barang-barang jadi mahal.
kemudian ke jeti tempat kami akan mencandat bulan May nanti.

^^^ jeti yang menakutkan..sebelah kubur plak tu ^^^

dalam perjalanan balik kami singgah ke Kemaman tempat Sata yg terbaek.
begini rupanya sata di masak.
banyak gak aku makan..hahaha
kemudian kami terus pulang ke KL, esok nak keje kan.
smpai umah aku tepat jam 11.30malam.
betullah..nak g Kelantan Terengganu kene ade pemandu pelancong
kalo tak memang sesat barat tak jalan mana nak selok.



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Monday, February 22, 2010

...hmmm...

tak de mood nak update blog..ade 2 event mesti update ni. letih adjust design je tadi..nanti-nanti lah..

Sunday, February 21, 2010

Taman Negara Endau Rompin - KL City Day Run 2010

Taman Negara Endau Rompin
14 - 16 Februari 2010

aku memang tak sabar nak join trip ni sebab kichok yg organize.
aku memang suka join program organized by kichok..
tak tahu nape tapi semuanya nampak perfectly organized.
ni kali ke-2 kot aku join program ngn dia.


dari KL aku, syed dan mawi car pool..memang x kenal sorang pun antara mereka..
tapi sebab mereka kawan kichok..mm ok kot..insyaAllah tak de pape.
sebelum gerak ke Kahang Kluang Johor
aku hantar mak balik ke kampung di Muar Johor.
semua adik beradiknya balik berkumpul, mak pun nak laa jumpa adik beradiknya.
berkumpul bersama maknya yg tercinta yang juga atukku.
sampai kampung jam 4pagi, atuk pun da tidur..

kemudian kami gegas ke Kluang. janji nak kumpul di Tol Ayer Hitam jam 6pagi.
kami tiba lebih awal, ye laa dari muar ke Ayer Hitam tak jauh dah.
530 kami da sampai, lepas tido-tido solat subuh semua..
yang lain-lain pun sampai, abg kuyek n family, kichok n family, kak jaja abg panglima n anak2
aku x penah jumpa kak syu (wife kichok), kak jaja, abg panglima
semua tu senior aku..tak pe masa ni laa nak kenal-kenal dgn senior. hehee


^^^ naik bot penampang ke Kuala Jasin ^^^


selesai urusan pendaftaran di pejabat Taman Negara,
kami memulakan perjalanan ke Taman Negara Endau Rompin
perjalanan menggunakan 4wd memakan masa 2 jam setengah ke Kampung Peta
jalan penuh dengan debu dan juga lubang-lubang
lubang seperti lubang congkak kate driver Taman Negara.
maksudnya lubang-lubang tersebut tak boleh dielakkan. lubang rapat-rapat.
perjalanan dirasakan sangat bosan dan badan pun rasa sakit
goyang-goyang macam naik bot. heheh memang lawak.
sepanjang perjalanan Driver Abg Farid akan menceritakan perkara-perkara menarik
di Endau Rompin, kisah-kisah yg pernah terjadi.
best gak laa dapat driver spt si farid ni. cool jer.

da sampai pejabat sebenar Endau Rompin, selesaikan hal guide dan segala macam lagi
kat dalam ni ade resort utk pelancong juga tau.
kami makan tengah hari di situ sebelum berangkat dengan bot.
perjalanan ke Kuala Jasin menggunakan bot makan masa selama sejam.
disebabkan musim panas, air sungai pun sangat cetek.
bot terpaksa ditolak utk beberapa kali.

kemudian smpai pula di hentian, tempat mula tracking.
tracking ke Kuala Marung camp site makan masa 2 jam. tak sampai 2 jam kot.
akhirnya kami berjaya sampai ke camp site, check point no. 15
haha masa tracking aku dapat 2 gigitan dari pacat. mujur pakai stokin pacat.
tapi gigitan pacat kt hutan ni tak seperti gigitan lain yg aku dapat sblm ni.
bengkak dan rasa sakit otot.


^^^ camp site Kuala Marung ^^^

sampai camp site hari pun da hampir petang
selain kemas-kemas dan masak makanan malam
kami mandi-manda di sungai berhampiran.
kat camp site ni ade toilet yg cukup proper, ade bathroom sekali.
jadi tiada masalah utk ke toilet.
tempat masak, ruang makan, ruang rehat juga disediakan.

pagi esoknya selesai segala urusan
tracker (2 gadis org asli berusia belasan tahun)
bawa kami ke Tasik Air Biru 0.5km dari campsite untuk mandi manda di sana.
memang sesuai dipanggil Tasik Air Biru

^^^ Tasik Air Biru ^^^

pada petangnya pula jam 3 2 org tracker tadi bawa kami ke Upih Guling pula
jaraknya 0.5km dari camp site.
Pemandangan di Upih Guling memang menakjubkan
batu-batu yang terbentuk membentuk kolam yg besar dan dalam.
tracker tidak benarkan kami mandi disini kerana airnya yg dalam dan membahayakan.
menurutnya kite mungkin tersedut ke dalam batu.
mungkin ada pusaran besar kat dalam.
air memang nampak tenang tapi siapa tahu apa ada kat dalam kan?
memang la rasa terkilan tak dapat mandi kat sini.
bagi aku Upih Guling laa membuatkanku rasa puas hati sampai ke Endau Rompin ni.


^^^ Upih Guling ^^^


utk trip ni kami tak pergi ke Batu Hampar dan Air Terjun Buaya Sangkut.
menurut tracker air sungai di Batu Hampar sangat dalam dan airnya berwarna hitam.
perjalanan ke Batu Hampar jauhnya 3km dari camp site.
manakala ke Air Terjun Buaya Sangkut jaraknya 5.5km dari campsite.
air terjun Buaya sangkut mempunyai sejarah tersendiri.
kami sempat berbual dengan kumpulan lain yg ke Air terjun Buaya Sangkut
menurut mereka sepanjang perjalanan ke sana hampir 20kali terserempak
dengan babi hutan dan ketika sedang asyik ambil gambar terdengar kuat ngauman harimau.
perjalanan ke sana ambil masa 4 jam pergi dan hampir 2 jam balik.

apa-apa pun aku sangat suka dengan program kali ni.
aku memang teruja nak ikut kalo Kichok yang organize program.
tah berapa kali nak puji kichok ni.
dan lain aku dapat kenal ramai lagi senior dan senorita Latepackers.




KL City Day Run
21 Februari 2010
0730 - 0830
Dataran Merdeka Kuala Lumpur


^^^ top 100 finisher medal ^^^
aku dapat no. 93..ini adalah permulaan medal utk tahun 2010.
lepas ni aku nak aktif semula berlari.


^^^ rakan-rakan Latepackers ^^^
semuanya berjaya mendapat medal. huhu mujur aku pun dapat medal.
kalo tak memang malu giler lahh.



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Monday, February 8, 2010

Kaki dan tangan membengkak..

8 Feb 2010 1600

***************** mula kisah larian *****************

Larian Malam di Putrajaya
Sabtu 6 Feb 2010 2100

aku dan sukahati sampai putrajaya jam 7ptg,
pusing2 cari kedai mamak, cari Presint 3 lagi da kul 730.
pastu ke masjid besi, masjid baru utk solat Maghrib dulu.
Serius aku mmg tak kan datang masjid ni lepas ni hanya utk solat..mmg penat nk jalan.
kalo nak wat photoshoot sekali xpe.
memang rasa penat laa nak cari tmpt amik wudhu pastu nk g solat plak..r
asa mcm kt Makkah (padahal x penah g Makkah lagi)..
masjid siap ade escalator..ok tutup cerita pasal masjid

lepas solat jalan ke tempat acara bermula plak..
memang satu keje..acara belum start lagi tapi da penat..
jam 830 aku da siap berada dikandang permulaan.
masa tu da sesak ngn peserta Kategori M, N, P, ape lagi tah..
setengah jam berada dalam tu..sesak nafas pun ade gak..
tepat jam 9 malam kami mula berlari..utk larian ni aku target utk dapat medal top 100..
hishh x tahu kenapa ngn malam tu..aku penat giler..x cukup nafas pun yer gak..
rasa mcm kurang oksigen..aku banyak jalan jer..
tapi aku langkah besar2 laa bukan mcm jalan kt shopping complex tau.

Larian kali ni aku xde semangat utk terus berlari kejar orang-orang kt depan..
satu aku xth bila nak tamat,
dua manusia teramat ramai. utk kategori aku 7.7KM jer da 2000 org
total peserta 8000 orang..nak lari kene celah2 kt org..salah celah langgar org plak.
kan bagus ade signal atau hon.
bila lari2 ade halangan kt depan yg memaksa aku utk berjalan,
aku pun jalan, bila da jalan malas plak nk lari..hahah alasan semua tuh..
aku da kira2 org yg lepasi aku..emm da 100 dah..confirm aku x dapat medal nihh.

hampir sejam berlari akhirnya aku tiba ke garisan penamat. dlm form qualifying time 80minit..aku ambik masa x smpai 80 minit pun tp huhuhu nak wat cane..saingan hebat-hebat belaka..ramai plak tuh.. aku suka join larian yg bukan semua finisher dapat.
yg top 100 ke tu yg aku rasa satu cabaran..
nak dapat top 10 tu mungkin mimpi la kot..

^^^ inilah medal yg aku TAK dpt. ^^^

pastu lepak2 lak tggu peserta yg join Full-Marathon dan Half-Marathon
kalo xde hal esok pagi mau je stay sana..
sempat laa jumpa Yaye, Bubble n Kepet.. geng2 gunung
yg lain2 x nampak..manusia ramai giler..mmg x tercari la org.

^^^ Bubble, Nany, Sukahati, Yaye ^^^

***************** tamat kisah larian *****************
***************** mula kisah futsal *****************

Futsal ala-ala Chak Pong - Chak Pong
Ampang Sports Planet
Ahad 7 Feb 2010 1000

yeayy sekarang aku dapat geng Futsal
kebanyakan mereka adalah kawan-kawan Sukahati zaman die matrix lagi.
ini kali ke2 aku main dengan mereka
dan ini juga kali ke4 aku bermain futsal sepangjang hidup aku.
kaki pengko babe..sepak tah ke mana-mana.

tapi 3 goal pertama aku yg score okeh?? hahah bangga jap..
sakit-sakit kaki sbb Night Marathon smlm aku bleh score lagi.
padahal sblm main tu da ckp kt diri sendiri
aku xmo kejar bola.. aku nk tunggu bola datang depan aku jer.

booked padang sejam jer..tapi sebab ade bbrp org tiba lewat
kami sengaja lanjutkan permainan
satu team 5 orang..rasa macam putus nafas pun ada.
letih je jadi goal keeper.

futsal kali ni aku berjaya menghimpunkan kawan-kawanku yg lain
seperti Liza, Maya dan juga Fifa..
dapat kenal ramai kawan baru gak
Ezna, Masreen, Jue, Yati, Linda kenal sessi futsal lepas.
da retire kate nya..hahha

abis sejam..sesi bergambar posing sana posing sini plak.
nahhh

^^^ dari kiri(duduk) - Ezna, Sukahati, Masreen, Yati, Nany
dari kiri (berdiri) Liza, Maya, Fifa, Jue ^^^


ni semua ni mcm x ready sbb masing2 dok cover
pasai kne kaco ngn abg-abg gedang yg sedang serbu masuk court kitorg.

thanks geng..glad to know u girls..lps ni kite consistent main ek..
2 kali seminggu pun da kira ok..chill :)

***************** tamat kisah futsal *****************
***************** mula kisah badminton *****************

Latihan Badminton
Aktiviti Mengurangkan Lemak & Meningkatkan Stamina
Stadium Badminton KL, Cheras
Isnin 8 Feb 2010 1800

yeayy aku memang amat bersyukur kepada Allah sebab beriku masa utk beriadhah
aku dapat geng2 sukan
geng futsal da dapat, kne commit jer.
geng badminton pun da dapat pun kne commit gak training 2 kali seminggu
geng pingpong pun da dapat training 2 kali seminggu gak
siap ade Trainer lagi tuh,
kalo x turun training siap kene bebel ngn die..pun kne commit gak
aktiviti daki-mendaki join ARC Latepackers

wahh memang seronok aku rasa..
dulu office lama, aku x cukup masa utk semua ni,
sangat kasihan kan? sekarang nahhh
nak tak nak jer..riadhah ni.
sekarang aku tiada alasan lagi utk tidak bersukan
seminggu minimum 3 kali
20-30 minit setiap kali..cukup la kan.

setelah berhempas pulas 3 hari berturut-turut
kakiku sudah da keras mcm batang kayu.
pergelangan tangan pun ade bump..sbb salah pegang racket kot.
tak ape,,da lama manjakan diri kan? alah bisa tegal biasa.

***************** tamat kisah badminton *****************


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Thursday, February 4, 2010

Aktviti pertama tahun 2010 - Air Terjun Berkelah

4 Feb 2010 1600

Air Terjun Berkelah
Maran, Pahang
29 - 31 January 2010

Keputusan untuk lepak dgn bekas pelajar2 SAMER dibuat sebulan lebih awal. aku memang da lama lost contact ngn mereka ni.. konon member aku Ani yg ajak join, aku rasa segan gak kalo Ani xde, die yg beriya tapi die x join plak..aaa tibai..
Diketuai oleh Hazahari aka Aja, Razmie aka Sowok,
ketua masakan merangkap penyediaan ration Faqar aka Bonggol.

Selain bersama Sukahati sebagai peneman setiap aktiviti,
trip kali ini disertai oleh Amir aka Itok, Abi aka Bengek dan Saiful aka Epul.
Kata putus telah dibuat aku dan sukahati akan car pool dengan Amir.
sehari sebelum tu ade perkara yg berlaku pada sukahati
menyebabkan aku hilang mood utk ke Berkelah..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan Sukahati dapat join trip kali ni..
Irau lepas die x dpt ikut..aku rasa kebosanan bila die takda. huhuhu.

kami lepak kat Burger King Petronas Station kt MRR2 sementara tunggu yang lain-lain.
Jam 0115pagi kami gerak dan berhenti berehat di Hentian Genting Sempah.
Kemudian berhenti rehat lagi di Hentian Temerloh.
Aku ambil kesempatan untuk tidur seketika..tak sampai hati nak tido masa Amir drive..kemudian perjalanan diteruskan lagi hingga ke susur keluar Maran.

Pendaftaran nama dibuat di Balai Polis Maran.
selepas urusan pendaftaran selesai kami teruskan lagi perjalanan
dan keluar ikut Sri Jaya untuk ke ke Hutan Lipur Berkelah.
Jam 5 lebih kami tiba di Masjid Kampung Gelugor.
seperti biasa ini adalah hentian utk para pencinta
Air Terjun Berkelah dan Jerangkang meletakkan kereta.

selesai solat subuh dan segala urusan pembahagian ration selesai, lori pun sampai.
lori sampai tepat jam 7pagi.
Perjalanan ke Air Terjun Berkelah mengambil masa 20minit. ini kali kedua aku naik lori.
kali pertama sewaktu pergi Batu Putih sewaktu zaman Uni..
masa tu excited naik lori siap xmo duduk nak main-main ngn pokok2..
tetibe muka kene libas ngn ranting pokok....
huh perit mcm kene rotan..
kali kedua naik lori ni aku ambil keputusan untuk duduk dan tutup muka..hehhe

lebih kurang Jam 730 pagi kami memulakan penjalanan.
pada awalnya track kelihatan sangat santai..
ade laluan bersimen untuk beberapa ratus meter.
kemudian pendakian bermula masuk ke kawasan hutan, jalan bersimen pun sudah tiada.
tak lama lepas tu track batu-batu besar pula.

kami ambil masa 3 jam utk ke camp site..tu pun sebab byk berhenti rehat dan ambil2 gambar. Jam 10.15pagi kami semua tiba dengan selamat di Kolam no. 6.
sesi tolong menolong untuk pasang Khemah, Flying Sheet, Ground Sheet bermula.
selesai segala urusan, nak masak pun awal lagi, kami bercadang untuk mandi.
habis mandi,masing2 pewai dan tidur dengan nyenyaknya..
suasana yg bising tadi bertukar jadi sunyi sepi.
aku bangun jam 3 untuk solat Zuhur Asar dan kemudian sambung tido blk.

sbb semua org tido, nak mandi pun panas terik. rasa pening kepala plak tido lama-lama..perut pun rasa lapar, aku bangun goreng jemput-jemput bersama Sukahati
da alas perut sket2 kami pergi bermandi manda.
memang dalam airnya..mujur laaa aku dan Sukahati bawa life jacket..gigih cari lifejacket. memang laa si Faqar ckp abg2 gedang akan tolong gadis2
tp smpai bila la plak nak kene dukung jer..

malam tu makan spagetti, BBQ ayam daging cucuk kat ranting kayu,
Black paper sauce, ade air kelapa sekali..
xtahu laa ape motif si Faqar ni bawak kelapa tua..da siap buang kulit lagi tu..
tapi layankan aje.sakit pinggang mula terasa sebab duduk mencangkung bakar ayam daging..selesai je makan tanpa lengah2 lagi aku dan sukahati masuk khemah baring dlm khemah. konon nak baring-baring jer..tapi tertido plak..solat maghrib isyak x lagi..
jam 11 aku ajak sukahati bangun untuk solat dan urus diri..selesai solat tidur semula smpai laa ke pagi. malam di campsite x berapa sejuk sangat. panas pun ada.


selesai solat subuh aku dan sukahati jalan2 tinjau
tapak khemah di atas untuk bergambar.
amir pun turut serta. selesai bergmbar buat breakfast plak spagetti goreng..
da makan alas perut terus gegas mandi kt kolam atas..

woww memang cantik laa pemandangan kat atas..
kolam pun lebih luas..rasa dengki tgk org yg pandai berenang.
da puas mandi bersihkan diri kami berehat dalam khemah.

jam 1 ptg da nak gerak balik..selesai kemas semua brg2, tolong apa yg patut,
Faqar goreng Sosej, scramble egg dan buat baked bean sauce..mmm yummy..
masa lepak2 tu sempat laa bual2 ngn rakan2 baru..
mereka baru sampai dan akan bermalam di campsite tmpt kami bermalam..
dapat nama ofis mereka jer..rasa nyesal x mintak ID fb mereka..
tapi akhirnya dapat juga Id fb salah seorg dari mereka..
berkat kecerdikan dan kesungguhan sukahati..

jam 2 petang kami memulakan perjalanan turun pula.
aku, sukahati dan Tracker tiba lebih awal dari yang lain2 setengah jam lebih awal.
waktu turun makan masa sejam 15minit sahaja.
jam 4 ptg lori sampai untuk hantar kami di Masjid Kampung Gelugor.
aku rasa sangat seronok join trip ni..aku mmg da lama nak g Bekelah dari zaman Uni lagi..akhirnya tercapai juga..
CNY ni nantikan trip ke Taman Negara Endau Rompin bersama Kichuk


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Sunday, December 27, 2009

XPDC Krismas 2009 - Gunung Brinchang dan Gunung Irau

27 Dec 2009 1730

Date : 25th - 26th Dec 2009
Event: Irau Expedition - "The Return of Lord of the Ring"
kenapa dinamakan Lord of the Rings?


kami bertolak jam 1pagi dari tangga besar UIAM.
xpdc krismas tahun lepas aku bersama aku cik sukahati
tp tahun ni bersama cik kamariah. pada saat-saat akhir cik sukahati gagal menghadirkan diri
dek kerana kematian atuknya pd pagi subuh hari kejadian.
jadi trip kali ni aku hanya bersama cik kamariah.
first timer utk daki gunung.

^^^ laluan bertar ke puncak gunung Brinchang, semua pokok-pokok, ranting-ranting, dahan-dahan disaluti dgn lumut yang tebal dan sejuk ^^^


kami berehat sebentar dan mengisi perut yang sudah pun kelaparan
di R&R Tapah. tak penah penah aku makan lewat malam,
malam tu aku makan makanan berat dgn cik kam.
tgh malam hari di R&R Tapah seperti di siang hari.
pengunjung tetap ramai seperti biasa.
kemudian setelah berkumpul dan berdiskusi jalan mana harus diikut,
hasil perbincangan kami memilih untuk keluar ke Simpang Pulai
memandangkan jalan dari Tapah sgt membahayakan.


memandu ke Cameron pada waktu malam sangat menakutkan.
cik kam sudah pun beberapa kali terlena.
jalan bengkang bengkok pun die leh terlena.
mujur kami konvoi beramai-ramai
kalau x mmg aku x berani nak lalu jalan tu yg gelap-gelita lagi bengkang-bengkok itu. huhuh.


^^^ comot sedikit demi sedikit ^^^


kami tiba di Masjid Brinchang jam 6pagi lebih kurang
(tak tengok jam, tapi blum azan subuh lagi)
setelah menunaikan solat subuh dan tukar pakaian hiking,
kami bersarapan di gerai yg berhampiran.
trip kali ni aku dapat beramah mesra dgn senior-senior Latepackers
seperti kak Bieeyah, Labu, Abg Jay, Kak Mie, kenal sape itu Mat Die..hahha
mula-mula mmg x kenal Mat Die tu..sekali dgr org mulut bising spekang kelantan..
haa sah tu mat die..


jam 9pagi selepas siap kemas ape yg patut sebelum treking
kami memulakan perjalanan.
pendakian dimulakan dengan mendaki anak tangga beberapa ratus meter.
setelah 2 jam pendakian, kami mula terasa letih
menyesal dengan bag yg dibawa.
bag kurasakan makin lama makin berat.
rasa dengki dgn mereka yang x bawa apa-apa barang.
aku mula merasakan nak patah balik. cik kam juga begitu.


^^^ laluan ke Gunung Irau sebelum ke trek berlumpur coklat hitam ^^^


tapi beberapa pendaki lain memberi kata-kata perangsang agar meneruskan pendakian.
sebab puncak tidak berapa jauh lagi.
kedua-dua kasut cik kam pula telah tercabut tapaknya menyukarkan die utk berjalan.
cik kam mula give up dan berniat utk patah balik
tapi sekali lagi gagal utk patah balik.
akhirnya setelah 4 jam berjalan kaki, jam 2ptg kami tiba di puncak
setelah bergambar di puncak jam 210ptg kami turun semula.

^^^ tengok kasut cik kam, ada jari kat depan ^^^


perjalanan turun lagi mencabar minda
sehingga aku berfikir mcm mana aku boleh naik tadi?
da naik x reti turun plak..
pada awal nya aku masih berjalan dgn cik kam.
kemudian cik kam hilang ntah ke mana
die nak berehat x cakap ngn aku
sudahnya aku berjalan seorang diri dalam hutan..
xde dah org-org lain yg memintas.
sehingga aku merasakan adakah aku sesat? mana org lain ni??
sepanjang perjalanan mulutku x henti-henti berzikir, beristighfar..
ape yg merunsingkan aku ketika itu ialah aku takut aku terlalu jalan terus ke kaki
Gunung Brinchang. haa mmg naya la kalau mcm tu..
akhirnya jam 5ptg aku tiba di puncak Gunung Brinchang
walaupun ku rasa trek turun lagi sukar tapi masa perjalanan kurang sejam dari masa pendakian.

^^^ tent telah pun dipasang utk kami tido di malam hari yg dingin lagi sejuk beku ^^^


selepas siap urus diri solat jemaah zuhur asar, kemudian maghrib isyak pula
masa utk menikmati makan malam.
disebabkan cuaca yg tersangat-sangat sejuk, kami masuk ke dalam khemah lebih awal.
apa yg aku boleh gambarkan.. keadaan sejuk di puncak Brinchang ialah
pencuci muka, lip jelly, coklat semua nyer mengeras.


bangun Subuh jam 630 pagi, setelah solat subuh main masak-masak plak
pagi ni kami breakfast burger, scramble egg, coslow..aku makan burger 2 biji
sebab laparrrr..mlm mkn sket jer..huhuhu
selepas breakfast aku dan cik kam merancang utk pulang awal.
nak amik gmbr view yg cantik kt bwh sbnrnya..


balik tu seperti biasa jalan-jalan kat Cameron..
cik kam pun blum penah g cameron jadi penunjuk jalan kepadanya.
mula-mula da fikir nak bwk troli g pasar utk bawa ke Cameron
tp disebabkan jiran sebelah da bg banyak sayur dari Cameron
aku fikir takkan shopping byk2 kot..hehhe
sekali hambek kau..penuh plastik2 sayur kat tangan aku


berbelanja di Kea Farm memang boleh giler..
lps belanja2 br laa terfikir bkn la murah sgt pun..
tip utk tidak terpedaya dgn harga yg ditawarkan;
jika harga ditawarkan RM10 14 bungkus sayur, RM10 bahagi 14,
tgk jumlah kuantiti sayur dlm bungkusan pula
akhirnya 2 biji peti ais dirumahku masih tak muat utk sayur2 yg dibeli.
da mcm peti sejuk org berniaga di restoran plak..huhuh

lps ni tahu dah..g Cameron mesti bawak Troli g pasar..
br x sakit tangan nak shopping :)

banyak lagi gambar kat Picasa Web


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~

Saturday, November 21, 2009

I'm one of the first to set foot on DUKE

22 Nov 2009 1600
22 Nov 2009
0800 - 1200
Dukethon 5km
Tol Batu - Tol Air Panas


boleh la aku salah paham..pagi2 tu..adoii
aku ingt mcm biasa.. su dtg umah aku pastu car pool ngn cik kam sekali..
kul 710 cik Sukahati x sampai lagi..mana die nie?
pastu die call tny aku kat mana..die da smpai?
xde pun depan umah aku ni..tp da sampai..
da smpai kat highway DUKE rupa nya..hampehhh
aku pun kelam kabut ngan cik kam redah ke Tol Batu..
da la x tahu jalan.
peta ni sangat x membantu.
sblm tu aku da pesan kat cik kam suro pakai seat belt sbb aku nak pecut huhu
dengan xth jalan nya..ntah jalan mana aku masuk
call su die suh patah balik ke bulatan pahang
nak ke bulatan pahang pun aku da x sure..sbb da panic
ingt da marathon kat dalam kete je dah
Hazlene Ismail..kawan baru dari FB ni cakap 730 da nak start..
lagi la panic..x sempat la mcm ni cik kam..
aku da tawakkal jer
baca doa Rabbi yassir wala tu assir..tu je jadi zikir aku sepnjg2 panic tu..
last-last jmp jalan ke highway DUKE.. masa tu da xth kat mana dah..
x penah lalu jalan kt situ.
pastu nmpk Pajero bg emergency lamp..ade logo DUKE..aku pun ikut bg emergency lamp
hehhe org tu bwk VIP rupa nyer..
alhamdulillah selamat sampai.. cari parking plak..

smpai2 tu AJK program da panggil peserta kategori A dan B..
kami kategori B wanita terbuka.
kelam kabut la lari ke petak permulaan.
target aku kali ni nak dapat medal top 100th Places.
utk pengetahuan last larian aku bln april..
da 7 bulan aku x berlari..haaaa
^^^ cik Kam, cik Sukahati, cik Nany, Kidin, Yaye, Abe ^^^

dari jauh aku da nampak garisan penamat..masa tu terus berlari dan jalan sket2 jer..
ade uncle category C - Man Veteran suh teruskan berlari..da nak sampai die ckp..
aku pun terus berlari
masa tu dalam hati..x mungkin ade medal lagi ni..
tp jauh dalam hati masih harap ade medal utk aku..
ajk di garisan penamat excited suro masuk lorong ikut kategori
biasa nye kalo diorg excited lagi tu..ade chance lagi tu..
waaa x sangka aku dpt no 82..hahha
masa rehat2 tu jmp laa faizah Faiz..kawan sekolah rendah..
da habis round tgk Auto Show



nak naik Hot Air Baloon plak
org yg beratur x ramai
tapi..lama menunggu
aku da give up da masa tu..nak bukak kasut jer masa tu
letih melangut tunggu tanpa buat ape2
aku decide nak balik je dah.. su masih terus beratur..

^^^ cik Kam di tepi Highway ^^^
ingat hari-hari biasa dapat ke nak bergambar mcm ni..
tapi slack x bergambar di lorong pandu laju sambil duduk
bukan takat set foot..set buttocks on DUKE lagi tu...hahahhaa



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.
-- Joan Baez ~~
 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: