Wednesday, May 2, 2012

Khasiat Kulit Kayu Manis

2 May 2012 1100




Keguguran rambut
Sesiapa yang menghadapi masalah keguguran rambut boleh menyapukan adunan minyak zaitun panas, satu sudu teh madu dan satu sudu teh kulit kayu manis kepada kepala sebelum mandi dan biarkan selama 15 minit, barulah dibasuh dengan air.

Sakit gigi
Buatkan adunan dengan satu sudu teh serbuk kulit kayu manis dan lima sudu teh madu dan sapukan ditempat gigi yang sakit itu. Boleh dilakukan  3 kali sehari sehingga kesakitan itu hilang.

Jerawat
Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tu pada muka (bahagian yang berjerawat) sebelum tidur.
Keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut. Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat, bintik-bintik hitam di muka. Selain tu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

Demam selesema
Sesiapa yang mengalami demam selesema yang teruk, bolehlah meminum campuran satu sudu teh madu dan ¼ sudu teh serbuk kulit kayu manis dan air suam setiap hari selama 3 hari. Rawatan ini mampu menyembuhkan batuk yang kronik, demam selesema dan melegakan selesema dan hidung.

Kolestrol
Dua sudu teh madu, tiga sudu teh serbuk kulit kayu manis dicampur dengan air teh didapati menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 10 % dalam masa 2 jam.

Jangkitan Pundi Kencing
Dua sudu teh serbuk kulit kayu manis dicampur dengan satu sudu teh madu ke dalam segelas air masak lalu diminum. Ia dapat membunuh kuman yang menjangkiti pundi kencing.

Arthritis
Campurkan satu bahagian madu kepada 2 bahagian air suam dan tambahkan satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis, buatkan adunan dan urutkan perlahan-lahan kepada bahagian badan yang sakit. Biasanya kesakitan akan berkurangan dalam tempoh satu atau dua minit  
Atau
Pesakit arthritis boleh membancuh secawan air panas (suam) dengan dua sudu (sebaiknya guna sudu plastik) madu dan satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis untuk diminum dua kali sehari (pagi dan malam) setiap hari.

Sakit perut
Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut. Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.

Masalah Kesuburan
Telah diketahui sejak dahulukala, madu digunakan sebagai ubatan untuk menguatkan benih golongan lelaki. Bagi lelaki yang mengalami mati pucuk, mengambil dua sudu madu sebelum tidur setiap hari akan menyelesaikan masalah mereka. Di China, Japan dan negara timur jauh, wanita yang mengamalkan campuran serbuk kulit kayu manis dan madu berjaya hamil dan dipercayai menguatkan kandungan.

Penyakit Jantung
Sapukan bancuhan madu bersama serbuk kulit kayu manis ke atas roti dan dimakan setiap hari diwaktu sarapan dapat mengurangkan kolestrol dalam arteri dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung.

Sistem imun
Pengambilan madu dengan serbuk kulit kayu manis mengukuhkan sitem imun dalam badan dan menghindarkan serangan bakteria. Saintis juga telah menemukan kandungan vitamin, dan zat besi yang tinggi dalam madu.




~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now. -- Joan Baez ~~

Saturday, April 28, 2012

Gunung Kinabalu tertinggi di Malay Archipelago

Kota Kinabalu, Sabah
20 - 26 April 2012
sepatutnya trip ini bersama cik Suka 
seperti biasa teman melancong

tetapi malang yg berbau macam-macam menerpa cik Suka
menyebabkan beliau tidak dapat menyertai projek kali ini.
aku pula kerapkali tersasul menyebut namanya.

Projek ini adalah kesan dari angan-angan
dari Oktober 2009
seperti di entry KK yg lepas untuk menawan Puncak Kinabalu.

Jadi entry kali ini lebih fokus kepada pendakian Gunung Kinabalu.


^^^ bergambar di Puncak Kinabalu jam 643 pg, 22 April 2012 ^^^


Kami sampai KK pada 20 April 2012 jam 12 pm.
terus organizer bawa kami makan-makan dan jalan-jalan ke 
Nexus Golf Resort Karambunai.
Perjalanan dari KK ke Kundasang mengambil masa 2 jam.
setelah check-in dan letak barang-barang kami
menikmati makan malam masakan penduduk tempatan.

Kami perlu tidur awal kerana awal pagi kami perlu bangun
untuk mendaki ke Laban Rata.
seawal jam 5 pagi kami telah bangun bersiap-siap
dan menanti En.Moktar di kawasan parking.

Sebaik En.Moktar tiba kami diberikan tag nama dan 
dibekalkan pek lunch dlm bag kain Sutera Harbour
mengandungi
Sebotol Air Mineral
6 Set Sandwiches
2 biji telur ayam
1 biji epal
2 biji pisang

pada awalnya masing-masing tercengang kerana takut tak cukup sepanjang perjalanan
yer lah itu makanan untuk breakfast dan lunch.
Rupanya makanan itu sangat mencukupi untuk sampai ke Laban Rata.

^^^  tempat bermalam kami sebelum dan selepas mendaki  ^^^

jam 830 pagi kami tiba di Kinabalu Park
disini boleh sewa Walking Stick
dan timbang barang utk porter bawa
1kg = RM8
bag aku 7kg
barang-barang yg dibawa adalah keperluan sewaktu di Laban Rata
dan pendakian ke Puncak.

selesai urusan pendaftaran
jam 9 kami mula mendaki
memang, boleh katakan Gunung Kinabalu
adalah mendaki anak tangga
sungguh banyak anak tangga
aku yang kurang latihan mula terasa semput dan letih.

setiap 1km ada pondok yang menyediakan air dari gunung
juga air yang tidak dirawat.
jarak dari Gate Timpohon ke Laban Rata -> 6km
dari Gate Mersilau ke Laban Rata -> 8km

bila tengok angka 6km atau 8 km apa lah sangat 
berbanding marathon 10km, 21km, 42km kan? 
tetapi mungkin kerana marathon tanpa liku
jalan bertar takde tangga-tangga
aiii ntahlah..untuk menyedapkan hati je tu. 

dan akhirnya yg paling awal tiba dalam trip kami ke Laban Rata jam 1ptg
aku dan cik kam tiba jam 3ptg
dan yg paling lewat jam 9mlm.

makan-makan jam 430ptg
jadi kami lepak-lepak bergambar
setelah makan-makan bersiap diri untuk tidur.
esok kena bangun awal jam 1pagi
jam 2 supper, jam 230 bertolak ke puncak.
memang sangat sejuk
sepanjang pendakian 4 lapis pakaianku.
thermal, long sleeves, sweater, jacket tebal waterproof windproof

 ^^^ hostel budget yg cukup selesa dan sejuk ^^^

^^^ bergambar sebelum mendaki ^^^

Rupanya penginapan di Laban Rata ada 2 bahagian
satu di Hostel Laban Rata (berwarna kuning) 
dan satu lagi di Gunting Ladagan (berwarna putih)
Alhamdulillah kami semua ditempatkan di hostel bercat kuning.
tak perlu naik tangga turun tangga yg jauh untuk makan
yer lahh..kaki dah letih..cuaca plak sejuk
dah tak larat nak naik tangga turun tangga lagi.
(ceh macam laa pendakian ke puncak takde tangga)

9 org yang menyertai projek kali ini;

^^^ AN21(001) Nazrul Azwan ^^^

^^^ AN21(002) John Isaac ^^^ 

^^^ AN21(003) Mohd Hafiz ^^^

^^^ AN21(004) Mohd Amin ^^^ 

^^^ AN21(005) Zahar Amir ^^^

^^^ AN21(006) Noor Rayhan ^^^ 

^^^ AN21(007) Me - Hanani Farouq ^^^ 

^^^ AN21(008) Kamariah ^^^

^^^ AN21(009) Oziah Rudin ^^^

^^^ 7 dari 9 berjaya sampai ke Puncak Kinabalu ^^^

 ^^^ jam 536 pagi, 22 April 2012  ^^^

^^^ jam 626, 22 April 2012  ^^^

^^^ Ladang Ternakan Lembu Ala New Zealand  ^^^

 ^^^ jalan-jalan di Canopy Walk  ^^^

^^^  Rumah Terbalik Tamparuli  ^^^

 ^^^  malam akhir di KK kami lepak di Jesselton Point  ^^^

^^^  pintu gerbang Jesselton Point  ^^^


========Daywear/Tracking========

===to Laban Rata===
Track suit, Tshirt
Stoking, Kasut
Raincoat, Topi/headwear, Gloves
Bekas Air, Makanan coklat, kismis
Walking stick
Bag Tracking (yg bawa sendiri)
Lip Balm, Sun Block
Ubat-ubatan (minyak panas Sloan, Vicks, Glukosa, Eno Halia buang angin, gula-gula)
incase sampai awal di Laban Rata jadi dlm bag tracking mesti ada
(Sweater, stokin tebal, Roti ke, 3 in 1 nestum ke)

===to Puncak Kinabalu===
Track suit, Tshirt 
Stoking, Kasut
Jacket Waterproof & Windproof
Raincoat, Topi/headwear, Gloves sejuk
Thermal/ Long John
Bekas Air, Makanan coklat, Kismis
Walking stick
Bag Tracking
Lip Balm, Vicks, Sun Block
Sun Glasses

========= Night Wear========= 
pakai siap-siap pakaian utk trekking ke Puncak
Stoking tebal utk tido
Selipar
Sweater
Gloves tido

========Toiletries=========
Shower foam
Berus gigi
Ubat gigi
Syampu
Set cuci muka
Sikat
Wet tissue
Sun block

========Miscellaneous=========
Battery spare
Camera
Headlamp
DryBags/Plastic
Charger Camera dan Phone
Safety Pin


Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh pendakian
aktifkan diri buat latihan menaiki anak tangga
kalau dekat dengan Batu Caves buat latihan di sana
sampai otot peha dan betis terbentuk.
pejal dan mantap.
Selain fizikal yang mantap, kecekalan hati juga perlu mantap.
niatkan di dalam hati mesti sampai puncak dan selamat turun ke bawah.


sini ada contact no. yang boleh dihubungi
Sutera Harbour Resort
Contact Person
En.Moktar Abd Linjal
016 588 2988


- sangat best, peramah, tak kedekut, boleh ckp nak ke mana saja, suka beri nasihat.
- awal-awal kena beritahu siap-siap nak naik ikut Timpohon atau Mersilau dan Via Ferrata.
- tapi nak naik ikut Mersilau..fizikal dan mental ahli kumpulan mesti fit dan kental
agar perjalanan dan matlamat ahli kumpulan utk ke Puncak tercapai.



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now. -- Joan Baez ~~

Sunday, December 18, 2011

GDO@Hatyai - Krabi, Thailand 10-13 Dec 2011

19 Dec 2011 1300
10 - 13 Disember 2011
Hatyai - Krabi, Thailand
bersama cik Kam, Siti, ET

9 Disember 2011, Jumaat.
aku dan cik Kam dari KL memilih untuk naik tren malam Senandung Mutiara
bertolak dari KL Sentral ke Butterworth jam 11 malam di hari Jumaat.
tiket ada katil berharga RM40
kami yang tak pernah naik tren ni sangat teruja
masuk je tren terus baring tarik selimut. pasang eye shade, ear plug terus lena
memang waktu tidur dah pun.
yer laa siang hari letih bekerja.

^^^ Timber House Ao Nang Resort ^^^

10 Disember 2011, Sabtu.
jam 630 pagi di hari Sabtu kami sampai Butterworth
Siti dan ET sedia menanti dengan myvi Pink.
setelah breakfast di Seberang Jaya kami ke UUM.
kereta akan diletakkan di sana.
seorang teman dari UUM akan hantar kami ke Sempadan Danok, Sadao.
berbeza betul suasana sewaktu di Imigresen Singapore dan Indonesia.
beratur sekali dgn kereta-kereta lori-lori..adoii risau kaki dilenyek tayar.
bau getah scrub, habuk, bising.
kami tukar duit RM500 dapat 4850 baht.

^^^ sibuk mencari hotel di Hatyai ^^^

setelah tukar wang, kami ronda mencari van yg dapat menawarkan
harga tambang yang berpatutan.
banyak van menawarkan 600baht utk 4 orang tanpa penumpang lain.
kami dapat 55 baht seorang bersama-sama penumpang lain.
perjalanan makan masa sejam ke Hatyai Town.
masing-masing lapar, setelah makan di Restoran Hamid
kami terus cari hotel. badan dah letih, panas berpeluh. tak selesa. Gue perlu mandi.

^^^ Hatyai Central ^^^

akhirnya kami berjaya dapat penginapan untuk satu malam
di Hatyai Central berkat usaha dan doa yang jitu.
kalau tak mana nak tido wehh..takkan nak terus ke Krabi
5 jam perjalanan nak ke sana.
setelah solat Jamak Qasar Zuhur Asar
kami ke Floating Market.
pergi balik 400 baht dengan tuk-tuk

^^^ Floating Market Hatyai ^^^

beraneka juadah serta pelbagai pakaian dijual.
makanan memang nampak menyelerakan
tapi tu lah..kena cari cop halal dulu.
balik dari jalan-jalan kami dah lapar
makan malam cari restoran Halal..sedap-sedap makanan dia.
^^^ Tuk-Tuk yang dinaiki ^^^

^^^ Restoran yang menyajikan makanan Halal ^^^

^^^ bersama Abang Tuk-Tuk di Hatyai ^^^

Abang ni laa yang dikatakan jahat oleh Siti.

Siti : ko ni..dah takde muka elok sket ko nak layan Nany?
Nany : kenapa??
Siti : muka mcm tu ko nak layan..stok2 bleh jual ko kat mana-mana tuh.
Nany : ishh dia tanya aku nak g mana..dia tawarkan tambang murah tau.
Siti : murah-murah laa sangat..kang ke mana tah dia bawak nanti.
Nany : takpe kita solat dulu..kalo lepas ni dia ada lagi..kita try jer.

wahh Abang tu memang gigih menanti kami di bawah hotel dengan muka yg penuh sabar.
Hotel sediakan Tuk-Tuk 650baht..Abang tu hanya 400 baht.
kemudian aku pastikan dgn Abang tu..tentang Floating Market. haaa siap sabar menanti lagi sewaktu kami di Floating Market, kemudian bawa makan ke Restoran Sedap, Halal dan Murah,
kemudian ke Night Market plak. memang baik Abang tu..siap plan nak bg dia tip lagi lepas tu.

Sebelum naik ke Hotel kami minta Abang tu uruskan transport utk kami ke Krabi.

^^^ Van ke Krabi ^^^

11 Disember 2011, Ahad
jam 9pg hari Ahad Abang tu jemput kami utk ke pekan, 100 baht seorang.
di sana ada agensi menguruskan perjalanan ke Krabi.
350baht seorang. van yang sungguh selesa.

5 jam perjalanan ke Krabi
Encik Driver memang tak reti berbahasa Inggeris
berbahasa isyarat laa kami.
tapi nasib baik van selesa. siap boleh tengok cerita Hello Strangers
dr HTC Siti bersama Cik Kam.

^^^ bilik kami di Timber House Ao Nang Resort ^^^
RM 179 3Days 2 Nite plus surcharge fees RM100 for 2 nite.
voucher ni aku beli dari GroupOn.

selesai menunaikan solat Jamak Qasar Zuhur Asar
kami meronda-ronda kawasan berhampiran.
kemudian Abang Ibrahim motosikal roda 3 ten ten
ajak naik. 700 baht perjalanan pergi balik ke hotel.
dia ajak ke Night Market..di sana terdapat banyak sourvenir katanya.
18km jarak perjalanan. Maharat Market namanya.
setibanya kami hujan plak.
banyak kedai terpaksa tutup jualan.
hmmm tak best pun pasar malam tu..byk jual makanan jer.
utk kita sebagai pelancong tak sesuai lah.

^^^ Maharat Market ^^^

balik dari Maharat Market kami jalan-jalan di Ao Nang plak
laa rupanya kedai-kedai tu dekat jer dgn Resort kami
tak perlu naik Tuk Tuk pun boleh.
si Ibrahim ni hantar ke Restoran mahal..yang tak sedap plak tu.
memang tak best si Ibrahim (I have son but still single)
malam tu kami ronda cari pakej 4 islands
kebanyakan pakej yang ditawarkan 900baht utk
speed boat serta makan tengahari.
kami amik pakej Orchid.
wahh malam tido dengan selesa.

^^^ sewaktu 4 Islands trip ^^^

12 Disember 2011, Isnin
pagi jam 9 pagi kami dah janji utk trip 4 Islands,
selepas breakfast kenyang-kenyang kami tunggu Orchid
mereka datang dengan lori..dalam lori sudah ada beberapa orang lain peserta.

hmm aku biasa laa..kalau naik bot memang asyik loya jer
nak muntah pening-pening
pemandangan kat Krabi memang cantik
tapi kalau nak tengok coral and fish..sini bukan tempatnya.
sepanjang 4 Islands trip kami dibantu oleh Oat dan Rakan-rakan
yang boleh berbahasa Inggeris.
hensem Oat ni..bibir dan giginya cantik. :)
jam 2 petang berakhir trip.
setelah solat Zuhur Asar
kami teruskan meronda Ao Nang lagi.
kali ini utk dapatkan perkhidmatan urut gaya Thai.
200 baht sejam.


^^^ teruskan carian souvenir ^^^
kawasan Ao Nang tak banyak barang utk dijadikan souvenir
harga memang murah..kene pandai cari kedai dan
tawar menawar.
rasa seronok hidup suasana begini..jalan-jalan tiada orang yg kenal
bebas buat apa sahaja.
nak bergaya sakan pun tak kisah.


^^^ bergambar bersama di pulau ^^^

13 Disember 2011, Selasa
hari terakhir di Krabi, setelah breakfast
kami mulakan mencari transport utk hantar kami ke Krabi Town.
semalam kami dah uruskan transport..asalnya perjalanan terus ke Danok, Sadao
3500 baht tetapi kemudiannya mereka kata itu perjalanan ke Phuket
dan tambang dinaikkan kepada 4800 baht..wahh ini sangat mahal.
jadi kami memilih untuk mengurus sendiri.

dari Ao Nang ke Krabi Bus Stand 500 baht utk 4 org
ada 2 org menjual tiket..satu tiket bas berharga 218 baht
satu lagi tiket van 350baht.
van memang selesa tetapi kami perlu tunggu lagi 2 jam sebelum van bertolak
pukul berapa pulak nak sampai Penang? dan pukul berapa pulak nak sampai KL?
akhirnya kami memilih bas.
cehh sebelum tu budget dpt naik bas 2 tingkat..
sebab kelihatan bas 2 tingkat keluar dan masuk.
sekali yg sampai..nahhh..hahahah

^^^ pemandangan sewaktu 4 Islands ^^^

bila kami naik bas..haa masing-masing muka terkejut
ni mcm bas kambing lembu pun boleh naik sekali nih.
kami semua tak duduk..mengharapkan ada seat sebelah menyebelah
sekali konduktor bas p'puan..'no seat number..just sit'
wahh garang siot..duduk-duduk jer
aku dan cik kam terus tutup mata dengan eye shade dan pasang ear plug
terus tido.
setelah beberapa jam, kami dikehendaki tukar bas.
Alhamdulillah lega.

kami sampai Hatyai Town jam 4 petang, makan tengahari di Restoran Salma
berdekatan Restoran Hamid, boleh tahan jugak laa makanan dia.
jam 5 kami cari transport ke Sadao plak
ada van Innova boleh bawa kami ke Sadao
700 baht utk kami ber4, tak kongsi dengan lain-lain
aku pujuk..cakap laa kami dah takde duit
mintak 600baht..die bagi 650baht.
heheh baik tau Abang tu..walopun muka jahat gak.
sekali lagi muka jahat aku pilih.

^^^ bas yang dimaksudkan ke Hatyai Town 5 jam perjalanan ^^^

sampai Danok, Sadao selesai Imigresen semua jam 730
tunggu kawan dari UUM jemput kami.
hantar semula rakan di UUM, pejalanan pulang pula
perancangan asal naik tren dari Butterworth, check tiket, call Customer Service
tiket masih banyak lagi.
kami tiba di Stesyen Butterworth beberapa minit sebelum jam 11 malam
perempuan kaunter dah takmo jual tiket..dah tutup PC..malas laa tu
kemudian kami teruskan perjalanan naik tren dari
Kuala Kangsar pula. seat katil tiada..perlu tunggu lagi 2 jam

Kuala Kangsar ke KL Sentral Senandung Langkawi RM26
terpaksalah naik tren seat duduk.
sejuk MasyaAllah.
aku dan cik Kam naik tren ET dan Siti pulang ke rumah di Manong
mereka tiba rumah setengah jam kemudian.

kami selamat sampai di KL Sentral jam 530 pagi
terus ambil teksi pulang ke rumah masing-masing.
Seronok Krabi..akan datang kami naik flight plak. hehehe..


~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~

Tuesday, October 18, 2011

GDO@Lights Wonderland, 15Oct2011

18 Oct 2011 1600
15 Oktober 2011
iCity Shah Alam
with Sukahati & the Gangs
(Feena, Elza Leena, kak Seri)

memang penat hari tu..
pagi g kenduri kawin Raja bersama cik Kam
di Manjalara Kepong.

^^^ bersama si Jelita cik Kam di Majlis Raja Faisalfikri ^^^

balik dari tu kelam kabut ke
Flamingo Hotel main bowling plak
saje nak lepak-lepak dgn Lynn dan Zira.
kalo baling tak ke belakang. bukan aku namanya.
hahahah.

^^^ bersama Lynn Adam dan Azira di Flamingo Bowling ^^^

habis bowling jam 7 pun tak habis lagi sebenarnya
aku chow awal
solat maghrib 750 mesti ada di Sentul
untuk ke iCity..Sentul rumah Feena.
cara ke sana?

^^^ klik utk besarkan..peta ke iCity ^^^

dari pengamatan aku..tak de laa best sangat pun iCity nih
takat sekali datang cukup lah.
ingatkan ada laa replika bangunan-bangunan berlampu ke
rupanya hanya pokok2 dan haiwan2 jer
boleh kata indah khabar dari rupa jugak lah.
mungkin sebab aku jauh kot, nak datang ke Shah Alam semata ini
rasa memang tak berbaloi.

^^^ bersama Feena, Elza Lina, Seri, Sukahati ^^^



~~ You don't get to choose how you're going to die. Or when. But you can decide how you're going to live now.-- Joan Baez ~~
 
Copyright © 2010 :.: nhanania :.: