Showing posts with label Israel Zionis Gaza. Show all posts
Showing posts with label Israel Zionis Gaza. Show all posts

Thursday, January 8, 2009

Israel Zionis Gaza

Hari2 dengar berita, tak habis2 isu mangsa Tentera Zionis laknatullah semakin meningkat. Saban hari aku baca berita berkenaan perihal tersebut membuat darahku meluap2 bergelora. Sakit hati, marah dengan apa yg berlaku kepada Rakyat Islam di semenanjung Gaza. Pagi tadi sebelum ke tempat kerja aku terdengar berita bahawa PM kita rancang nak anjurkan sidang parlimen khas membincangkan isu rakyat Palestin. Sebaik sahaja aku sampai ke kantor , aku menerima banyak pesanan untuk memboikot barangan Yahudi. Di sebelah petang pula berita utusan menyiarkan AUKU -Akta Universiti dan Kolej Universiti membenarkan pelajar membuat demonstrasi untuk mengutuk Israel.




Apa yang aku fikirkan buat masa ini, aku fikir dengan hanya kutukan, kecaman, bantahan terhadap serangan Tentera Zionis hanyalah usaha yg sia - sia. Sebab perkara ini bukanlah perkara baru. Jika kerajaan kita melancarkan satu sesi latihan ketenteraan untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk berperang dengan Tentera Zionis, aku lah org pertama yang akan bersetuju untuk menyertainya. Aku yakin dengan hanya serangan balas sahaja dapat menumpaskan Laknatullah tersebut. common sense la kan..kalo dah org tu jahat mcm setan..dia kisah ker kalo org nk kutuk or caci maki dia? agak2 korg ade die kisah ker? kalo da siap leh ambil gambar dgn mangsa terbunuh..x ke mmg kejam namanya..mmg setan btul..sakit hati aku.


Apa yg boleh aku buat setakat ini hanya berdoa kepada Allah untuk menimpakan bala yang dahsyat terhadap semua rejim Yahudi tak kira yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan serangan ke atas Semenanjung Gaza. Bala yg boleh melumpuhkan serangan mereka ke atas Palestin. Selain itu aku akan cuba untuk memboikot sedaya mungkin barangan keluaran Yahudi walaupun tak semua yg dapat diboikot seperti produk Intel. klik di sini untuk senarai barangan yang perlu diboikot. Selain itu Kerajaan Malaysia juga boleh menyekat atau menghalang semua syarikat jualan daripada terus mengedarkan barangan2 tersebut. Ini kerana tidak semua rakyat kita menyedari dan mengetahui produk2 tersebut merupakan penyumbang kepada kerajaan Israel.



~~ smile in pleasure, smile in pain, smile when trouble pours like a rain, smile when someone hurts u. Smile because someone still loves to see you smiling. ~~
 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: